Hari ini terbaca pulak kisah adik Nur Shaziatul Shamira Mohd. Salmizamyang terlantar kerana mengidap kanser otak tahap 4. Sedih sangat.. Adik ni baru berusia 7 tahun dan sepatutnya mula bersekolah pada tahun ni.
Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi ibunya iaitu Wan Rashidah di talian 013-4825915 / 019-5753930 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Mohd. Salmizan Hamidun bernombor 1580-7971-3337. Kalau tak dapat sumbang banyak, RM5 pun jadi la. Pasti mendapat balasan daripada Allah.
Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"GERIK 8 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa melupakan impian untuk memasuki alam persekolahan tahun ini setelah terlantar akibat barah otak tahap empat.
Wan Rashidah Wan Mohd. Yusop memberi minuman susu kepada Nur Shaziatul Shamira Mohd. Salmizan yang terlantar akibat kanser otak tahap empat di rumahnya di Kampung Setar Kecil,Krunai, Gerik, Perak, baru-baru ini.
Nur Shaziatul Shamira Mohd. Salmizam, 7, di Kampung Setar Kecil, Kerunai di sini yang sepatutnya mendaftar sebagai murid tahun satu, kini tidak mampu bergerak berikutan penyakitnya itu semakin teruk.
Ibu kanak-kanak itu, Wan Rashidah Wan Mohd. Yusop, 28, berkata, anaknya itu dikesan menghidap kanser otak pada Jun 2014 apabila mata hitam sebelah kanannya tertarik ke tengah, seolah-olah juling.
Katanya, pada tahun 2015, mata hitam sebelah kiri anaknya pula tertarik ke tengah manakala kaki kiri semakin lembik dan akhirnya terkulai.
“Daripada seorang anak yang aktif, petah berkata-kata, suka mewarna dan amat sukakan watak kartun Frozen, kini anak saya telah hilang semua deria itu. Saya amat sedih dan sebak melihat keadaannya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, keadaan anaknya semakin hari semakin teruk apabila sejak Julai tahun lalu, Nur Shaziatul Shamira tidak boleh berjalan, namun ketika itu anaknya masih mampu untuk makan dan minum.
Katanya, namun lama-kelamaan anaknya tidak boleh bercakap, tubuh badannya kaku tidak boleh bergerak langsung dan tidak boleh makan.
“Doktor tidak mampu memberikan rawatan, mereka memberi pilihan sama ada hendak menjalani rawatan secara kimoterapi ataupun radioterapi,” katanya.
Katanya, sejak awal Disember lalu, anaknya sudah tidak boleh makan, hanya terbaring, mulutnya terkunci rapat serta matanya tiada gerak balas, cuma kaki dan tangannya sahaja terdapat sedikit pergerakan.
Katanya, anaknya hanya diberi minum susu jenis Enercal Plus menggunakan picagari.
“Setiap kali pemeriksaan dilakukan, doktor tidak menaruh harapan yang tinggi kerana tiada lagi rawatan untuk memulihkannya dan jangka hayat anak saya bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Wan Rashidah di talian 013-4825915/019-5753930 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Mohd. Salmizan Hamidun bernombor 1580-7971-3337."Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini. Sama-sama kita mendoakan agar adik ini cepat sembuh.. Amin.
Adios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan