Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Cara nak check / periksa bateri Yamaha Nmax 155

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Nun bulan 3 yang lepas, Cik Ann aku ni mula buat hal dah. Awal2 tu semput masa ngah bawak. Ingatkan sebab tak tukar lagi air filter nye. Dah due lama sangat dah. Sepatutnya tukar setiap 12,000km. Tapi masa tu mileage dah dekat 19,000km. Sebabnya? Dah tanya 2 3 kedai, tapi semua takde stock. Kena pergi Hong Leong Yamaha Motor kat Sungai Buloh jugak la gamak nya. Tak lama lepas aksi semput menyemput tu, enjin Cik Ann ni dah tak idup dah bila start. Nasib baik masa tu kat rumah lagi, nak pergi kerja. Sebab dah down masa tu, malas nak bawak Cik Lisa sendiri pergi opis. Alhamdulillah.. binim tersayam volunteer nak anto pergi opis naik Cik Ina. Hihi. Kebetulan dia ada kerja kat UKM. Hari tu memang sampai lambat ler kat opis. Hari-hari berikutnya aku bawak Cik Lisa, kena keluar awal sikit la jawab nya. Hari sabtu aku cuba la troubleshoot apa masalah Cik Ann ni tetiba meragam. Umurnya baru 11 bulan, tapi waranti dah abis. Yamaha cover 10,000km j...

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1438 H / 2017 M

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat islam di Malaysia. Untuk post kali ni aku nak share jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk tahun ini. Memandangkan aku menetap di Selangor, aku share untuk negeri Selangor je lah. Jadual ni aku ambik kat website JAKIM. Macam biasa kalo tak nampak, boleh klik gambar tu. Kat bawah ni jugak aku letak link kalo2 nak download untuk negeri-negeri lain kat Malaysia nih, tapi format pdf la. (Sumber jadual: http://www.islam.gov.my) Just nak bagi tau, waktu imsak tu bukan lah maksudnya ko tak boleh makan dah. Boleh lagi makan sampai lah masuk waktu subuh. Tapi seeloknya berenti la makan time waktu imsak dan boleh bersiap2 gi masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah. Tapi in case ko terlajak tido, sedar2 dah masuk waktu imsak, sempat lagi kot makan sebijik kurma dan segelas air kosong. Kat bawah ni aku letak link untuk download waktu im...

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Kalo refer post yang sebelum ni ( klik di sini ), aku ada cite pasal Cik Ina ada masalah gear termenung ni. Kalo start kete pagi2 dan terus masuk gear D, kena tunggu 3 hingga 5 saat baru kete gerak. Dekat traffic light pun sama, kadang2 kena paksa gerak dengan tekan minyak sikit. Dok baca kat facebook tu, ada yang kata kena tukar gearbox. Kalo tukar gearbox mesti la kos nya beriban. Ada jugak yang suggest cuci gearbox oil filter atau tukar filter tu terus. Yang ni KIV dulu sebab ada solution lain yang lagi senang. Ada yang cakap pakai gear treatment iaitu K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up. Ini lah benda nya Pandangan depan Pandangan sisi Pandangan belakang Penutup botol tu Aku gi la tanya kat kedai spare part yang biasa aku pegi tu. Harga yang aku dapat ialah RM48 sebotol. Kat facebook, ada yang jual RM50, ada yang jual RM45 kalo beli dua botol dan macam2 lagi lah. Tapi kalo beli...

Mohon bantu pelajar SMK Keroh menghidap penyakit kanser usus tahap 3

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Muhamad Fitri Mohd Nor, 17, pelajar sekolah SMK Keroh terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) setelah disahkan menghidap penyakit kanser usus tahap 3. Beliau dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di rumah. Ibunya, Siti Azuani Muhamad, 39, yang bekerja di kilang getah terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anaknya itu. (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Public Bank  atas nama Siti Azuani Muhamad (Ibu)  bernombor 6842-69-7529 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Sinar Harian. "KUALA KRAI - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh, dekat sini terpaksa melupakan hasrat menduduki peperiksaan itu setelah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga, bulan lalu. Berikutan masalah kesihatan itu, doktor menasihatkan ...

Mohon bantu dua beradik yatim piatu kehilangan ibu bapa dalam kemalangan

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dua beradik iaitu Khairiyah Alissya Khosim, 10, dan adiknya Khaira Amni, setahun 6 bulan kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya 28 April yang lepas. Mereka juga masih lagi menerima rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang akibat daripada kemalangan tersebut. Sama-sama lah kita doakan mereka berdua cepat sembuh.. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional  atas nama  Ashah Ariffin (nenek)  bernombor  1420541000049167 atau ke akaun Maybank atas nama Ismail Cha (datuk)  bernombor 156208001491 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "PULAU PINANG 17 Mei - Dua beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut akibat kemalangan jalan raya 28 April lalu masih menerima rawatan...

Mohon bantu adik Mohammad Akid Firas yang menghidap penyakit sawan

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Adik Mohammad Akid Firas yang baru berusia 10 bulan mempunyai masalah saraf di bahagian otak sehingga menyebabkannya pernah di­serang sawan sebanyak 60 kali dalam sehari. Ayahnya, Mohammad Zulkefli Kamal, 26, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anaknya yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 18 Mac yang lalu. Penyakit adik Mohammad Akid Firas ini boleh dirawat menerusi pembedahan yang menelan kos hampir RM70,000. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  CIMB  atas nama Mohammad Zulkefli Kamal (Ayah)  bernombor 7617794486 . Beliau boleh dihubungi di talian  011-24179135 atau isterinya, Nor Amanina di talian  011-24177233 .  Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "PULAU PINANG 16 Mei – Sepasang suami isteri muda terpaksa akur dengan keadaan anak...

Mohon bantu ibu tunggal enam anak yang baru kehilangan suami

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Rozita Zainon, 42, baru sahaja kehilangan suami yang menghidap penyakit kanser tulang tahap empat pada bulan Mac yang lepas. Enam anaknya masih bersekolah termasuk bakal me­lanjutkan pengajian ke universiti dan menduduki peperiksaan awam.  (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB  atas nama  Rozita Zainon  bernombor  1235-0002310-20-0 . Beliau boleh dihubungi di talian  016-9068382.  Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "SUNGAI PETANI 14 Mei – Kesusah­an menimpa seorang ibu tunggal, Rozita Zainon, 42, setelah suaminya meninggal dunia, Mac lepas mendapat perhatian pihak Econsave Taman Petani Jaya di sini yang tampil menghulurkan bantuan. Menurut Rozita, suaminya, Mohammad Lazi Tolabudin, 45, meninggal dunia pada 22 Mac setelah mengidap kanser tula...

Cara simpan alat bantu pendengaran / hearing aid

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dalam post yang sebelum ni ( klik di sini ) aku ada cite pasal hearing aid Unitron yang aku beli tu kan. So untuk post kali ni, aku nak cite pasal cara nak simpan benda alah tu untuk semalaman / overnight lepas pakai seharian. Hearing aid dehumidifier Gambar kat atas tu ialah hearing aid dehumidifier. Kalo dalam bahasa Melayu apa pulak ekk? Penyah lembap alat bantu pendengaran? Btol la kot. Haha. Ni humidifier jenis yang paling biasa kot sebab aku baca kat blog lain ada jenis yang high end punya. Siap ada ultra violet lamp untuk bunuh bakteria! Tapi konfem la mahal giler.. Instructions kat belakang bekas tu Boleh klik gambar kat atas ni kalo tak nampak tulisan tu. Sori telefon cikai yang amat, so gambar memang blur je. Sebelah kiri tu adalah plastic sieve Plastic sieve ni memang dah ada dalam dehumidifier tu. Just keluarkan untuk masukkan drying pallet nanti. Ni pulak drying pallet Ni rupa drying pallet bila da...

