Khamis, 27 April 2017

Mohon bantu adik-beradik yatim piatu ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Wan Norrizati Megat Shuib, 22, bekerja di sebuah kilang di Perai dengan pendapatan RM1,000 sebulan untuk menyara dua orang adik beliau yang berusia 10 dan 12 tahun. Ayah mereka telah meninggal dunia sejak 5 tahun lepas dan ibu pula meninggal dunia awal bulan ini kerana penyakit kanser.

(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Wan Norrizati bernombor 7620442894. Beliau boleh dihubungi di talian 017-5092758 atau terus ke rumah mereka di alamat 713-C, Blok E, Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"PULAU PINANG 25 April - Seorang remaja berusia 22 tahun terpaksa berhempas-pulas bekerja sejak beberapa tahun lalu demi memastikan dua adiknya hidup selesa seperti kanak-kanak lain selepas ayah mereka meninggal dunia.
Wan Norrizati Megat Shuib bekerja di sebuah kilang di Perai dekat sini dengan pendapatan bulanan RM1,000 selepas ayah­nya, Megat Shuib Ahmad mening­gal dunia lima tahun lalu.
Beban ditanggung Wan Norrizati bertambah apabila ibunya, Sakina Othman yang menjadi tempatnya bergantung menghembuskan nafas terakhir awal bulan ini disebabkan barah payudara dan pangkal rahim tahap empat.
“Dugaan datang bertimpa-timpa tetapi saya sudah biasakan diri sejak kematian ayah. Dari awal pagi saya perlu menyediakan makanan untuk adik dan ibu yang menderita kesakitan sehinggalah ibu meninggal dunia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Wan Norrizati berkata, pendapatan hasil kerjanya digunakan untuk membayar sewa rumah dan pelbagai bil kira-kira RM450 serta untuk membeli makanan dan kelengkapan bulanan.
Biarpun begitu, gadis bertubuh kecil itu terus berazam memastikan kedua-dua adiknya, Megat Muhammad Fikti, 12, dan Megat Muhammad Lutfi, 10, memiliki pendidikan sempurna dan tempat berteduh yang selesa.
“Setakat ini saya masih mampu dan berdoa keadaan tidak menjadi lebih teruk sehingga memerlukan saya menjual semua kelengkapan rumah waris ayah dan ibu.
Dalam nada sugul, dia berkata, wang pencen yang ditinggalkan ayahnya juga diharapkan dapat menjamin keselesaan mereka, namun perlu menunggu penama ketiga yang juga rakan karib ayahnya pulang dari luar negara untuk urusan seterusnya.
Orang ramai yang berhasrat membantu meringankan beban tiga beradik itu boleh menyumbang ke akaun CIMB 7620442894 atau menghubungi Wan Norrizati di talian 017-5092758 atau terus ke rumah mereka di alamat 713-C, Blok E, Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang."
 Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan