Khamis, 18 Mei 2017

Mohon bantu adik Mohammad Akid Firas yang menghidap penyakit sawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Mohammad Akid Firas yang baru berusia 10 bulan mempunyai masalah saraf di bahagian otak sehingga menyebabkannya pernah di­serang sawan sebanyak 60 kali dalam sehari. Ayahnya, Mohammad Zulkefli Kamal, 26, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anaknya yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 18 Mac yang lalu. Penyakit adik Mohammad Akid Firas ini boleh dirawat menerusi pembedahan yang menelan kos hampir RM70,000.

Adik Mohammad Akid Firas
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Mohammad Zulkefli Kamal (Ayah) bernombor 7617794486. Beliau boleh dihubungi di talian 011-24179135 atau isterinya, Nor Amanina di talian 011-24177233Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"PULAU PINANG 16 Mei – Sepasang suami isteri muda terpaksa akur dengan keadaan anak mereka yang mempunyai masalah saraf di bahagian otak sehingga menyebabkan bayi berusia 10 bulan itu pernah di­serang sawan sebanyak 60 kali dalam sehari.
Difahamkan, 90 peratus bahagian otak bayi itu, Mohammad Akid Firas tidak boleh berfungsi akibat diserang sawan tanpa mengira waktu.
Menurut bapa bayi itu, Mohammad Zulkefli Kamal, 26, dia yang bekerja di sebuah kilang di sini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anaknya yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 18 Mac lalu.
Katanya, dia bersama isteri, Nor Amanina Razali, 24, perlu bermalam di HPP dan meminta bantuan ibu mentua menjaga anak sulung mereka, Nur Zara Arissa yang berusia dua tahun bagi memastikan bayi itu dapat dipantau setiap masa terutama ketika diserang sawan.
“Doktor memaklumkan pe­nyakit ini biasa tetapi jarang berlaku kepada pesakit semuda 10 bulan seperti anak saya. Jika mahu lakukan pembedahan, berat anak saya perlu dipastikan 10 kilogram (kg).
“Tetapi berat anak saya baru 8.8kg dan sukar mening­kat kerana dia hanya dibenarkan minum susu tanpa gula bagi mengawal sawan yang boleh berpunca daripada kuan­titi bahan itu di dalam darahnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di HPP di sini hari ini.
Jelasnya, penyakit anaknya itu boleh dirawat menerusi pembedahan yang menelan kos hampir RM70,000 dan perlu dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dise­rahkan ke hospital swasta.
“Saya buntu mahu mencari sumber kewangan untuk kos pembedahan bagi memastikan anak bongsu saya ini sihat dan kembali aktif seperti sebelum ini," katanya.
Dia berkata, sawan itu akan menyebabkan badan dan bahagian muka anaknya kejang sehingga mata ke atas selain se­ring tidur kesan daripada ubat diberikan doktor.
Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohammad Zulkefli di talian 011-24179135 atau Nor Amanina di talian 011-24177233 atau terus melalui akaun CIMB 7617794486."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan