Sebelum baca post ni, boleh baca dulu post2 kat bawah ni;
1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
3. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8
Macam aku dah cakap sebelum ni, Cik Ina aku ni dah nak jejak 200,000km dia nyer milage. So memang nak kena buat major service. Lepas aku dah beli barang-barang yang nak kena tukar (boleh refer post-post sebelum ni), aku pun set appointment ngan pomen yang aku dah biasa kat Meru tu. Dan tengah bulan Januari lepas, aku pun anto ler Cik Ina kat woksyop dia. Alamak! Dah lama rupanya citer ni. Sindrom malas sudah kembali ke? Hihihi.
Dah sampai woksyop!
So, dalam kul 10.00 pagi aku dah sampai kat woksyop. Rupa-rupanya pomen pun belum sampai lagi. Menunggu la aku kat depan woksyop tu. Dalam kul 10.15 pagi baru la pomen sampai. Kiranya aku la 1st customer dia hari ni.
Engine bay Cik Ina
Macam aku citer sebelum ni, nak tukar spark plug Cik Ina ni leceh sikit. Macam-macam kena bukak. Sebab tu kena pakai spark plug yang jenis tahan lama, boleh tahan sampai 100,000km.
Dah barai sikit-sikit
Gambar kat atas tu pomen dah bukak engine cover ngan air intake. Engine cover ni livina 1.8 je ada. Livina 1.6 takde. Tak tau la term-term yang aku pakai ni btol ke tidak. Kalo salah tulun ajarkan.
Throttle body
Gambar yang kat atas tu pulak throttle body. Alang2 dah bukak tu, aku suh pomen cuci sket.
Carb & Choke Cleaner
Pomen pakai benda alah macam gambar kat atas ni untuk cuci throttle body. Spray gitu2 je. Pomen takut nak cuci lebih-lebih, katanya nanti rpm lari dan lampu engine check menyala. Iye kan je lah. Aku pun tak terer sangat pasal enjin ni kan.
Dah bukak air intake manifold + throttle body
Next, bukak air intake manifold. Dah nampak empat bijik plug coil cam gambar kat atas. Plug coil ni selalu jugak bermasalah kalo baca kat dalam forum/facebook group geng-geng Livina ni. Alhamdulillah setakat ni tak kena kat aku lagi. Harap-harapnya takde masalah lepas ni.
Nak bukak plug coil
Dah bukak plug coil
Dah bukak spark plug coil, next kena bukak spark plug. Nak bukak spark plug Cik Ina ni tak boleh guna spark plug socket yang biasa tu. Kena pakai yang jenis kurus sikit. Kalau tak memang tak boleh masuk. Untuk Cik Ina aku ni ada problem sikit. Spark plug yang lama tu susah sangat nak bukak, ketat. Dua spark plug socket rosak/loose, pomen kena beli baru dan siap-siap modified kat kedai hardware tu.
Pakai spark plug socket yang no 3 baru boleh bukak
Gam gasket
Dah siap pasang balik semua, masa start enjin rpm jadi kejap tinggi dan kejap rendah. Lampu engine check pun dah menyala. Rasanya sebab servis throttle body atau bukak socket throttle body tu. Pomen bukak connector kat kepala bateri dalam 10 minit, bila start balik rpm dah ok cuma lampu engine check menyala lagi. Nampak gaya nya kena gi wat engine tuning balik.
Lampu engine check menyala
Kat bawah ni ada video macam mana nak tukar spark plug Nissan Versa. Lebih kurang je la. Sama sebijik kot. Tapi dekat satu jam jugak video tu.
Video tukar spark plug Nissan Versa
Lupa nak bagitau minyak enjin ngan ATF dah tukar siap-siap sebelum tukar spark plug tadi. Minyak enjin aku pakai Castrol Magnatec yang jual kat Tesco tu. Biasa harga RM75-99 masa promosi. Dan masa nak balik tu, check tayar belakang macam makan tak rata. Adoiii.. Kena tukar absorber la pulak. Tunggu next budget la gamaknya. Patut la time bawak tu bunyi berdengung semacam.
Tayar makan tak rata
Sekian citer pasal servis kete. Nanti aku citer pasal gi wat engine tuning dan jugak pasal intake manifold gasket yang aku beli tu.
Adios.
BACA:
1. Air Intake Manifold Gasket untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Engine Tuning / ECCS Consult Diagnostic Nissan Grand Livina 1.8
3. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 (Info tambahan)
4. K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment
2. Engine Tuning / ECCS Consult Diagnostic Nissan Grand Livina 1.8
3. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 (Info tambahan)
4. K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment
Tiada ulasan:
Catat Ulasan