Kereta Nissan Grand Livina 1.8 aku ni dah nak jejak 200,000km dia nyer milage. So memang nak kena buat major service. Biasa aku akan hantar Cik Ina ni ke woksyop yang aku dah biasa kat Meru tu. Dan biasanya jugak, aku akan beli sendiri barang-barang yang perlu ditukar. Untuk servis kali ni, aku nak tukar minyak enjin, minyak ATF, dan spark plug.
Tapi untuk post ni aku nak cite pasal oil filter yang aku dah beli. Oil filter ni brand Tan Chong, harga lebey kurang RM10-RM12 ikut kedai spare part tu lah. Aku beli harga RM10. Kalau dah jadi regular customer boleh lah harga lagi murah kot. Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni.
Ni gambar kotak dia
Diedarkan oleh Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd
Ni pulak gambar oil filter tu
Pandangan bawah
Tapi, macam mana nak tahu oil filter ni genuine ke fake? Kalau ikutkan memang syarikat Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd tu ada kat Batu Caves. Aku pernah telefon tanya boleh ke kalau kita nak pergi beli spare part kat sana secara walk in. Dia kata ok je. Next time mungkin aku try pergi beli sendiri kat sana kot. Sape yang dah pernah beli spare part kat sana, mintak tolong bagi feedback kat ruangan komen di bawah. Sesape nak call boleh call nombor ni..
+60 3-6186 1800
Lot 3, Jalan Perusahaan 1,
68100, Batu Caves,
Selangor.
GPS: 3.234079, 101.680944
Aku nak hantar emel tanya, tapi dia takde bagi alamat emel pulak. Tapi Tan Chong Singapore (bahagian spare part) ada alamat emel. Aku belasah je hantar emel tanya. Haha.
Emel kepada Tan Chong Singapore
Dan seperti yang dijangka, diaorang takkan sahkan sama ada oil filter tu genuine ke tak. Tapi ok la, at least diaorang reply. Tapi setakat aku pakai dalam 4 tahun ni, macam ok je. Janji kena servis on time. Sekain.
Adios.
BACA:
2. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8
4. Air Intake Manifold Gasket untuk Nissan Grand Livina 1.8
5. Engine Tuning / ECCS Consult Diagnostic Nissan Grand Livina 1.8
6. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 (Info tambahan)
7. K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment
5. Engine Tuning / ECCS Consult Diagnostic Nissan Grand Livina 1.8
6. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 (Info tambahan)
7. K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment
Tiada ulasan:
Catat Ulasan