Jumaat, 19 Mei 2017

Mohon bantu dua beradik yatim piatu kehilangan ibu bapa dalam kemalangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dua beradik iaitu Khairiyah Alissya Khosim, 10, dan adiknya Khaira Amni, setahun 6 bulan kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya 28 April yang lepas. Mereka juga masih lagi menerima rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang akibat daripada kemalangan tersebut. Sama-sama lah kita doakan mereka berdua cepat sembuh..

Adik Khairiyah Alissya Khosim
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)


Adik Khaira Amni
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Ashah Ariffin (nenek) bernombor 1420541000049167 atau ke akaun Maybank atas nama Ismail Cha (datuk) bernombor 156208001491. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"PULAU PINANG 17 Mei - Dua beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut akibat kemalangan jalan raya 28 April lalu masih menerima rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.
Walaupun doktor mengesahkan keadaan mereka semakin pulih tetapi masa depan Khairiyah Alissya Khosim, 10, dan adiknya Khaira Amni, setahun 6 bulan, masih tidak menentu kerana kedua-dua belah kaki kanak-kanak berkenaan tidak dapat berfungsi secara normal.
Lebih memilukan, kesemua jari kaki kanan Khaira Amni yang berubah menjadi warna hitam terpaksa dipotong menyebabkan kanak-kanak yang baru pandai berjalan itu trauma dengan kejadian menimpanya.
Menurut bapa saudara mereka, Khalib Ismail, 29, masa depan Khairiyah Alissya juga kabur ke­rana kedua-dua kakinya patah dan pihak hospital sedang merawat kulit yang sudah rosak akibat terbakar teruk.
Menceritakan perubahan ke­dua-dua kanak-kanak itu selepas ketiadaan ibu bapa mereka, Khalib berkata, Khairiyah Alissya sering bertanya tentang nasib dia dan adiknya selepas ini kerana sudah tidak mempunyai ibu bapa.
“Dia sering termenung dan menangis. Kerap kali saya dengar dia mengadu kepada orang yang me­­lawatnya perkara sama menyebabkan saya tidak sanggup meninggalkannya sendirian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar pada 29 April lalu melaporkan dua beradik itu kehilangan ibu bapa selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dipandu bapa mereka, Khosim Ismail, 35, di Kilo­meter 155 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Sungai Bakap kira-kira pukul 5.45 petang.
Khalib berkata, Khaira Amni sehingga kini juga masih mencari dan bertanyakan tentang ibunya, Khairunnisa Ahmad Kamaluddin, 29.
Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh melakukannya menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1420541000049167 atas nama Ashah Ariffin (nenek) atau akaun Maybank Ismail Cha (datuk) 156208001491."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan