Rabu, 4 Januari 2017

Mohon bantu penghidap kanser mulut tahap 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dah banyak hari tak update blog. Hari ni aku terbaca pasal seorang hamba Allah ni yang sedang mengidap penyakit kanser mulut tahap 4. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Nama beliau Zarina Jusoh berumur 45 tahun dan menetap di Kampung Lalang, Baling, Kedah.

Kalau ada yang berkemampuan untuk membantu boleh lah menghubungi suami beliau, Abdullah Ahmad di talian 019-5072796. Atau pun boleh terus menyalurkan bantuan dengan transfer duit ke Akaun Agro Bank No 2-00-5151-00015886-0 atas nama suami beliau.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.

"BALING 3 Jan. – Walaupun sedar harapan untuk sembuh daripada kanser mulut tahap empat dihidapi agak tipis namun Zarina Jusoh, 45, yang menetap di Kampung Lalang, Mukim Siong, di sini nekad tidak berputus asa.
Katanya, meskipun derita harus ditanggung setiap hari kerana sel kansernya itu semakin merebak dia tetap mahu terus menjalani rawatan penyakit berkenaan yang dimulakan sejak dua tahun lalu.
“Saya terpaksa meneruskan hidup ini demi anak-anak dan suami, walaupun sakit ini hanya Allah yang tahu, namun saya terpaksa tempuhi juga.
“Tiga kali saya menjalani pembedahan di rahang kanan, tetapi keadaan masih tidak berubah, malah kanser itu semakin menye­rang dan membesar,” kata Zarina ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurutnya, dia menderita akibat penyakit kanser itu sejak lima tahun lalu yang bermula dengan benjolan kecil di bawah rahang kanannya.
“Benjolan itu semakin lama semakin membesar dan saya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Baling, tetapi kesnya itu terpaksa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
“Sejak itu, saya terpaksa melakukan tiga kali pembedahan bermula pada 2014, dan doktor terpaksa membuang tulang rahangnya ke­rana bimbang kanser itu akan menjangkiti otak,” katanya.
Katanya, dia kini semakin bimbang apabila terdapat pula satu benjolan yang baharu di sebelah rahang kirinya sejak enam bulan lepas menyebabkan dia semakin sukar untuk menelan makanan.
Suaminya, Abdullah Ahmad, 49, berkata, dia amat risau de­ngan keadaan isterinya yang semakin lemah dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan seperti suri rumah lain.
“Pendapatan saya tidak seberapa, hanya RM800 sahaja sebulan, tetapi terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih apabila terpaksa membawanya ke HSAH,” katanya.
Orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh me­nyalurkan sumbangan ke akaun Agro Bank 2-00-5151-00015886-0 atas nama Abdullah Ahmad atau hubungi mereka di talian 019-5072796."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini. Semoga sumbangan kita dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan