Isnin, 22 Mei 2017

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Kalo refer post yang sebelum ni (klik di sini), aku ada cite pasal Cik Ina ada masalah gear termenung ni. Kalo start kete pagi2 dan terus masuk gear D, kena tunggu 3 hingga 5 saat baru kete gerak. Dekat traffic light pun sama, kadang2 kena paksa gerak dengan tekan minyak sikit.

Dok baca kat facebook tu, ada yang kata kena tukar gearbox. Kalo tukar gearbox mesti la kos nya beriban. Ada jugak yang suggest cuci gearbox oil filter atau tukar filter tu terus. Yang ni KIV dulu sebab ada solution lain yang lagi senang. Ada yang cakap pakai gear treatment iaitu K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up.

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Ini lah benda nya

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Pandangan depan

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Pandangan sisi

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Pandangan belakang

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Penutup botol tu

Aku gi la tanya kat kedai spare part yang biasa aku pegi tu. Harga yang aku dapat ialah RM48 sebotol. Kat facebook, ada yang jual RM50, ada yang jual RM45 kalo beli dua botol dan macam2 lagi lah. Tapi kalo beli kat facebook, mesti ada caj pos kan. So aku beli je la kat kedai spare part tu.

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Label kat belakang tu boleh bukak

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Belakang label tu ada versi bahasa sepanyol

Kalo baca label kat botol tu, benda alah ni boleh panjangkan hayat gearbox dan mengembalikan penukaran gear yang lancar (direct translation nih). Ia juga boleh memulihkan semula seal yang dah keras, hentikan kebocoran, pulihkan gear slippage (tak reti nak translate) dan penukaran gear yang kasar. Minyak ni boleh campur dalam minyak gearbox (ATF) dan minyak power steering. Tapi tak boleh campur ngan minyak brek. Minyak ni untuk gearbox auto je, jangan masukkan dalam gearbox manual.

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Lepas bukak label, ada terpampang cara2 nak guna minyak ni

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Close up sket

Sebotol minyak ni bersamaan dengan 444ml. Kalo untuk Grand Livina, boleh masukkan dulu sebotol minyak ni sebelum masukkan Automatic Transmission Fluid (ATF). Aku ada jugak baca kat facebook, dia pakai minyak ni untuk flushing je. Tapi kat label tu takde pulak tulis camtu.

Dan macam biasa, aku nak tau jugak benda ni ori ke tak. Kalo tengok label kat botol tu, minyak ni dikeluarkan di USA oleh CRC Industries, Inc. Laman web www.crcindustries.com. Kat laman web diaorang tu ada alamat emel,  customercareus@crcind.com. So aku anto ler emel seketul. Aku tanya dia ada export ke produk ni ke Malaysia dan camne nak bezakan antara yang ori dan fake.

Emel CRC Industries, Inc
Emel ke CRC Industries, Inc (USA)

Tetiba aku dapat reply daripada Corecon (M) Sdn Bhd (crcco@crcmalaysia.com), mungkin authorised dealer kat Malaysia la kot. Dia tanya kat mana lokasi aku kat Malaysia ni. So aku reply la balik cakap aku kat Klang, Selangor. Pastu dia reply balik tanya aku punya details dan contact number. Aikk, emel yang sebelum ni tak tanya pulak. Tapi aku reply la jugak bagi aku punya phone number. Bila tengok emel tu balik rupa-rupanya yang tanya tu PIC dia daripada customer service department. Yang tanya lokasi tu daripada emel general.

Emel Corecon (M) Sdn Bhd
Emel daripada Corecon (M) Sdn Bhd tanya lokasi

Emel Corecon (M) Sdn Bhd
Lepas bagi lokasi, dia tanya pulak full details & contact number

Aku bagi phone number pada 15 Feb 17, sampai bulan April takde orang call jugak. Pada 5 Apr 17, aku anto lagi emel seketul. Aku cakap ler takde orang call aku pun, dan aku just nak konfemkan sama ada safety features untuk bezakan antara produk ori dan fake ada ke tak. Lagi satu aku tanya, ade ke authorised distributor.. Sampai bulan Mei, emel tu diaorang tak reply pun. Teruk kan customer service syarikat2 kat Malaysia ni.. Tengok je la kes2 yang sebelum ni, kadang2 tak reply langsung emel.

Emel Corecon (M) Sdn Bhd
Aku anto emel polow up sebab takde orang call

So aku mengadu domba kat CRC Industries, Inc kat USA tu. Jahat tak? Hahaha. Aku cakap aku kuciwa dengan cara CRC Malaysia layan aku punya query kat diaorang. Aku cakap balik la apa yang aku nak konfemkan pasal produk diaorang tu. Terus CRC Malaysia reply lebey kurang dalam masa 24 jam. Boleh pulak reply! Diaorang cakap diaorang jual produk ni melalui whole seller (pemborong) dan pemborong ni akan jual pulak melalui reseller hingga lah sampai ke end user (pengguna). Diaorang bagi tau jugak setakat ni takde lagi fake product kat pasaran. Harap btol la kan.

Emel CRC Industries, Inc
Emel mengadu domba 

Emel Corecon (M) Sdn Bhd
Emel penjelasan daripada Corecon (M) Sdn Bhd

So nanti bila aku dah try kat Cik Ina, aku akan update berkenaan keberkesanan nya. Jeng Jeng Jeng! Bagi suspen sikit.

Adios.


POST YANG BERKAITAN:

1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
3. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8

58 ulasan:

  1. Terbaik la bro byk info yg dpt nih bleh syer lg nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah. Tq sudi baca.

      Padam
    2. Tk.saya pun dah guna tapi botol biru(yg botol kuning utk keta baru kut).pagi x yah tunggu 5 6 minit g.tk

      Padam
  2. tq bro...rajin buat review..info sangat berguna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. So camne result dia bro

      Padam
    2. Lepas masuk treatment ni, dah tak termenung dah. Tp pomen kata tak tahan lama jugak. Tgk dulu camne.. nanti akan update dalam post lain.

      Padam
    3. Saya baru guna TransX botol kuning dibeli dengan harga RM48 sebab mileage kereta Naza Citra saya dah 466K km. Alhamdulillah, rasa smooth, tiada slip, dan tiada loss in power and performance. Zamri Zainol, Putrajaya. email: zamri.zainol@gmail.com

      Padam
  3. Kalau terus mmasuk minyak ni dgn minyak gearbox lama boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti pulak.. Tp better tukar baru terus. Kalo nak buat camtu jugak, mungkin kena keluarkan dulu sikit minyak gearbox yang lama. Kalo tak overflow plak.

      Padam
  4. Salam bro. Boleh update tak apa jadi ngan gear box kereta bro. Pasal kereta saya pun ada masalah sama ngan bro. Kena termenung dulu baru nak gerak. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro. Pakai minyak TransX ni tak tahan lama jugak. Lepas 5 bulan dia jadi balik. Pomen propose pakai gear treatment lain pulak n cuci filter gearbox. Tak buat lg.

      Padam
    2. Assalamualaikum Admin. Rajin admin review ye..hihi.. T.ksh share pd semua. Ye memang btl ape yg admin ckp..automatic transmission treatment ni tk tahan lama sekadar utk kegunaan sementara saja. Kalau kegunaan kita lasak lg cpt oil treatment ni abis. Dan keadaan gearbox akn jd dlm keadaan sediakala iaitu bermasalah. Ini mengikut pengalaman sy lh Min yg masih guna oil treatment smpai skg utk jimat kos. Hehe.. :)

      Padam
    3. Sepanjang sy pkai automatic transmission treatment bila masa bwk kreta jd berat. Tp ia mampu melancarkan pergerakan auto gear dan tak perlu tunggu lama2 baru kreta blh gerak. Ada sesape tak pakai automatic transmission treatment ni walaupn ok tp bila bwk kreta rasa berat?

      Padam
    4. Setakat yang sy pakai ni ok je. Tak terasa berat.

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Salam bro jodin... kancil saya termenung lama kalau enjin sejuk... sampai 10 minit atau lebih... bila dah panas semua ok... tukaran gear lancar... ada sikit masalah leaking... kalau saya masukkan semua habis sebotol... mcmana... sbb kadang2 saya topup habis sebotol 1 liter...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro, kalo ikut dia punya instruction tu memang kena masukkan habis sebotol sebelum masukkan ATF. Apa-apa pun, ty pomen dulu bro.

      Padam
  7. Minyak ni mmg terbaik. Saya pakai kat toyota harrier saya yg morning sickness. Dah 5 tahun saya pakai dan setiap 6 bulan power dia start ilang.... so kena simpan spare la. Tapi at least it being part of gearbox mantainance. Terbaik trans x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol tu.. Lepas 5-6 bulan dah ilang dia nye power.

      Padam
  8. Terbaik laa tuan.. semoga mendapat manfaat bersama...

    BalasPadam
  9. Mmg terbaik atf treatment ni. Sy dah lama pakai dan rekemen pada owner keta auto. Kat sini kedai sparepart panggil Tongkat Ali gearbox auto.
    Cadangan sy, pasang oil cooler tambahan pada gearbox auto tu. Sambungkan pada host yg keluar dari autogearbox dgn radiator. Host tu utk sejukkan atf sebenarnya melalui radiator, tapi x cukup sejuk. Jadi bila gnakan bantuan oil cooler yg rupanya mcm intercooler keta turbo kancil, minyak auto dpt lebih penyejukan.
    Sepatutnya, setiap autogearbox wajib ada oilcooler ni dgn cuaca panas malaysia ni.
    Kita lihat cth exora, proton dah pasang oilcooler utk autogearbox sejak dari kilang lagi.
    Setiap keta auto yg sy penah pakai, mesti akan sy psg oilcooler ni.
    Tiada masalah gearbox lagi.
    Cuba laa... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro..dekat mana boleh dapat oil cooler Tu?

      Padam
  10. boleh bagi fecebook link tak bro Jodin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.facebook.com/sowogopakmo/

      Tapi dah tak aktif.. Blog ni pun dah bersawang lama tak update. Hihi.

      Padam
  11. Bagi alamat serta no telefon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa2 boleh hantar emel kat sowogopakmo@gmail.com

      Padam
  12. bro aku dah guna minyak transx ni...toyota altis 1.6cc tahun 2004...pada mulanya nampak keberkesanan nya...but after 6 month...masalah lama kembali lagi...utk kali ke2 aku bubuh lagi transx ni....after 6 month juga masalah lama berulang....so my opinion transx ni just temporary jer...sementara nak kumpul modal untuk tukar gearbox baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, temporary je sementara kumpul duit untuk tukar gearbox. hehe.

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Salam tuan
    Apa beza yg botol biru dan botol kuning

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan. Pakcik google cakap yang botol kuning untuk high milage - lebih 120000km. hehe.

      Padam
  15. Salam tuan, ingin bertanya pandangan tuan kenapa kereta grand livina sy bila buka akon jalan menjadi semput senguk senguk bila tutup akon senguk jadi slow. Tapi still ada. Mengapa ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin air flow sensor, wiring, throttle body etc. check kat sc / woksop bos.

      Padam
  16. Assalam tuan.... Kalau digunakan pda cvt boleh jek kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berani nak cakap bos. Better tanya pomen.

      Padam
  17. Assalamualaikum.baru bli botol kuning d A.Star.Rm48/=.nk try kt sentra 1.6.2006.harap2 x termenung n free masa D.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bos. Harap2 ok. Tp mcm sy cakap kat atas, tak tahan lama jugak. 5-6 bulan.

      Padam
    2. Tapi kena tukar botol biru ok je As ke Kl.tapi sentap sikit masa tukar antara gear.tapi save 2k.klu overhaul.

      Padam
  18. Cuba try Jv Autolube gear treatmen..Inn sya Allah bleh tahan lama lg sampai next servis..wsap saya 012-3142624

    BalasPadam
    Balasan
    1. minyak ni mahal sangat berbanding TranX hanya RM48. keberkesanannya belum tentu lagi

      Padam
    2. Saya dah pakai minyak JV Auto Lube kat Kelisa, kes termenung jugak. Setakat ni dah 6 bulan masih OK lagi. Tapi pakai 2 botol kena RM180. Harap2 bertahan lama lagi.

      Padam
  19. Botol biru boleh gunakan kat alza auto x??

    BalasPadam
  20. Pakai tranX ni 3 bulan ja ok,,lepas tu jadi balik mcm biasa,,pakai botol kuning,,pomen rekemen

    BalasPadam
  21. Saya guna jv 2 botol untuk gb yg bermasaalah tapi tahan 10 bulan sahaja...ada memba rekeman guna minyak atf jenama toyota bersama k&w ..saya baru nak cuba esok..

    BalasPadam
  22. Saya mmg dh pkai lama... Masalah termen ung gear D mmg hilang tp akan berulang jgk.... So far ok... Selagi boleh setel ...gear box auto tu lg mahal nk tkr..

    BalasPadam
  23. Keta saya mengalami masalah bl masuk gear jd free dr gear 2 ke 3 ...lepastu dpt masuk gear 3...x dpt masok gear 4...stay gear 3 je...boleh ke treatment oil ni ngatasi mslh mcm saya..(wira auto1.6)

    BalasPadam
  24. Tapi I terus tuang Di minyak auto Lama punya boleh kan

    BalasPadam
  25. Terima kasih...byk manfaat blog tuan.

    BalasPadam
  26. Saya nk tny pasal..kw tremnt ni.berpo lama kita blh rasa perubahn minyak ni lepas kita guna.adakah bila kita masukan minyk ni.kita akn rasa serta merta perubahn tuh atau tggu beberapa hari

    BalasPadam
  27. sy baru je guna dlm 2ari.alhamdulillah gear termenung masa enjin sejuk dh ilang.sblm ni kene tgu enjin panas dulu baru gear masuk.tp x tahu lh tahan lama mane.hrp2 lama lh

    BalasPadam
  28. Tak de upate ke.saya alza milage 240,000 km millage elok pakai botol biru kebkuning yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai botol kuning tuan,untuk mileage 75k ke atas...Dan boleh atasi masalah juga,di samping meniaga gb dari Alami kerosakkan yg parah...yg biru untuk kereta mileage bawah dari 75k Dan sesuai untuk gb yg bermasalah.ini dari pengalaman Sy sebagai pengguna Dan saranan dari mekanik yang bertauliah.selebihnya tuan boleh buat rujukan sendiri untuk jenis kereta Dan masalah yg di hadapi.

      Padam
  29. Salam bro kereta saya ada penyakit gearbox bila kita nak gustan mau resh dlu minyak baru masuk gear. Tapi klw D ok jak masalahnya gustan saja bole ka tu pakai trans x ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir semua menghadapi masalah yg sama.Bila kete dah berusia,banyak benda kena check.Masalah Gearbox ni paling ditakuti.Gearbox ni susah nk rosak tapi sistem dia dah tak cantek.Ada beberapa sensor yg perlu diperhatikan.Input speed sensor,output speed sensor,odometer sensor.switch position sensor(inhibitor).Banyak connector yg dah reput dan wire dah tak contact lagi dgn sensor utk bg signal pada tcu.sama jugak kat enjin x sampai ke ecu.Klu scan kompomlah keluar error code.Betulkan semua wiring yg dah x contact tu.Connector ada jual kat online.Dah settle barulah kita buat benda yg lebih berat.treatment oil hanya membantu utk sementara.Dah settle semua tu barulah kita pikir nk turun gearbox n tukar mana mana oli seal yg keras dan bocor.Inshaallah kete kembali berfunsi walaupun x sama dgn kete baru.

      Padam