Pn Rosmini Ismail, 42, terpaksa bekerja untuk menyara keluarga selepas suaminya, Aziz Ibrahim, 48, disahkan menghidap penyakit barah otak dan paru-baru. Pn Rosmini hanya menjalankan perniagaan jual beli botol kosong dan sekarang mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan tersebut kerana kekurangan modal.
(Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my)
Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam atas nama Rosmini Ismail bernombor 0305 4020 503 898. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.
Berikut petikan berita online Sinar Harian.
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini."PASIR MAS - Seorang wanita buntu memikirkan masa depan keluarganya apabila dia kekurangan modal untuk meneruskan perniagaan jual beli botol kosong yang diusahakan sejak tahun lalu.Rosmini Ismail, 42, berkata, perniagaan itu dijalankan bagi membantu menambah pendapatan keluarga selepas suaminya, Aziz Ibrahim, 48, disahkan menghidap penyakit barah otak dan kanser paru-baru.“Saya beli botol kosong dengan penduduk di sekitar Chetok, Sungai Keladi dan beberapa buah kampung pada harga 10 sen bagi tiga botol.“Setiap bulan saya dapat kira-kira RM350 daripada 5,000 botol yang dijual kepada sebuah kilang di Pasir Puteh.“Kami ada dapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM400, tapi tak cukup sebab suami perlu belanja besar," katanya.Rosmini berniaga botol bagi membantu menambah pendapatan keluarga selepas suaminya Aziz disahkan menghidap penyakit barah otak dan kanser paru-baru.Buat masa ini katanya, suami bergantung harap sepenuhnya kepada susu sebagai makanan utama dan ia memerlukan belanja yang cukup besar.“Selain itu, saya perlu tanggung empat lagi anak yang masih sekolah,” katanya.Menurutnya, ketika ini tugas menyara keluarga digalas anak sulung, Mohd Asrullah, 21, yang bekerja sebagai buruh kasar dengan upah sebanyak RM50 sehari.Katanya, pendapatan anaknya itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian keluarga sahaja.“Lebih perit, saya terpaksa bayar pinjaman Tekun berjumlah RM288 setiap bulan.“Pinjaman itu saya gunakan sebagai modal untuk beli kereta bagi menjalankan perniagaan jual beli botol,” katanya.Rosmini berkata, dia juga terpaksa mengikat perut setiap bulan kerana suami perlu mendapat rawatan sebulan sekali di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).Katanya, setiap kali keluar dia perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk urusan itu.“Suami juga terpaksa berulang alik seminggu sekali ke klinik kesihatan Tok Uban untuk jalani pemeriksaan,” katanya.Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 0305 4020 503 898 atas nama Rosmini Ismail."
Adios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan