Jumaat, 5 Mei 2017

Mohon bantu adik Nor Zulaika yang menghidap penyakit asma kronik

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Nor Zulaika Zakaria, 10, menghidap penyakit asma kronik menyebabkan dia bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan 24 jam sehari. Adik Nor Zulaika terpaksa ponteng sekolah buat seketika dan pergerakannya juga terbatas. Ayahnya pula hanya bekerja mengambil upah mesin rumput.

Adik Nor Zulaika
(Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Zawani Ismail (Ibu) bernombor 0311829843676680. Beliau boleh dihubungi di talian 010-9249314. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Sinar Harian.
"TUMPAT - Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wakaf Bharu di sini, terpaksa ponteng sekolah buat seketika kerana perlu memakai 'topeng' oksigen 24 jam.
Ibunya, Zawani Ismail, 39, berkata, anaknya, Nor Zulaika Zakaria, 10, menghidap penyakit asma kronik sejak bayi.
Menurutnya, 'topeng' itu ibarat penyambung nyawa anaknya dan sejak memakainya, pergerakan Nor Zulaika terbatas.
"Dah dua bulan anak saya tak ke sekolah kerana perlu bernafas guna mesin oksigen.
"Mesin oksigen ni susah nak bawa ke sekolah kerana berat dan perlu guna elektrik jika nak guna," katanya  ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Langgar di sini.
Zawani berkata, bila memakai 'topeng' mesin itu, anaknya tidak boleh ke mana-mana.
"Anak saya tak boleh bernafas jika tak pakai 'topeng' ni dan jika nak ke bilik air, dia akan buka 'topeng' tu selama 15 minit sahaja.
"Lepas tu, dia kena pakai balik topeng ni.
"Kadangkala dia juga merengek kerana perlu pakai 'topeng' oksigen ni," katanya.
Tambahnya, doktor juga mengesahkan anaknya mengambil masa untuk sembuh kerana turut mengalami masalah jantung berlubang dan penyakit buah pinggang.
“Anak saya dah 16 kali masuk  ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana komplikasi tiga penyakit itu.
"Terbaru dua bulan lalu, bila dia sesak nafas dan mengalami masalah paru-paru mengecut,” katanya.
Menurutnya, disebabkan mesin oksigen mahal, dia menyewanya daripada pihak HRPZ II dengan wang cagarannya RM350.
“Saya perlu jaga mesin ni dengan baik kerana harganya RM45,000 seunit.
"Saya juga tak pasti sampai bila anak saya kena pakai alat oksigen ini,” katanya.
Zawani berkata, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan suaminya, Zakaria Mohd Yusof, 67, yang bekerja mengambil upah mesin rumput.
"Suami dah uzur, saya pula sakit kencing manis. Rumah kami tinggal ni rumah sewa, mujurlah kami ada juga terima bantuan JKM RM200 sebulan.
"Dengan bantuan ni, bolehlah tampung kehidupan kami empat beranak,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak.
Bantuan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (0311829843676680) Zawani atau menghubunginya di talian 0109249314."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan