Dalam post sebelum ni aku ada cite pasal oil filter dan ATF atau minyak gear automatik untuk Cik Ina ni kan.
1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
Untuk post ni pulak aku nak cite pasal spark plug atau dalam bahasa melayu nya palam pencucuh. Spark plug untuk kete Grand Livina ni kena tukar setiap 100,000km. Beza dengan kete Kelisa yang kena tukar spark plug setiap 20,000km.
Kenapa Cik Ina punya spark plug boleh tahan sampai 100,000km? Sebab dia pakai jenis yang boleh tahan lama iaitu NGK Laser Platinum (Part No: LZKAR6AP-11). Disebabkan dia leh tahan lama, harga pun boleh tahan jugak la. Memandangkan Cik Ina nye enjin ada 4 silinder, so kena pakai 4 bijik spark plug, total harga = RM190. Tu harga yang aku beli la, ada yang dapat lagi murah dan ada jugak yang lagi mahal bergantung kepada kedai spare part tu. Tapi kalau gi tukar kat Tan Chong, boleh menangis dia punya harga.. Sendiri mau ingat la. Haha.
Lagi satu persoalan nye, kenapa pulak kena pakai spark plug jenis tahan lama? Sebabnya time nak tukar tu leceh sikit. Banyak part yang nak kena bukak. Nanti aku cite dalam next post, cite pasal aku servis kete kat woksyop.
Ni lah spark plug yang aku beli tu
Gambar belakang kotak
Dalam kotak besar tu ada 4 kotak macam ni
Gambar belakang kotak kecik tu
Gambar spark plug dalam kotak kecik
Gambar spark plug
Close up gambar spark plug
Close up gambar spark plug
Dan seperti biasa aku tertanya-tanya ori ke spark plug yang aku beli ni? Daripada gambar kat atas, spark plug ni diimpot dan diedarkan oleh NGK Spark Plug (M) Bhd. Hasil daripada carian pakcik Google, dapat la alamat emel diaorang ni, inquiries@ngkmal.com.my. So aku pun hantar la emel kat diaorang tanya pasal spark plug ni. Agak2 diaorang reply tak?
Emel kepada NGK Spark Plug (M) Bhd
Sampai sudah tak reply! Kahkahkah. Kena bersangka baik lagi la gamaknya.
Adios.
BACA:
2. Air Intake Manifold Gasket untuk Nissan Grand Livina 1.8
3. Engine Tuning / ECCS Consult Diagnostic Nissan Grand Livina 1.8
4. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 (Info tambahan)
5. K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment
3. Engine Tuning / ECCS Consult Diagnostic Nissan Grand Livina 1.8
4. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 (Info tambahan)
5. K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment
ish..murah...sy kena rm85 1plug..adoii..apa2 pun tq bg info..lain kali cari sendiri senang kan..
BalasPadamTu lah, tujuan sy post pun supaya orang lain tak kena tipu ngan kedai spare part atau workshop. Tapi orang cakap NGK spark plug ni banyak jugak yang fake. Hati2..
Padamkedai mana beli...share info
BalasPadamKedai spare part area klang sentral opposite jalan haji abdul manan. Tp yang ni pun aku tak pasti ori ke fake. NGK Malaysia tak response langsung.
Padamnak tanya..kalo tekan pedal minyak livina,kereta jadi bgegar..ape kerosakan ye ?
BalasPadamKete saya tak pernah pulak jadi camtu. Mungkin throttle body, plug coil, plug etc. Boleh refer kat woksop tuan.
Padamsama... jadi bila rpm 2000-2500. Nak cuba tukar plug dulu
Padamassalam,cik ada beli x obd2 reader?mini ecu scanner utk cik ina..klu ada bley share model apa?dlu saya ada beli...price dalam rm150 ja,tp utk nissan shj x bley baca..locked. obd 2 model om123,yg model om500 x try lg.malas nak return dah..bnda tu perlu coz dia detect bnyk sensor dgn digital dan bley reset ecu.apa2 tlg inform waaap sy 0174422114..sy guna model latio 1.6cvtc
BalasPadamTak pernah pakai..
PadamApa perbezaan pada kod 1.8 dengan 1.6
BalasPadamRasa cam sama je. Boleh check dalam user manual.
PadamApa beza coil plug Grand Livina 1.6 dgn 1.8 @ kedua2nya sama aja. Tkasih.
BalasPadamKalo tak silap sama je. Ngan Latio pun sama.
PadamSalam, ade beza x plug livina 1.6dan1 8
BalasPadamKalo tak silap sama je. Ngan Latio pun sama.
PadamPlug brand bosch ok x??coil plug 4set da tuka..throttle body da cuci.suspek plug punye msalah je sbb g scan xde mslah 2 pomen ckp tuka 4coil skli tp mslh ad lg..ory plug ngk..mntk pndpt yew pew bza bosch ngn NGK
BalasPadamSori x penah pakai brand Bosch. Tp selagi barang ori n recommended by Bosch untuk kereta tu, ok je.
Padamsalam.workshop mana yang ok?
BalasPadam