Adik Danish Iman Mohd Irwan yang berusia 9 bulan menghidap penyakit asma kronik dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan atau mesin oksigen. Keluarganya memerlukan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan susu khas dan pembelian peralatan pernafasan.
(Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my)
Berikut petikan berita online Sinar Harian.
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini."PETALING JAYA – Bayi menghidap penyakit asma kronik, Danish Iman Mohd Irwan yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen memerlukan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan susu khas dan pembelian peralatan pernafasan.Ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu, Wan Salmi Suhana Wan Majid, 34, berkata, keadaan anak bongsunya sudah mula stabil selepas dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini.Menurutnya, segala peralatan untuk membolehkan anaknya bernafas sudah dibeli hasil sumbangan orang ramai selama ini.Bagaimanapun, Wan Salmi berkata, dia dan suami buntu mencari kos pembelian peralatan tambahan bagi membolehkan anaknya bernafas dengan selesa selain pembelian susu khas berharga RM31.90 setin.Lebih membebankan suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang tidak memperoleh gaji berikutan terpaksa menjaga empat lagi anak di rumah termasuk dua yang turut menghidap asma ketika dia menjaga Danish di hospital.“Gaji suami akan dipotong setiap kali dia tidak pergi bekerja seperti biasa. Saya buntu nak cari duit banyak tu…dah tak tahu nak minta tolong siapa jadi terpaksa juga paparkan kisah anak sekali lagi di akhbar bagi merayu bantuan orang ramai.“Harap ada yang bersimpati dan sudi membantu," katanya yang tinggal di pangsapuri Taman Desaria di sini.Katanya, dia ada menerima bantuan hari raya, bantuan pendidikan, bantuan sewa rumah dan bayaran bil hospital daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) namun kos pembelian peralatan perubatan anaknya perlu ditanggung sendiri.“Saya harap ada yang dapat bantu walaupun dengan sumbangan RM1 untuk ringankan beban kami sekeluarga, semoga ALLAH balas jasa anda semua kerana membantu anak-anak saya,” katanya.Sehubungan itu, mereka yang bermurah hati membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank milik suami Wan Salmi, Mohd Irwan Amir Hashim 114179467056 atau akaun CIMB Bank atas nama Wan Salmi 7602612700."
Adios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan