Ahad, 2 April 2017

Jalan-jalan cari tiket di Matta Fair 2017, PWTC, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Sori lambat pulak update untuk post kali ni. Sejak dua menjak ni banyak pulak ujian-ujian yang menimpa. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Dalam post yang sebelum ni (klik di sini), aku ada cite macam mana cara nak beli tiket masuk ke Matta Fair 2017 di PWTC secara online. Jadi, pada 18 Mac 2017 bergeraklah aku dan wife aku ke sana. Anak-anak tinggal kat rumah adik ipar aku. So senang la sket nak jalan-jalan tempat yang crowded ni.

Matta Fair 2017
Traffic jam sebelum tol 60 sen

Aku decide naik komuter di Padang Jawa untuk mengelakkan jem di KL. Tapi belum apa2 lagi dah jem kat Tol Bukit Raja (NNKSB/Shapadu) yang 60 sen tu. Aku rasa kes yang sama macam sebelum ni, kes sistem BodohTAG SmartTAG down. Dah banyak kali jadi sebelum ni. Tersangkut kat situ dalam setengah jam jugak!

Matta Fair 2017
Stesen Komuter Padang Jawa

Dalam kul 10.30 pagi baru sampai kat stesen komuter. Naik dekat stesen Padang Jawa dan turun di stesen Putra. Dari stesen Putra tu kena menapak la sikit untuk ke PWTC. Sepatutnya jalan ikut jejantas kat atas tu, tapi kitaorang memandai je lalu bawah. Sib baik jalan ngah jem, senang nak melintas.

Matta Fair 2017
Kaunter tiket Matta Fair 2017

Kalo tak silap dalam kul 11.30 pagi, sampai lah depan kaunter tiket Matta Fair ni. Kalo tengok gambar kat atas tu, takde la ramai sangat yang beratur sebab dia bukak banyak kaunter. Mungkin menunggu dalam 15 minit kot. Tapi memandangkan aku dah beli tiket online, aku terus ke kaunter khas yang memang takde orang langsung. Tunjuk je emel pengesahan dalam handphone tu, diaorang akan bagi reusable shopping bag dan gelang tangan kertas (btol ke term yang aku pakai ni? haha).

Kat bawah ni antara gambar2 yang aku sempat snap. Boleh tahan jugak la ramai, tapi takde la sampai berhimpit-himpit.

Matta Fair 2017
Gambar kat Hall 4 (Domestic)

Matta Fair 2017
Gambar kat Hall 4 (Domestic) lagi

Tengah jalan-jalan tu terjumpa plak booth Farm In The City. Ada diskaun 50% pulak tu. So, stop jap kat booth tu. Lepas bincang2 kejap, kitaorang decide untuk beli. Boleh la bawak anak2 jalan2 masa cuti sekolah nanti.

Matta Fair 2017
Booth Farm In The City

Kalo tengok pamphlet diaorang ni, selepas harga diskaun ialah RM24 (dewasa) dan RM19 (kanak-kanak). Tapi memandangkan kitaorang ni orang Malaysia sejati, dapat la harga RM16 seorang untuk orang dewasa dan RM13.50 seorang untuk kanak-kanak. 50% daripada harga MyKad. Kanak2 yang tinggi bawah 90cm, FOC je.

Matta Fair 2017
Pamphlet Farm In The City

Ni lagi gambar2 yang sempat aku snap.

Matta Fair 2017
Makin lama makin ramai orang

Matta Fair 2017
Kena seberang sungai untuk ke hall seterusnya

Matta Fair 2017
Jangan runtuh sudaa..

Matta Fair 2017
Ni bahagian International

Tujuan sebenar kitaorang pergi Matta Fair ni nak cari tiket ke Frankfurt, Germany. Nak pegi sana sebab wife aku ada kerja kat sana. So, angkut ler aku dan anak2 pegi selagi boleh. Hehe. Biasa nya kat Matta Fair ni, kalo korang nak cari tiket flight je, cari kaunter2 yang ada tulis TICKETING. Kalo takde perkataan tu, kaunter tu untuk pembelian pakej percutian. Maknanya diaorang jual tiket flight sekali dengan tempat penginapan dan option untuk tour guide.

Matta Fair 2017
Antara booth2 ticketing yang ada

Matta Fair 2017
Lagi dan lagi..

Dok jalan2 dan beli tiket flight tu baru perasan dah kul 3.00 petang, tak solat Zuhur lagi. Tak ingat pulak surau tu kat hall berapa tapi surau ni ada kat mezzanine floor berhampiran main stage. Gilir2 solat, masa wife aku solat, aku makan dan masa aku solat, wife aku makan. Beli tapau A&W je. Rupa-rupanya kat area main stage tu ada restoran. Haha.

Matta Fair 2017
Gambar daripada Mezzanine Floor

Matta Fair 2017
Dan lagi..

Lepas solat tu kitaorang dok rehat2 kat depan main stage. Masa tu ada persembahan tarian tradisional. Boleh la rehat2 kan badan jap sebelum berjalan gi stesen komuter.

Matta Fair 2017
Main stage Matta Fair 2017

Dan sebelum balik tu jangan lupa lak pegi ke Kaunter Peraduan Pembeli. Untuk daftar korang kena tunjuk resit atau voucher atau apa2 bukti pembelian di Matta Fair ni. Memandangkan kitaorang ada beli tiket Farm In The City dan tiket flight ke Frankfurt, dapat la dua penyertaan. Diaorang akan daftarkan dan kita akan dapat emel dan sms. Dalam emel dan sms tu ada link untuk jawab soalan. Last day untuk jawab soalan tu, hari jumaat, 24 Mac 2017.

Matta Fair 2017
Kaunter Peraduan Pembeli

Matta Fair 2017
SMS pengesahan penyertaan dan link untuk jawab soalan

Lepas tu kitaorang jalan keluar menuju ke stesen komuter. Badan dah penat dah..

Matta Fair 2017
On da way ke stesen komuter

Matta Fair 2017
Jejantas yang sepatutnya kitaorang lalu masa datang tadi

Mungkin ada yang dok tertanya2 berapa harga tiket yang kitaorang beli untuk ke Frankfurt, Germany ni. Lepas dok pusing2 dari pagi sampai ke petang kat Matta Fair ni, kitaorang decide untuk beli tiket kat satu travel agent ni. Harga nya not bad la. Dapat harga Rm10,844.50 untuk 2 orang dewasa dan 3 orang kanak2 pegi balik. Pakai kad kredit je. Sebenarnya sebelum ni aku dah survey pakai online nye travel agent macam Skyscanner, Google Flights, KAYAK dan banyak lagi lah. Dan harga yang aku dapat tu lebey kurang je dengan harga online travel agent ni. Saje je nak survey kot2 dapat harga lagi murah kan. Lenkali boleh try beli online la plak..

Matta Fair 2017
RM10,844.50 termasuk services fees

Lepas beli tiket tu dapat la free gift macam kat bawah ni. Tengok orang lain lain dapat beg la, payung la. Mungkin diaorang punya pakej mahal kot.

Matta Fair 2017
Free gift 1

Matta Fair 2017
Personal hygiene set 

Matta Fair 2017
Free gift 2, entah apa ke benda nya nih

Kalau tengok free gift tu macam dapat flight British Airways je kan. Reality nya dengan harga murah camtu dapat naik Vietnam Airlines je la. Haha. Tapi ok la dapat request halal food lg. Sebenarnya sebelum tu dah terkena dah dekat satu lg travel agent.. Mintak waive kan 2% caj kad kredit. Terus dia cakap kalo naik Emirates boleh la waive kan. Amboii!! Mentang2 la aku naik Vietnam Airlines, tak nak kasi waive. Haha.

Tapi yang tempat aku beli tiket tu dia kata ada 2% caj jugak. Masa bayar tu takde plak masuk dlm calculation. Cuma ada services fees RM150. Yg tu tak sampai pun 2%. Cuma tak best sbb awal2 dia kata boleh guna Amex. Masa nak bayar tu dia try tak dapat. Terpaksa pakai Master Card. Kalau pakai Amex dapat 5x point tu..

Hari tu sampai stesen komuter Padang Jawa kul 6.30 petang. Terus pegi umah adik ipar untuk ambik anak2. Lepas solat Maghrib, kitaorang makan dulu kat Medan Selera Anjung 7 sebelum balik rumah. Sekain.

Adios.


4 ulasan:

  1. Kenapa tak beli direct dengan airlines website? Actually beli direct dengan airlines website cheaper.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah survey kat website Vietnam Airlines. 2 bulan sebelum matta fair harga dalam RM10600. Tp decide nak survey kat matta fair jugak. 2 3 hari sebelum matta fair, harga kat website Vietnam Airlines dalam RM13000. So pergi matta fair beli terus. Sekarang harga kat website Vietnam Airlines dalam RM17000.

      Padam
  2. Ok gak kita bli kat matta fair ni kan. Boleh dpt less kt tempat2 mahal yg kita tringin nak pergi 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Tapi kalo yg murah dapat airline yang biasa2 je la.

      Padam