Rabu, 11 Januari 2017

Appointment di Hospital Putrajaya untuk Hearing Aid Trial

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Semalam aku ada appointment di Hospital Putrajaya unt buat Hearing Aid Trial. Muda2 lagi dah kena pakai hearing aid. Redho je la.. Sebenarnya dah 2 tahun aku mengidap penyakit tinnitus. Tinnitus ni sejenis penyakit telinga, biasanya kita akan dengar bunyi berdesing, berdengung dan macam2 bunyi lagi lah. Bagi kes aku ni, aku dengar bunyi berdesing. Bukan telinga bunyi berdesing je, pendengaran pun makin kurang. Doktor cakap kes aku ni disebabkan oleh masalah saraf.

Appoinment Card Hospital Putrajaya
Kad appointment Hospital Putrajaya

So, hari ni aku sampai Hospital Putrajaya dalam pukul 9.30 pagi. Appointment pukul 10.30 pagi. Takpe lah datang awal. Lagi pun kena register dulu kat kaunter pendaftaran. Sampai je aku ambik nombor kat kaunter 1 / Saringan. Hari ni macam ramai giler orang. Dah takde tempat duduk, so berdiri je la. Tak sampai 5 minit nunggu, ada staff hospital buat announcement sistem nombor giliran tak berfungsi, diaorang suh beratur. Patut la macam ramai semacam je.

Hospital Putrajaya
Semua kena beratur!

So, semua orang berebut2 la buat line kat kaunter. Orang patah kaki ada, orang tua ada, orang mengandung ada, orang baru beranak bawak baby pun ada. Semua kena beratur. Tunggu dalam 15 minit, baru dapat register, dalam kul 10.00 pagi.

Pusat Perkhidmatan Audiologi Hospital Putrajaya
Pusat Perkhidmatan Audiologi

Next, kena daftar kat Pusat Perkhidmatan Audiologi. Letak je kad temujanji tu dalam kotak yang disediakan. Tunggu sampai kul 10.30 pagi, tak panggil lagi. Kul 11.00 pagi pun tak panggil lagi. Mungkin sebab masalah sistem nombor giliran td kot. Sistem tu pun dah ok kul 10.30 pagi tadi. Sabor je la. Skali dalam kul 11.30 pagi baru la sampai turn aku.

Klinik Berhenti Merokok Hospital Putrajaya
Sebelah dia ada Klinik Berhenti Merokok

Untuk Hearing Aid Trial ni, aku kena cuba 3 jenis hearing aid daripada pelbagai jenama. Yang first skali aku try jenama Siemen. Yang jenama ni aku tak selesa sangat sebab dia punya echo tu kuat. Especially kalau ada orang sebelah batuk, memang kuat giler. Suara sendiri pun boleh dengar balik. Yang jenama kedua pulak jenis Unitron. Yang ni aku rasa selesa sikit. Macam pendengaran yang normal. Yang ketiga aku tak ingat pulak jenama apa. Tapi yang ketiga ni unwanted noise macam budak2 menjerit tu tersangat jelas. So, aku pilih lah yang jenama Unitron tu.

Hearing Aids
Contoh-contoh hearing aids
(Sumber gambar: http://www.hearingaids123.com/audibel-hearing-aids)

Gambar kat atas ni contoh-contoh hearing aids yang ada kat market. Masa trial tu aku pakai yang jenis mini Behind-The-Ear kot. Tapi aku order jenis In-The-Canal. Kalau yang Completely-In-Canal memang tak nampak langsung tapi audiologist cakap jenis tu tak effective sangat sekiranya pendengaran aku semakin merosot. Mintak2 taklah.

Mesti tertanya-tanya macam mana aku buat hearing aid trial tu. Senang je.. First skali cuba cakap face to face dengan audiologist tu. Lepas tu try la bersiar-siar di sekitar hospital tu. Dengar bunyi kereta, orang bercakap dan macam2 bunyi lagi lah. Setiap jenama tu, ulang balik benda yang sama. Lupa nak bagi tau, sebelum kita try tu, audiologist akan programkan dulu hearing aid based on kita punya hearing test result.

Audiologist yang pertama aku jumpa dulu suggest aku pakai dua-dua belah telinga untuk bagi balance. Tapi audiologist hari ni suggest aku pakai sebelah je sebab telinga kanan aku tak teruk sangat. So aku decide pakai sebelah je, iaitu sebelah kiri. at least nak cakap telefon boleh pakai telinga belah kanan. Lagi pun, aku bermasalah untuk dengar masa dalam meeting ramai2. Kalau cakap face to face takde masalah sangat.

Lepas dah buat trial dan pilih hearing aid yang sesuai, audiologist tu tanya nak claim under JPA ke. Aku kerja badan berkanun, bukan JPA, Bini aku pun kerja badan berkanun, bukan JPA jugak! haha. Takkan nak kena bayar sendiri. Audiologist tu cakap kos maksimum untuk sebelah je dah dekat RM3500. Tapi untuk kes yang dah teruk la. Aku rasa aku punya kes ni takde lah sampai kos macam tu. So aku cakap nak nak check dulu ngan HR dept. Nanti aku akan call balik.

Lepas jumpa audiologist, aku pergi ambik ubat kat farmasi. Sepatutnya ambik esok, tapi alang2 dah menyeluk perkasam sampai sini, ambik je la terus. hihi.

Jabatan Farmasi Hospital Putrajaya
Rupa-rupanya sistem nombor giliran tak ok lagi kat farmasi, ni manual punya

Nasonex Aqueous Nasal Spray
Dah dapat ubat, jom balik!

Nanti aku akan sambung cerita dalam post yang seterusnya. Adios.


BACA:

1. Ukur cap telinga / ear impression taking di Hospital Putrajaya
2. Appointment di Klinik ENT Hospital Putrajaya - Tinnitus
3. Alat bantu pendengaran / hearing aid Unitron Shine Rev 4 ITC
4. Cara simpan alat bantu pendengaran / hearing aid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan