Nurul Aini Farahanur, 19, menghidap penyakit misteri yang menyebabkan seluruh badannya melecur. Penyakit misteri ini bermula sejak Januari lalu apabila muncul ketulan sebesar manik di dalam mulutnya yang kemudiannya merebak ke seluruh mulut, leher dan badan.
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)
Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Agrobank atas nama Mohamed Awang (Ayah) bernombor 2001-7310-0012-2473. Beliau boleh dihubungi di talian 013-7682210. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.
Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini."GUA MUSANG 2 Mei – Luluh hati seorang bapa apabila melihat anak gadisnya yang sebelum ini sihat tetapi tiba-tiba menanggung kesakitan akibat diserang penyakit misteri menyebabkan seluruh badannya melecur.Mohamed Awang, 68, berkata, derita Nurul Aini Farahanur, 19, atau panggilan manjanya, Anum bermula sejak Januari lalu apabila muncul ketulan sebesar manik di dalam mulutnya yang kemudiannya merebak ke seluruh mulut, leher dan badan.Katanya, penyakit misteri itu menyerang ketika anak bongsu daripada tujuh beradik itu bekerja di sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur.“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Anum menyuarakan hasrat ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Namun, dia hanya sempat bekerja selama sebulan sebelum diserang penyakit misteri itu.“Semakin hari tahap kesihatannya mula merosot kerana seluruh badannya seperti melecur terkena ekzos motosikal panas sehingga kulitnya berair, tertanggal dan menampakkan isi kulit merah.“Saya sedih melihat keadaan Anum hanya mampu baring dan sering menangis kesakitan,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu Papan, di sini hari ini.Mohamed berkata, dia sudah membawa anaknya berjumpa doktor tetapi sehingga kini, penyakitnya tidak dapat dikenal pasti menyebabkan dia berubat secara tradisional dan rawatan Islam.Mohamed yang kematian isteri sejak tiga tahun lalu bernasib baik apabila mendapat bantuan adik iparnya, Siti Mariam Mamat, 43, dan anaknya yang lain untuk menguruskan Anum.“Setiap hari adik ipar akan membantu membersihkan tubuh dan memberi makan kepada Anum.“Kini keadaan dilihat semakin baik apabila kulitnya semakin kering, berbanding bulan kedua dia diserang sakit itu apabila kulitnya berlendir dan berbau,” katanya.Sementara itu, Anum memberitahu, sejak diserang penyakit itu, mulutnya berasa amat sakit sehingga hilang selera makan.Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohamed di talian, 013-7682210 atau menerusi akaun Agrobank miliknya, 2001-7310-0012-2473."
Adios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan