Pn Kamaliah Osman, 61, terpaksa menjaga dua orang anak lelaki beliau yang kini kurang upaya akibat kemalangan. Anak kedua beliau lumpuh setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010, manakala anak pertama beliau terlantar selepas mengalami kemalangan di tempat kerja Januari lepas.
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)
Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Rosli Mohd. Darus bernombor 1640 7052 4885. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.
Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini."BATU CAVES 20 April - BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu sesuai sekali menggambarkan ketabahan seorang ibu, Kamaliah Osman, 61, apabila terpaksa menjaga kedua-dua anak lelakinya yang kini kurang upaya.Jika sebelum ini dia perlu menguruskan anak keduanya yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan sejak tahun 2010, kini dia diduga lagi.Anak sulungnya, Mohd. Faisal Rosli, 34, yang selama ini menjadi ketua keluarga ditimpa kemalangan di tempat kerja pada Januari lalu.Mohd. Faisal ketika itu bertugas sebagai penyelia kolam renang di sebuah hotel di Johor Baharu.“Hanya Allah yang tahu perasaan saya sebagai ibu. Namun saya reda dengan ketentuanNya dan sentiasa berdoa agar saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kediamannya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.Terdahulu wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Kuala Lumpur menyampaikan sumbangan peralatan pemulihan kepada Mohd. Faisal.Kamaliah berkata, kecederaan pada bahagian kepala yang dialami anaknya menyebabkan pergerakannya terbatas dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.“Saya bersyukur kerana pihak majikan dan Perkeso prihatin dengan keadaan anak saya.Sementara itu, Penolong Pengarah Perkeso Kuala Lumpur, Rosimah Arsah, berkata, penerima layak mendapat faedah Perkeso di bawah Skim Pencen Ilat sebanyak RM795.46 dan Elaun Layanan Sentiasa sebanyak RM500 sebulan.Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kewangan ke akaun Maybank Rosli Mohd. Darus bernombor 1640 7052 4885."
Adios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan