Bidoh Ishak, 63, dan keluarga hanya mampu menyewa sebuah pondok usang di kawasan perkampungan setinggan di Tanah Putih di sini, sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh. Suaminya, Abd Hamid Ngah, 65, tidak mampu bekerja disebabkan menghidap penyakit kencing manis dan lelah kronik, sejak lapan tahun lalu.
(Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my)
Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Ab Hamid Ngah bernombor 0611241000108311. Beliau boleh dihubungi di talian 010-9223100. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.
Berikut petikan berita online Sinar Harian.
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini."KUANTAN – Kemiskinan hidup memaksa pasangan warga emas menyewa sebuah pondok usang di kawasan perkampungan setinggan di Tanah Putih di sini, sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh.Bidoh Ishak, 63, berkata, hanya pondok usang yang terletak bersebelahan Sungai Kuantan itu sahaja mampu diduduki memandangkan kadar sewaan tidak terlalu mahal.Menurutnya, walaupun pondok tersebut tidak begitu selesa, namun dia tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka tinggal dan berlindung dari panas dan hujan.“Pondok ni saya bayar sewa RM200 sebulan. Ini saja yang saya mampu bayar. Dulu saya tinggal di rumah sewa Sungai Isap, tapi sejak suami tak kerja, nak bayar sewa rumah pun tak mampu.“Jadi pondok yang saya tinggal dengan suami, dua anak, menantu dan seorang cucu ini masih lagi boleh dibayar sewa. Hidup pun ala kadar saja, yang penting ada tempat tinggal,” katanya ketika ditemui di pondok yang didiami mereka di sini, semalam.Bidoh berkata, sebelum ini dia pernah terfikir untuk tinggal di bawah jambatan Tanjung Lumpur, selepas tidak mampu membayar sewa rumah.Bidoh melihat cucunya yang berusia enam tahun bermain basikal di pondok usang tempat mereka sekeluarga tinggal di perkampungan setinggan Tanah Putih.Namun memikirkan keselamatan mereka sekeluarga kerana mempunyai anak OKU dan cucu yang berusia enam tahun, menyebabkan dia terpaksa mencari pondok untuk didiami sejak tiga bulan lalu.Jelasnya, kesusahan hidup terpaksa dilalui selepas suaminya, Abd Hamid Ngah, 65, tidak mampu bekerja disebabkan menghidap penyakit kencing manis dan lelah kronik, sejak lapan tahun lalu.“Bila suami sakit, semua punca pendapatan terputus. Kami harapkan ihsan orang ramai saja," katanya.Dalam pada itu, Bidoh berkata, anaknya yang berusia 26 tahun pula adalah OKU sindrom down sejak dari lahir dan tidak mampu bekerja.“Anak saya yang kedua pula hanya bekerja sebagai pembantu bengkel dan tak mampu tanggung kehidupan kami sekeluarga.“Suami pula ada dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebanyak RM400, tapi tak cukup sebab bayar rumah sewa dan beli barang keperluan,” katanya.Bidoh berkata, sebelum ini dia melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung keperluan mereka sekeluarga, namun selepas diserang angin ahmar, dia hanya mampu duduk di rumah."Saya amat harapkan orang ramai dapat membantu mengurangkan beban ditanggung oleh saya sekeluarga,” katanya.Orang ramai yang ingin menghulurkan sebarang bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi talian 010-9223100 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0611241000108311 atas nama Ab Hamid Ngah."
Adios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan