Rabu, 25 Januari 2017

Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dalam post yang sebelum ni (Klik di sini), aku ada cite pasal permohonan aku untuk convert pinjaman konvensional PTPTN kepada pinjaman ujrah. Dan aku juga buat keputusan untuk buat pemotongan gaji setiap bulan bagi membayar balik pinjaman tersebut.

So, kat bawah ni snapshot slip gaji aku untuk bulan Januari 2017, dah siap2 potong RM410 untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Tunggu lagi 26 tahun, hilang la potongan PTPTN ni daripada slip gaji aku, ehh masa tu dah wajib bersara dah pun. Tu pun kalau hidup lagi.. Hihi.

Potongan gaji PTPTN
Snapshot slip gaji bulan Januari 2017

Kalau korang ada hutang PTPTN ni, bayar je la. Nanti jadi cam aku kena blacklist bagai. Dan aku nasihatkan jugak korang, kalo ada anak-anak atau sedare sepupu sepapat yang nak masuk universiti dan kena pinjam ngan PTPTN, jangan la mintak universiti atau kolej swasta. Masuk je IPTA. Yuran nya tersangatlah beza ngan IPTS especially UiTM. Tu je la aku nak pesan.

Adios.


6 ulasan:

  1. Alhamdulillah tahniah ye dah mula potong gaji.

    BalasPadam
  2. 26 tahun?? Berapa byk pinjaman tu, brp interest ptptn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pinjam RM85000. Interest sebelum convert ujrah 4% kot. Lepas convert jadi 1%.

      Padam
  3. Tak faham ujrah ni. Yg better ujrah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang Islam, wajib ambik Ujrah. Lagi pun caj perkhidkamatan 1% je.

      Padam