Jumaat, 28 April 2017

Mohon bantu ibu tunggal sembilan anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Pn Razaine Ibrahim, 43, seorang ibu tunggal yang menyara sembilan orang anak dengan mengambil upah menoreh getah. Disebabkan oleh masalah kewangan, kerja-kerja baik pulih rumah beliau tergendala. Selain itu, beliau juga mengalami masalah kesihatan (usus tersumbat) dan telah menjalani empat pembedahan sebelum ini.

Pn Razaine Ibrahim
(Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam atas nama Razaine Ibrahim bernombor 0305-02047-9481. Beliau boleh dihubungi di talian 013-9490911. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Sinar Harian.
"TANAH MERAH - Seorang ibu tunggal sembilan anak yang berdepan masalah bil air tertunggak lebih RM400 menarik nafas lega apabila bil itu dijelaskan sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Malah, ibu tunggal terbabit, Razaine Ibrahim, 43, tidak lagi perlu memikirkan soal bil air sehingga hujung bulan ini apabila Pertubuhan Amal Darulnaim (Padu) telah membuat bayaran lebih.
Katanya, selepas kematian suami kira-kira tiga tahun lalu, dia menoreh getah bagi menyara keluarga termasuk ibunya, Limah Ahmad, 76.
Menurutnya, selain belanja dapur, dia perlu berjimat untuk perbelanjaan sekolah memandangkan tujuh daripada sembilan anaknya berumur enam hingga 21 tahun masih bersekolah.
Justeru, dia amat bersyukur dan terharu apabila masih ada pihak sudi berkongsi beban ditanggungnya.
"Saya cuba bayar tapi dengan hasil toreh getah milik orang dan tanggungan pula ramai, saya perlu jimat duit untuk benda lebih penting," katanya selepas menerima kunjungan wakil Padu.
Katanya, dia sekeluarga kini berharap jika ada pihak atau agensi kerajaan yang sudi membantu menyiapkan kerja baik pulih rumahnya.
"Saya terima bantuan untuk baik pulih dan sambung sedikit pada bahagian depan rumah tapi tak sempat siap, terutama bilik tidur dan bilik air," katanya.
Tambahnya, dia juga tidak boleh bekerja berat dan perlu menjaga kesihatan diri kerana pernah menjalani pembedahan sebanyak empat kali pada 2014 akibat masalah usus tersumbat.
"Sepatutnya kena bedah lagi sekali untuk pasang beg air kencing tapi saya tangguhkan dulu sebab fikirkan susah nak tinggalkan anak kalau masuk hospital," katanya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Padu, Tuan Mohd Nor Tuan Yahya berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengumpul derma selepas mendapat maklumat mengenai keluarga terbabit.
"Padu merasa terpanggil membantu kerana Razaine ada tanggungan anak ramai dan perlukan bekalan air bersih yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
"Kami berterima kasih kerana dapat kerjasama baik daripada AKSB dalam usaha membantu menyelesaikan masalah keluarga ini," jelasnya.
Orang ramai ingin membantu boleh menghubungi Razaine di talian 013-9490911 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun 0305-02047-9481 (Bank Islam) atas nama Razaine Ibrahim."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan