Khamis, 5 Januari 2017

Jaga anak berkhatan / bersunat

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Sebelum cuti sekolah bulan 12 tahun lepas, aku ngan wife dah berkira-kira nak sunatkan anak aku yang berumur 6 tahun tu. So lepas dok survey2 klinik yang ada perkhidmatan berkhatan ni, kami buat keputusan untuk buat prosedur tu di Klinik Dr Rosli di Seksyen 18 Shah Alam. Awal nya nak buat di Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam, tapi disebabkan oleh sedikit miscommunication, kami berubah hati ke Klinik Dr Rosli. Hihi.

Klinik Dr Rosli
Ni lah Klinik Dr Rosli Seksyen 18 Shah Alam
(Sumber gambar: http://my598204.panpages.my/galleries)

Klinik Dr Rosli ni ada banyak cawangan jugak antaranya di Seksyen 7 Shah Alam dan Subang Jaya. Dah tanya cawangan kat Seksyen 7 tapi cawangan tu tak offer servis berkhatan. Ni alamat penuh Klinik Dr Rosli Seksyen 18 Shah Alam.

Klinik Dr. Rosli
No. 47, Jalan Pinang B 18/B, Seksyen 18, 
40200 Shah Alam, 
Selangor.
03-55413119

Dalam dok survey klinik2 yang available tu, ada jugak terbaca pasal teknik2 berkhatan. Rupa-rupanya dah macam2 teknik sekarang untuk 'potong' ni ye. Dua kaedah yang biasa diguna pakai sekarang adalah teknik 'laser' dan juga clamp. 

Dan daripada pembacaan aku jugak, teknik clamp ni tak disarankan kerana budak tu akan sakit dua kali iaitu masa 'potong' dan jugak masa bukak clamp. Tapi statement tu bukan daripada pengalaman sendiri, so kalau nak tahu lebih lanjut, better pergi jumpa doktor yang buat teknik ni dan dapatkan penjelasan yang terperinci.

Smart Clamp
Contoh Clamp
(Sumber gambar: http://drzubaidi.com/blog/berkhatan-secara-smart-klamp)

Untuk teknik 'laser' ni doktor biasanya menggunakan teknik konvensional dan memotong lebihan kulit serta membakar salur darah menggunakan 'laser'. Seterusnya luka berkhatan ni dijahit seperti biasa dan benang tu akan tanggal dengan sendiri. Teknik 'laser' ni sebenarnya menggunakan alat elektrik dipanggil cautery. Alat ini menghasilkan haba di hujungnya dan haba itulah yang digunakan untuk memotong lebihan kulit. Teknik ini akan mengurangkan pendarahan semasa prosedur.  

Cautery
Contoh Cautery
(Sumber gambar: http://musemed.arizela.com/?p=65)

Pada 17 Dis 2016, maka bermula lah episod yang dinantikan. Aku takde masalah nak pujuk anak aku tu. Dia pulak yang excited nak sunat. Pagi2 lagi dah tanya bila nak pegi sunat. haha. Tapi masa naik atas katil tu dah mula panik dah. Muka pun dah cuak semacam jek. Aku pun suruh la baca al-fatihah, tasbih, tahmid, takbir dan surah2 lazim. Bila cucuk bius je, dah mula nangis dah sampai lah selesai prosedur. Aku pun tak tengok sangat macam mana doktor tu buat. Tapi masa dia pakai cautery tu memang bau hangit semacam. Seriyau (btol ke eja camni?) pulak aku. 

Lepas selesai prosedur tu, klinik bagi 4 jenis ubat;
  1. Ubat tahan sakit (syrup)
  2. Ubat surut bengkak (tablet)
  3. Antibiotik (syrup)
  4. Eye ointment
Aku pun pelik gak kenapa dia bagi eye ointment. Tempat lain yang kena potong, ubat mata pulak dibaginya. Haha. Rupa-rupanya eye ointment ni untuk disapu pada luka sebagai antiseptik. Anak aku ni ada masalah sket nak makan ubat surut bengkak tu sebab seumur hidup tak pernah makan ubat jenis tablet. Ye lah baru umur 6 tahun kan. Solution nya, kunyah sampai hancur dan minum air. Semua ubat tu kena makan 6 jam sekali, kecuali ointment tu lah, jangan bagi makan pulak! hihi.

Sampai rumah aku tengok balik tempat 'potong' tu, memang bengkak dan ada sikit kesan darah. Kat klinik tadi doktor cakap bengkak akan surut dalam masa 3 atau 4 hari. Yang kesan hitam dekat kulit tu kesan ubat bius. Nanti akan hilang jugak. Malam tu ada banyak 'air bisa' keluar dan memang doktor suruh cuci. Belum pegang lagi, anak aku dah meraung dah. So aku lap2 je la luka tu dan letak ointment. Doktor kata boleh kena air tapi malam tu lap2 badan je sebelum tido. Masa tido aku letak meja lipat laptop dan cover dengan kain sarung.

Hari kedua hingga keempat tak banyak beza sangat. 'Air bisa' masih lagi keluar dan nanah pun ada jugak. Tapi masa hari kedua tu dah start mandi dah. Tapi tempat luka tu kena lap biar kering dan letak ointment. Tempat luka tu aku lap pakai tisu je. Kalau dia nak jalan, aku pakaikan mangkuk polisterin dan ikat ngan tali rafia, pastu pakai kain pelikat.

Hari kelima pulak macam dah kering sikit tempat luka tu. Tapi terpaksa bawak anak aku tu pergi opis sebab mak dia ada kursus. So dia pakai mangkuk polisterin tu dan pakai seluar trek. Hari kelima ni dia dah macam aktif sikit. Boleh pulak lari-lari dalam opis aku ni. Terpaksa ingatkan dia jangan aktif sangat, nanti bengkak balik. 

Hari keenam dan ketujuh dah banyak improve, cuma nanah tu macam ada lagi. Ubat pun dah habis semua dah kecuali ointment tu je. Kalo bernanah lagi aku ingat nak bawak pergi klinik esok nya.

Hari kelapan, lukanya dah kering elok dan nanah pun dah berkurang. So tak jadi bawak gi klinik. Lepas tu dah tak risau dah. Keep improving dari hari ke hari. Hari selasa lepas dah masuk darjah satu pun. Alhamdulillah.

Dari segi pemakanan, wife aku buatkan sup ikan haruan dan sup belut. Hari-hari makan tu je la. Ayam dan seafood memang tak makan langsung. Walaupun ada orang cakap tak payah pantang apa-apa, tak berani pulak nak kasik makan kat anak aku. Kalau bentan ke apa aku dan wife aku jugak yang susah. hihi.

Semoga post kali ni bermanfaat.

Adios. 


32 ulasan:

  1. terima kasih atas pengkongsian ini... takut plak nk hadapi masa anak nk berkhatan hjg thn nie...huhuhuu

    BalasPadam
  2. phieww...sy plk yg nebes....10.12 ni nk sunatkan si bujang sy...kat dr rosli..tekejut jgk bila dia kata guna laser..sb ingatkan smart clamp..rupanya teknik laser ni lebih mudah jaga dan kurang darah..btw thanks share info dan cara jaga budak berkhatan ni...baru tau kena pakai polisterin :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga semuanya selamat.. Mangkuk polisterin tu rasanya idea drpd blogger lain. Tak ingat sape. Haha.

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian..anak saya nak berkhatan 25/11 ni..saya plak yg risau sgttt..tgk dia rilex je..bila mak2 saudara dia usik dia siap ckp"alahh..2,3 hari je..dah baik blh main balik"..siap request nak basikal fixie..doakan utk anak saya.

    BalasPadam
  4. nice sharing..ank ida pun nk bg sunat tak lama lagi..

    BalasPadam
  5. Haha...bgs2..lega sikit dh bc pengalaman org. Br satni anakanda saya kne sunat. Thnks 4 d info.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..anak hero saya baru saja berkhatan sabtu lpas. di Klinik Mymedik puchong. sbb duduk area sana. Teknik laser mmg bagus. kurang pendarahan..penjagaan pun senang. Rekemen teknik ini.

