Sabtu, 20 Mei 2017

Mohon bantu pelajar SMK Keroh menghidap penyakit kanser usus tahap 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Muhamad Fitri Mohd Nor, 17, pelajar sekolah SMK Keroh terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) setelah disahkan menghidap penyakit kanser usus tahap 3. Beliau dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di rumah. Ibunya, Siti Azuani Muhamad, 39, yang bekerja di kilang getah terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anaknya itu.

Muhamad Fitri
(Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Public Bank atas nama Siti Azuani Muhamad (Ibu) bernombor 6842-69-7529. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Sinar Harian.
"KUALA KRAI - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh, dekat sini terpaksa melupakan hasrat menduduki peperiksaan itu setelah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga, bulan lalu.
Berikutan masalah kesihatan itu, doktor menasihatkan Muhamad Fitri Mohd Nor, 17, supaya berehat di rumah.
Menurut ibunya, Siti Azuani Muhamad, 39, pada mulanya dia hanya menganggap anak keduanya itu demam biasa.
Katanya, Muhamad Fitri sering demam dan mengadu sakit perut sehingga tidak dapat ke sekolah selama seminggu, awal April lalu.
"Risau tengok demam dia tak sembuh-sembuh, pakcik saudara dia bawanya ke unit kecemasan Hospital Kuala Krai," katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, setelah membuat pemeriksaan, doktor mengesyaki anaknya menghadapi masalah usus tersumbat dan menahannya di wad selama seminggu.
"Sepanjang duduk di hospital, dia tak boleh makan atau minum.
"Dia kemudiannya kena bedah dan lepas itulah doktor sahkan Muhamad Fitri hidap kanser usus tahap tiga," katanya sayu.
Ujar Siti Azuani lagi, anaknya kini hanya terlantar di rumah sewa mereka.
Ibu kepada enam anak berusia 3, 7, 8, 15 dan 19 tahun ini berkata, dia yang bekerja di sebuah kilang getah kini terpaksa bercuti untuk menjaga anaknya.
Menurutnya, kebiasaannya dia dibayar gaji RM40 sehari dan purata pendapatan bulanan diperolehnya sekitar RM700 hingga RM800.
"Sekarang ni saya hanya harapkan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan," katanya.
Katanya, dia kini gusar memandangkan Muhamad Fitri perlu membuat rawatan susulan dan kemoterapi sebanyak 15 kali di Hospital Kuala Krai.
"Jadi saya memang kena cuti untuk jaga dia di hospital.
"Dia juga mungkin perlu dibedah sekali lagi dan kosnya perlu dibayar," katanya.
Azuani turut meluahkan rasa bimbang tidak dapat membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan kerana kerap cuti.
Keperitan hidup keluarga Siti Azuani mendapat perhatian Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Keroh yang melawat keluarganya di samping menghulurkan sumbangan.
INFO: Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun Public Bank, Siti Azuani Muhamad 6842-69-7529."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan