Rabu, 17 Mei 2017

Mohon bantu ibu tunggal enam anak yang baru kehilangan suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Rozita Zainon, 42, baru sahaja kehilangan suami yang menghidap penyakit kanser tulang tahap empat pada bulan Mac yang lepas. Enam anaknya masih bersekolah termasuk bakal me­lanjutkan pengajian ke universiti dan menduduki peperiksaan awam. 

Rozita Zainon
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Rozita Zainon bernombor 1235-0002310-20-0. Beliau boleh dihubungi di talian 016-9068382. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"SUNGAI PETANI 14 Mei – Kesusah­an menimpa seorang ibu tunggal, Rozita Zainon, 42, setelah suaminya meninggal dunia, Mac lepas mendapat perhatian pihak Econsave Taman Petani Jaya di sini yang tampil menghulurkan bantuan.
Menurut Rozita, suaminya, Mohammad Lazi Tolabudin, 45, meninggal dunia pada 22 Mac setelah mengidap kanser tulang tahap empat sekali gus mengakibatkan mereka sekeluarga hilang tempat bergantung.
Katanya, enam anaknya masih bersekolah termasuk bakal me­lanjutkan pengajian ke universiti dan menduduki peperiksaan awam.
“Selepas kematian suami, saya kebuntuan untuk mencari nafkah kerana terpaksa menyara anak-anak, Syaza Shahirah, 18; Shah Fareez Azfar, 17; Syaza Najihah, 15; Shah Fakhrul Aiman, 12; Shah Firhan Afif, 3 dan Syaza Ayra Sofea, sebulan.
“Kami juga menetap di rumah sewa di Aman Jaya di sini. Namun kesusahan kami terubat apabila ada pihak yang sudi membantu seperti Econsave Taman Petani Jaya yang menghulur bantuan makanan,” katanya di sini baru-baru ini.
Katanya, pada masa ini, Syaza Shahirah menunggu panggilan belajar di sebuah universiti tempatan manakala Shah Fareez Azfar adalah pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang manakala Syaza Najihah pula bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Rozita berkata, segala tugas terpaksa dilakukan dengan tabah untuk kejayaan anak-anak pada masa akan datang.
“Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Muda meluluskan bantuan berupa Skim Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM400 sebulan, baru-baru ini.
“Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga menziarah keluarga saya dan meluluskan bantuan makanan,” katanya lagi.
Sementara itu, orang ramai ingin membantu boleh berbuat demikian melalui nombor akaun 1235-0002310-20-0 di CIMB Bank Rozita dengan nombor telefon 016-9068382.
Pengurus Econsave Taman Petani Jaya, Saparin Abu Seman memberitahu, pihaknya tampil menyerahkan bantuan makanan bernilai RM1,000 melalui Program Econsave Prihatin 2017.
Menurutnya, barangan tersebut boleh digunakan untuk ke­perluan sempena kedatangan Ramadan ini."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan