Sabtu, 22 Julai 2017

Penggunaan bateri Nissan Grand Livina 1.8

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Last sekali aku tukar bateri Cik Ina ni hujung tahun lepas. Aku pakai bateri Yokobatt MF. MF tu maksudnya 'Maintenance Free', korang tak payah susah2 nak check air bateri dan tak payah susah2 jugak nak top up air bateri. Dalam bateri MF ni still ada air bateri. Tapi ada jugak yang dok panggil bateri MF ni bateri kering. Salah kot!

Bateri Yokobatt MF
Kotak bateri Yokobatt MF

Bateri Yokobatt MF
Bateri Yokobatt MF

Sebelum aku cite pasal penggunaan bateri Cik Ina ni, aku nak cite dulu pasal jenis bateri yang diguna pakai. Cik Ina pakai bateri NS60L atau nama lain nya 46B24L. NS60L ni kalo tak silap aku ialah nama lama dalam Japanese Industrial Standard (JIS). Bila dia revise standard tu, NS60L ditukar jadi 46B24L. Kalo salah tolong btolkan. Kepala bateri Cik Ina jenis yang kecik nye dan terminal negatif di sebelah kiri. Sebab tu ada huruf 'L' kat belakang nama model bateri tu yang bermakna 'Left'.

Perbezaan terminal bateri
Terminal negatif sebelah kiri
(Sumber gambar: http://www.theautomotiveindia.com)

Bateri Yokobatt MF ni adalah bateri yang ke lima aku pakai sejak aku pakai Cik Ina pada tahun 2011. Hampir setahun sekali kot aku tukar. Haha. Bateri yang pertama sekali, sudah semestinya bateri yang datang daripada kilang iaitu bateri GS Plus One, dibuat oleh Siam GS Battery Co Ltd Thailand. Bateri ni memang kena check dan topup air nya selalu. Bateri ni tahan lebih kurang setahun dua bulan. Ngam2 waranti abis terus dia kong. Rasa nya sebab aku jarang topup air bateri tu kot.

Bateri GS Plus One
Bateri GS Plus One

Lepas bateri asal daripada kilang tu kong, aku tukar ke bateri GP Atlas MF. Aku beli dengan harga RM180 (2012) lepas tolak bateri lama. Aku beli kat kedai servis air cond & bateri. Bateri ni pulak tahan lebih kurang setahun empat bulan.

Bateri GP Atlas MF
Bateri GP Atlas MF

Lepas tu aku tukar pulak ke bateri Panasonic MF kat kedai yang sama. Harganya RM190 (2013) lepas tolak bateri lama. Bateri ni bertahan selama setahun enam bulan.

Bateri Panasonic MF
Bateri Panasonic MF

Bateri seterusnya yang aku pakai adalah Century Marathoner MF. Harganya RM165 (2014) lepas tolak bateri lama. Rasanya bateri ni aku beli ngan Bateriku.Com. Diaorang datang rumah siap pasang. Bateri ni perform selama dua tahun dua bulan. Not bad la kan.

Bateri Century Marathoner MF
Bateri Century Marathoner MF
(Sumber gambar: http://centurybattery.com.my)

Last sekali macam aku bagi tau kat atas tu, aku pakai bateri Yokobatt MF. Harganya RM160 (2016) lepas tolak bateri lama. Aku beli kat kedai tayar & bateri. Harap2 nya boleh bertahan lama jugak la kan. Ada orang cakap bateri lama better gi jual sendiri kat kedai besi buruk / recycle, boleh dapat harga tinggi daripada tolak kat kedai bateri. Tapi aku malas nak pergi cari kedai besi buruk nih. Tolak kat kedai bateri je la senang.

Boleh rujuk table kat bawah ni untuk penggunaan bateri sepanjang aku pakai Cik Ina ni. Lagi senang nak hadam.

Jadual penggunaan bateri
Jadual penggunaan bateri Cik Ina

Tu je la kot aku nak share. Ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Tak bermakna bateri yang aku pakai tu tak tahan lama bermakna bateri tu tak elok. Mungkin orang lain pakai boleh tahan lama sehingga dua atau tiga tahun. Jangka hayat bateri ni juga bergantung kepada cara penggunaan alat-alat elektrik atau elektronik dalam kereta kita. So, jangka hayat bateri ni memang subjektif, tak sama untuk semua orang. Nak tau tip2 penjagaan bateri kereta boleh tanya pakcik Google, dah ramai yang share.

Adios.
 

POST YANG BERKAITAN:

1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
3. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8


18 ulasan:

  1. Tukat yokobatt bulan 5/2017....hari ni bateri dah kong tak sampai setahun....11 bulan ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. 11 bulan ok lagi. Still boleh claim warranty.

      Padam
  2. Bateri asal mmg sethn lebih je ek blh tahan. Hampeh btl. Hari ni br kong. 1 thn 6 bln je thn. Bateri asal dr kilang. GS plus one.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cam tu lah cerita nya. hehe. Mungkin yang selalu top up air bateri tahan lama sket.

      Padam
  3. Saya lg suka guna betri sel basah.jangka hayat pjg..skrg dh masuk 2tahun..guna betri sel basah..tp air sentiasa dijaga sebuln sekali sya cek air..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol! Sel basah lagi tahan lama kalo jaga air bateri.

      Padam
  4. Bateri century tu beli kat mana ya ? Rm165 kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bateriku.Com, rasanya skrang dah tak dapat harga tu.

      Padam
  5. Kuatnya livina bos maman baterb... Saya livina 2011 ,bateri asal gsgs tahan 3 tahun 2bulan2 . Bateri mf kedua beli bateri mahal dekat 300 tp 2 tahun 10 bulan ja la pakai yokohama gold mf dah hampar 3,tahun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm saya cakap kat atas, ketahanan bateri ni subjektif ikut penggunaan dan penjagaan owner.

      Padam
  6. Century tahan sy dkat2 4tahun ooo...tp skrg kuasa dia tinggl 22% je..tukar yokobatt mcm mn agaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bateri Yokobatt yg saya pakai tahan setahun dua bulan je.

      Padam
  7. Dah pakai yokobat mei 2017. Baru minggu lepas kena tukar. Ok laa.tepat2 2 tahun memandangkan radio pun pakai lcd.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung bos! Sy pakai tahan setahun dua bulan je.

      Padam
  8. Saya pkai batery century tu mmg thn,dkt tiga thun xkong lagi,skrg bru nk try batery yokobatt plk

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum sy br tukar beteri jenama yokobatt,pd 14/08/19 smpi skrg 03/11/19 beteri die dah kong terus,xsmpi 3 bln knp ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Refer balik supplier. Warranty ada lagi tu. Tapi kalau masalah alternator, warranty tak cover rasanya.

      Padam