Rabu, 26 April 2017

Alat bantu pendengaran / hearing aid Unitron Shine Rev 4 ITC

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Pada bulan Mac yang lepas, aku ada appointment dengan Pusat Perkhidmatan Audiologi, Hospital Putrajaya untuk ambik aku punya hearing aid. Cerita lama jugak rupanya. Hihi. Boleh baca post2 yang berkaitan seperti di bawah;

1. Appointment di Hospital Putrajaya untuk Hearing Aid Trial
2. Ukur cap telinga / ear impression taking di Hospital Putrajaya
3. Appointment di Klinik ENT Hospital Putrajaya - Tinnitus

Kalo tak silap aku (dah lupa daa.. cerita lama) appointment kali ni sebelah petang, so memang tak ramai orang kat Hospital Putrajaya ni. Kat kaunter pendaftaran pun laju je dan tak menunggu lama kat Pusat Perkhidmatan Audiologi. Sebenarnya appointment aku ni diawalkan seminggu sebab ada orang cancel dia nyer appointment. Alhamdulillah..

Bila tiba turn aku, audiologist tunjukkan pakej hearing aid yang aku dapat tu. Benda2 yang aku dapat macam dalam gambar2 kat bawah ni. Tapi gambar2 tu aku baru je ambik, bukan fresh from the box. Haha. Gambar pulak ambik waktu malam, so tak jelas sangat.

Bekas simpan hearing aid
Bekas untuk simpan hearing aid

Bekas yang kat atas ni ialah bekas untuk simpan hearing aid kalo tak pakai, tapi bukan untuk overnight. Sori, bekas tu pun dah 'berkarat' sebab tiap2 hari guna. Warna putih lak tu, lagi la senang nampak 'berkarat'.

Bekas simpan hearing aid
Ni rupe nye belah dalam

Bekas simpan hearing aid overnight
Ni pulak bekas untuk simpan hearing aid overnight

Apa beza bekas biasa ngan bekas untuk overnight ni? Haa.. tengok gambar kat bawah ni pulak.

Drying pallet hearing aid
Ni nama nya drying pallet

Drying pallet ni nanti kena letak dalam bekas untuk simpan hearing aid overnight tu. Tu lah bezanya. Drying pallet ni akan remove moisture yang ada kat hearing aid tu. Nak elakkan dari berkulat kot. Haha.

Cleaning brush hearing aid
Ni pulak cleaning brush

Cleaning brush ni untuk cuci hearing aid yang aku pakai tu. Ye la, kalo dah masuk dalam telinga tu mesti la ada benda yang melekat! Kihkihkih.

Cerustop hearing aid
Cerustop

Cerustop hearing aid
Cerustop lepas dikeluarkan dari kotak

Cerustop hearing aid
Ni lah rupe nya
(Sumber gambar: https://www.hearingsavers.com.au)

Cerustop ni benda yang akan block taik telinga daripada masuk ke dalam sound outlet hearing aid. Kalo sound outlet tu dah tersumbat, hearing aid tu dah tak jadi hearing aid la kan. Hihi. Cerustop tu yang warna putih kat hujung stick warna hitam. Masa aku ambik hearing aid aku tu, memang dah ada cerustop. Ni spare part je la.

Bateri hearing aid
Bateri untuk hearing aid

Bateri aku dapat 6 packs, setiap pack ada 4 nos. Boleh tahan kuat jugak hearing aid ni kedarah bateri. Huhu.


Bateri tester hearing aid
Cikai nye battery tester

Aku tak pakai sangat pun battery tester ni. Tunggu bateri kong terus, baru aku tukar bateri baru.

Hearing aid guide
Hearing aid guide / manual

Ni pulak hearing aid nye guide atau manual. Kat dalam tu dia terangkan macam mana nak operate benda alah ni, cara-cara nak pakai/bukak dan macam2 lagi lah. Aku punya hearing aid sama ngan model kat tengah2 tu, ada anak panah merah. Guide ni boleh download kat website Unitron.

Warranty card hearing aid
Warranty card

Kalo dah beli barang mahal ni, takkan takde warranty kan. So dia bagi warranty card macam gambar kat atas tu. Warranty selama dua tahun, tapi leceh nya kena pergi servis setiap enam bulan. Huhu.

Cara penggunaan hearing aid
Cara penggunaan hearing aid

Gambar kat atas ni macam manual jugak kot. Tapi Pusat Perkhidmatan Audiologi yang bagi, bukan supplier hearing aid tu. Dalam banyak2 gambar tu takde pulak gambar hearing aid. Segan la nak letak, dah la yang dah pakai. Karang ada yang tak lalu makan pulak. Haha.

Masa aku dok tulis post ni, dah sebulan lebih aku pakai hearing aid ni. Hearing aid ni memang membantu masalah pendengaran aku, tapi bunyi nye takde la ori macam telinga yang normal. Background noise tu memang menyakitkan telinga jugaklah. Contoh bunyi mesin fotostat, orang dok bergosip kat pantry, lagu MP3 kat komputer orang lain, blower aircond dan macam2 lagi lah. So terpaksa adjust hearing aid nyer volume selalu ikut keadaan.

Lagi satu tapi.. hearing aid ni macam menambahkan lagi bunyi berdesing dalam telinga aku pulak. Tak tau lah, mungkin perasaan aku je kot. Biasa aku pakai kat tempat kerja je. Bukak sekejap masa nak ambil wuduk dan solat. Masa naik motor pun aku bukak sebab nanti bunyi angin jadi kuat gila. Tak selesa. Aku rasa cukup la dulu kot. Nanti aku update dalam post lain pulak pasal hearing aid ni.

Adios.


POST YANG BERKAITAN:

1. Cara simpan alat bantu pendengaran / hearing aid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan