Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!
Ingat tak sebelum ni (klik di sini), Cik Lisa aku tetiba tak leh start lepas tukar tayar bulan Disember tahun lepas. Lepas tow ke woksop terus dia ok pulak. Bulan Februari tahun ni, lagi sekali Cik Lisa tak boleh start. Masa reverse nak keluar daripada parking, tetiba je enjin mati. Start memang tak idup sampai sudah. Aku tolak balik kereta ke depan. Sib baik parking tu btol2 depan balai polis. Aku suh anak bini aku tunggu dalam balai polis dulu.
Enjin mati kat sini
Aku pegi woksop kereta sederet dengan balai polis tu. Suh dia tengokkan jap. Aku suspect fuel pump sebab bulan April tahun lepas aku ada tukar fuel pump. Masa tu dah kena RM290. Barang RM230, upah RM60. Aku rasa dia pakai brand cap ayam kot. Nyesal tak beli sendiri barang dulu. Pomen kat woksop tu cakap memang fuel pump yang problem. Dia kata better tow ke woksop tempat yang aku tukar tu.
Resit masa tukar fuel pump dulu
So aku decide nak call pomen tempat aku tukar fuel pump dulu. Tunggu dalam setengah jam dia sampai. Dia check2 jap n konfemkan fuel pump problem. Masalahnya warranty dah abis. Aku jarang pakai Cik Lisa ni. Problem tak boleh start ni jadi biasanya lepas isi minyak full tank. So berapa kali sangat la aku isi minyak, sekali isi full tank tahan la 3-4 bulan.
Tukar benda alah ni seketul
(Sumber gambar: http://hapamoto.com/product/fuel-pump-perodua-kelisa-kenari-assembly)
Next step macam biasa, call ler Etiqa.. call sekali dah jawab. Diaorang cakap nanti orang tow truck akan call. 10 minit lepas tu orang tow truck call cakap akan sampai dalam masa sejam. Aku decide naik Uber dulu ngan anak bini balik rumah amik Cik Ina. Dah naik Uber nak sampai umah, baru teringat kunci umah ada dalam Cik Lisa. Adoiii.. macam2 hal. Suh driver Uber tu pusing balik. Tak pasal2 tambang jadi RM11, sepatutnya RM3 je.
Dah sampai umah, ambik Cik Ina n suruh bini aku drop kan tempat Cik Lisa tadi. Tunggu dekat sejam, tow truck sampai. Terus tow ke woksop tempat aku tukar fuel pump dulu. Towing tu Etiqa yang bayar ye. Sampai kat woksop, tinggalkan kunci kat used car sebelah sebab pomen tu takde. Lepas tu bini aku ambik balik rumah. Esoknya pomen call suh ambik kete. Dia cakap tukar barang dalam fuel pump tu. Kena pulak dalam seratus.
Free towing! Trima kasih Etiqa
Barang yang pomen tukar
(Sumber gambar: http://on9carparts.com/goods.php?id=277)
Resit tukar barang yang kat atas tu
Bulan lepas aku bawak Cik Lisa ke opis. Bawak Cik Lisa sebab Cik Ann tak boleh start. Aikk Cik Ann? Kete apa plak? Kihkihkih. Nanti aku cite dalam post yang lain. Nak dijadikan cerita, Cik Lisa tetiba je mati masa exit Bandar Saujana Putra (SKVE) waktu nak balik umah. Masa tu cam mendaki sikit. Sib baik momentum ada lagi, gerak slow2 berenti tepi. Hampir2 nak kena langgar ngan lori trailer kat belakang. Serius gelabah giler masa tu..
Aku try start balik, hidup ler pulak. Aku suspek fuel pump lagi ni problem. Lepas exit Setia Alam (NKVE), Cik Lisa semput macam nak mati lagi. Adeh! Jangan la mati lagi sekali. Aku perasan meter minyak tak turun2 walaupun tak sampai E lagi. Aku suspect meter minyak tu problem. Mungkin minyak dah nak abis, meter je tak turun2. Terus aku gi isi minyak. Lepas isi minyak dah ok dah. Takde semput2 lagi. Rasanya teori aku tu btol la. Huhu. Nanti cari masa nak anto woksop balik.
Adios.
salam bro..aku pun baru tukar fuel pump kenari mak aku..tapi pas tukar meter minyak tak naik2 pulak..aduhh..x thu kenapa..bro ade pengalaman?
BalasPadamSalam bro. skrang kete aku pun jadi camtu. Gi woksop komplen meter tak turun. Pomen godek2, meter naik satu bar je walaupun minyak full. Tp dia akan turun kalo minyak dah nak abis. Redha je la. Haha.
PadamTangki minyak kelisa kena buka dari bawah ke bos?..nk cuci fuel pump
BalasPadamTak pasti lak. Sbb tinggal kete kat woksop. Kalo tak silap daripada bawah. Kena turun tank.
Padamye..kena turun kan tangki baru jumpa fuel pump..tp masa nk turun kan tangki tu kena ingat minak dlm tangki ada bnyk or sikit..klu banyak better prepare jack utk ampu slow2,sbb berat beb klu ada minyak..okbhaiii
PadamSalam bos..sy pki kenari.kenari sya time pns enjin ssh nk hidup.kena biar kan sejuk sikit baru bole start balik.ape sakit to ek.sy bab2 kete ne zero.pasto lak kekdg tgh2 enjin on tetiba ada bunyi mcm owg tekan alarm.kete sy xde pki alarm.memula ingt kn ad kete laen kt seblh tp tgk2 kete sy je.ape kena to kn.nk kena check ape.hptal mna nk pegi.mntk tlg...
BalasPadamSusah nak hidup ke susah enjin nak gerak ... rasa berat enjin tu nak pusing
PadamKena bawak gi woksop bos. Bos area lembah klang ke?
PadamKereta sy sekarang tersengguk sengguk..
BalasPadamCoil plug dah tkr..spark plug pun dah tjr..tp still lg tersengguk2..knp ye
Assalamualaikum
PadamAssalamualaikum semua sorry ganggu. Sy ada soalan sikit ni Keta Kelisa sy ni bila bawak sentap2 erti kata lain semput2 kenapa ye? Boleh bagi pencerahan sikit yg mn pomen2
PadamTu tanda masalah pump
Padamsalam bosss...klau kreta kelisa minyak ptrol msok bnyak smpai plag jdi htam...apa msalahnya..pump dh tukar engin dah ovhol...cmpter box dh tkar..terotbdy dh tkar.....
BalasPadamTu kena tukar oil seal plug bos. Getah seal tu dh keras
Padam