Mohon bantu keluarga ini yang menetap dalam pondok usang

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Bidoh Ishak, 63, dan keluarga hanya mampu menyewa sebuah pondok usang di kawasan perkampungan setinggan di Tanah Putih di sini, sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh. Suaminya, Abd Hamid Ngah, 65, tidak mampu bekerja disebabkan menghidap penyakit kencing manis dan lelah kronik, sejak lapan tahun lalu. (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  Bank Simpanan Nasional  atas nama  Ab Hamid Ngah  bernombor  0611241000108311 . Beliau boleh dihubungi di talian  010-9223100.  Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Sinar Harian. "KUANTAN – Kemiskinan hidup memaksa pasangan warga emas menyewa sebuah pondok usang di kawasan perkampungan setinggan di Tanah Putih di sini, sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh. Bidoh Ishak, 63, berkata, hanya pondok usang yang terletak bersebelahan ...

Mohon bantu Pn Rosmini yang menyara keluarga beliau

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Pn Rosmini Ismail, 42, terpaksa bekerja untuk menyara keluarga selepas suaminya, Aziz Ibrahim, 48, disahkan menghidap penyakit barah otak dan paru-baru. Pn Rosmini hanya menjalankan perniagaan jual beli botol kosong dan sekarang mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan tersebut kerana kekurangan modal.  (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  Bank Islam  atas nama  Rosmini Ismail  bernombor  0305 4020 503 898 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Sinar Harian. "PASIR MAS - Seorang wanita buntu memikirkan masa depan keluarganya apabila dia kekurangan modal untuk meneruskan perniagaan jual beli botol kosong yang diusahakan sejak tahun lalu. Rosmini Ismail, 42, berkata, perniagaan itu dijalankan bagi membantu menambah pendapatan keluarga selepas suaminya, Aziz Ibrahim...

Mohon bantu adik Danish Iman yang menghidap penyakit asma kronik

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Adik Danish Iman Mohd Irwan yang berusia 9 bulan menghidap penyakit asma kronik dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan atau mesin oksigen. Keluarganya memerlukan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan susu khas dan pembelian peralatan pernafasan. (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank  atas nama  Mohd Irwan Amir Hashim (Ayah)  bernombor  114179467056 atau ke akaun CIMB atas nama Wan Salmi Suhana Wan Majid (Ibu) bernombor  7602612700 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Sinar Harian. "PETALING JAYA – Bayi menghidap penyakit asma kronik, Danish Iman Mohd Irwan yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen memerlukan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan susu khas dan pembelian peralatan pernafasan. Ibu kepada bayi ...

Mohon bantu adik Nor Zulaika yang menghidap penyakit asma kronik

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Adik Nor Zulaika Zakaria, 10, menghidap penyakit asma kronik menyebabkan dia bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan 24 jam sehari. Adik Nor Zulaika terpaksa ponteng sekolah buat seketika dan pergerakannya juga terbatas. Ayahnya pula hanya bekerja mengambil upah mesin rumput. (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  Bank Simpanan Nasional  atas nama Zawani Ismail (Ibu)  bernombor 0311829843676680 . Beliau boleh dihubungi di talian  010-9249314.  Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Sinar Harian. "TUMPAT - Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wakaf Bharu di sini, terpaksa ponteng sekolah buat seketika kerana perlu memakai 'topeng' oksigen 24 jam. Ibunya, Zawani Ismail, 39, berkata, anaknya, Nor Zulaika Zakaria, 10, menghidap penyakit asma kronik sejak bayi. Me...

Mohon bantu gadis menghidap penyakit misteri

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Nurul Aini Farahanur, 19, menghidap penyakit misteri yang menyebabkan seluruh badannya melecur. Penyakit misteri ini bermula sejak Januari lalu apabila muncul ketulan sebesar manik di dalam mulutnya yang kemudiannya merebak ke seluruh mulut, leher dan badan. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Agrobank  atas nama  Mohamed Awang (Ayah)  bernombor  2001-7310-0012-2473 . Beliau boleh dihubungi di talian  013-7682210.  Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "GUA MUSANG 2 Mei – Luluh hati seorang bapa apabila melihat anak gadisnya yang sebelum ini sihat tetapi tiba-tiba menanggung kesakitan akibat diserang penyakit misteri menyebabkan seluruh badannya melecur. Mohamed Awang, 68, berkata, derita Nurul Aini Farahanur, 19, atau panggilan manjanya, Anum bermula sejak...