    BalasPadam
  7. salam bole share x mcm mn nk cuci clamp tu slps kencing or mandi.. saya xtau mcm mn nk cuci tiub tu.. slps spray air ngn syringe dlm tiub tu.. lps tu msk2 cotton bud or tisu bg kering.. kat hujung zakar yg merah tu pon kena lap ke?bole basah ke area situ?kemudia ubat cream tu kena saph x dibahagia hujung zakar dlm tiub tu? sila bantu.. sy dh risau ank byk kuar air bisa n saluran kencingnye ad hitam2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan. Untuk anak saya, doktor pakai teknik laser tu, bukan clamp. Better tuan refer balik ke doktor tempat anak tuan berkhatan tu. Dapatkan professional consultant. Insyaallah ok.

      Padam
  8. Saya nak tahu ank saya sun at Cara klam.bilakah ia akn tinggal dan mcmana nak Cuci bhgn clmp itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk anak saya, doktor pakai teknik laser tu, bukan clamp. Better puan refer balik ke doktor tempat anak puan berkhatan tu.

      Padam
  9. Thanks for the sharing. Hr ni dh masuk hr ke-5 ank sy berkhatan. Tp mlm ni dia br dia start meraung kesakitan. Sblm ni xde apa2.. Kalau sakit pn x berpanjangan. Sy check td tgk air bisa keluar. Cuak juga tgk dia meraung mcm tu. Normal ke sakit mcm ni pd hr ke-5?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Better puan bawa anak ke klinik tempat berkhatan tu. Insyaallah semuanya ok.

      Padam
  10. Alhamd..first time ...anak sy 2 org br slmt bersunat smlm 23hb teknik laser juga..beza sthn satu, 10 dan 11 thn...perkongsian tuan sgt2 mmbntu ...trima ksh byk2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi baca. Semoga anak2 cepat sembuh.

      Padam
  11. saya akan bersalin di ampang .. InShaAllah.. saya bercadang lepas melahirkan saya nak buat khatan utk bayi lelaki saya.. ada x kawasan yg berdekatan di area ampang,cheras or kajang?? sbb anak ke 2 saya berkhatan hari ke 23.. tp di permatang pauh.. so yg ke 3 ni nak berpantang di hulu langat..

    BalasPadam
  12. Salam Tuan, terima kasih atas penerangan panjang lebar berkenaan khatan. Saya pon sedang survey2 bagaimana cara nak jaga anak2 saya bile lepas berkhatan nanti. Terbaik penerangan di atas. Untuk pelindung polisterin tu mmg terbaik, tapi saya ada beli seluar pelindung luka khatan, namanya Khatan Pants, sape2 berminat boleh survey kat facebook diorg. Lepas khatan ni boleh la anak2 sy pakai. Tq Tuan!

    BalasPadam
  13. assalamualaikum tuan, saya nk tnya,saya baru sunatkn anak saya 25/11/2018, hari ni hari ke 6 dia sunat, saya tgk luka atas mcm da kering, tp da 2hari ada nanah dekat bahagian bawah, normal kan? saya cuci degn normal saline, pastu letak mnyak gamat, boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. maaf lambat reply. Macam normal tp kalo makin teruk better gi klinik. kat luka tu saya letak eye ointment je. minyak gamat tak letak.

      Padam
  14. Assalammualaikum.. Saja nk share.. Klinik Mutiara.. Kota damansara, doktornyer bagus. Ramai dh yg guna khidmat beliau. Moga diberkati Allah, doc..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah..tksih info2 yg sgt mmbantu untuk sy mmilih kaedah mana yg sesuai unt ank sy pd cuti sekolah ni.

    BalasPadam
  16. assalamualaikum..ank sy berkhatan di klinik siti cara laser.alhamdulillah dia x nangis pun.kluar bilik khatan senyum je😃.klinik siti mempunyai bnyk cawangan di seluruh selangor.recommended sgt.

    BalasPadam
  17. terima kasih tuan atas perkongsian yg memberi manfaat serta dapat membantu org lain yg menempuh pengalaman yg sama

    BalasPadam