Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Ukur cap telinga / ear impression taking di Hospital Putrajaya

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dalam post yang sebelum ni ( Klik di sini ), aku ada cite pasal appointment untuk buat hearing aid trial di Hospital Putrajaya. Beberapa hari lepas buat hearing aid trial, aku dapat call daripada Pusat Perkhidmatan Audiologi untuk buat ear impression taking di sana pada 20/1/2017, jam 10.00 pagi. Apa kejadah pulak ear impression taking ni. Senang cakap, diaorang nak ukur telinga ko untuk buat hearing aid nanti. So bila pakai nanti takde la ko komplen longgar ke, ketat ke, tak selesa ke dsb nya lah. Paham? Peace! Hihi. Kad temujanji ke janjitemu? Entah la labu.. So, pada 20/1/2017 yang lepas, tepat jam 9.30 pagi aku dah sampai Hospital Putrajaya. Hari tu takde la seramai yang aku datang sebelum ini. Tu pun sebab masalah sistem nombor giliran yang tak berfungsi. Lepas dapat nombor kat kaunter saringan, tunggu tak sampai 10 minit, terus sampai turn aku. Sekejap je. Nombor giliran Tengah tunggu giliran untuk buat pendaftaran ...

Mohon bantu En Abdul Kadir

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! En Abdul Kadir mengalami kemalangan motosikal bulan oktober tahun lepas menyebabkan beliau terlantar dan mula hilang ingatan. Beliau sekarang dijaga oleh isteri dan anaknya yang juga tidak mempunyai pendapatan tetap. (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  BSN  atas nama Siti Fatimah Che Mat (Isteri)  bernombor 02113-41-000128292 . Beliau boleh dihubungi di talian 013-443 4353 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Sinar Harian. "KUALA NERANG - Seorang tok siak dari Kampung Nako Nambua, di sini, hidup terlantar dan hilang ingatan selepas terlibat kemalangan pada Oktober tahun lalu. Isterinya, Siti Fatimah Che Mat, 50, berkata, sejak suaminya, Abdul Kadir Awang Kechik, 55, mengalami kemalangan, dia sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri dan menyebabkan Fatimah terpaksa berada di sisi ...

Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dalam post yang sebelum ni ( Klik di sini ), aku ada cite pasal permohonan aku untuk convert pinjaman konvensional PTPTN kepada pinjaman ujrah. Dan aku juga buat keputusan untuk buat pemotongan gaji setiap bulan bagi membayar balik pinjaman tersebut. So, kat bawah ni snapshot slip gaji aku untuk bulan Januari 2017, dah siap2 potong RM410 untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Tunggu lagi 26 tahun, hilang la potongan PTPTN ni daripada slip gaji aku, ehh masa tu dah wajib bersara dah pun. Tu pun kalau hidup lagi.. Hihi. Snapshot slip gaji bulan Januari 2017 Kalau korang ada hutang PTPTN ni, bayar je la. Nanti jadi cam aku kena blacklist bagai. Dan aku nasihatkan jugak korang, kalo ada anak-anak atau sedare sepupu sepapat yang nak masuk universiti dan kena pinjam ngan PTPTN, jangan la mintak universiti atau kolej swasta. Masuk je IPTA. Yuran nya tersangatlah beza ngan IPTS especially UiTM. Tu je la aku nak pesan. Adios.

Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dalam post sebelum ni aku ada cite pasal oil filter dan ATF atau minyak gear automatik untuk Cik Ina ni kan. 1.  Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8 2.  Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 Untuk post ni pulak aku nak cite pasal spark plug atau dalam bahasa melayu nya palam pencucuh. Spark plug untuk kete Grand Livina ni kena tukar setiap 100,000km. Beza dengan kete Kelisa yang kena tukar spark plug setiap 20,000km. Kenapa Cik Ina punya spark plug boleh tahan sampai 100,000km? Sebab dia pakai jenis yang boleh tahan lama iaitu NGK Laser Platinum (Part No: LZKAR6AP-11). Disebabkan dia leh tahan lama, harga pun boleh tahan jugak la. Memandangkan Cik Ina nye enjin ada 4 silinder, so kena pakai 4 bijik spark plug, total harga = RM190. Tu harga yang aku beli la, ada yang dapat lagi murah dan ada jugak yang lagi mahal bergantung kepada kedai spare part tu. Tapi kalau gi tukar kat Tan...

Mohon bantu Puan Halipah

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Puan Halipah menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung serta tidak dapat bergerak ekoran lututnya yang cedera itu, kini dijaga anak tunggalnya, Hisham Md. Sharip, 41, yang terpaksa berhenti kerja sejak kematian bapanya kerana perlu menguruskan ibunya. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam atas nama Halipah Ahmad bernombor 14153023172580 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "Berkunjung ke rumah Halipah Ahmad, 68, yang terletak di Projek Perumahan Rakyat Seri Alam, Jalan Istana Lama, Kuala Lumpur baru-baru ini, sangat meruntun hati apabila melihat warga emas itu hanya terbaring di atas sofa usang dengan kusyen nipis sebagai penahan badan. Lantai pula tidak berlapik tikar getah, hanya simen batu yang sejuk mengalas kakinya. Keadaan rumahnya juga tidak terurus se...

Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dalam post sebelum ni ( klik di sini ) aku ada cite pasal Oil Filter untuk Cik Ina ni kan. So untuk post ni aku nak cite pasal ATF atau minyak gear auto yang aku beli kat kedai spare part. ATF untuk kete Grand Livina ni kena tukar setiap 40,000km. Sebenarnya aku nak beli sekali dengan gear treatment Trans X, tapi takde stock pulak. Bukan apa Cik Ina aku ni dah mula ada sindrom gear termenung. Bila masuk gear D je, ada delay dalam 2-3 saat baru dia gerak. Mintak2 takde la kena tukar gear box. Beriban pulak habis. Huhu. So, ATF yang aku beli ni jenama Nissan Matic D. Satu botol ada 1 liter, kena beli 4 botol. Satu botol harganya dalam RM25-27. Harga yang aku dapat RM25, total RM100. Tapi pakai dalam 3 botol setengah je. Yang lebih tu buat spare untuk next change. Ni lah barang nye Diimport oleh Idemitsu Lube (M) Sdn Bhd dan diedarkan oleh  Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd Sama gak kes yang oil filter tu sebelum ni...

Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Kereta Nissan Grand Livina 1.8 aku ni dah nak jejak 200,000km dia nyer milage. So memang nak kena buat major service. Biasa aku akan hantar Cik Ina ni ke woksyop yang aku dah biasa kat Meru tu. Dan biasanya jugak, aku akan beli sendiri barang-barang yang perlu ditukar. Untuk servis kali ni, aku nak tukar minyak enjin, minyak ATF, dan spark plug. Tapi untuk post ni aku nak cite pasal oil filter yang aku dah beli. Oil filter ni brand Tan Chong, harga lebey kurang RM10-RM12 ikut kedai spare part tu lah. Aku beli harga RM10. Kalau dah jadi regular customer boleh lah harga lagi murah kot. Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Ni gambar kotak dia Diedarkan oleh Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd Ni pulak gambar oil filter tu Pandangan bawah Tapi, macam mana nak tahu oil filter ni genuine ke fake? Kalau ikutkan memang syarikat Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd tu ada kat Batu Caves. Aku pernah telefon tanya b...

Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 3 (Info tambahan)

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Ingatkan dah habis kan cite pasal Skynet ni. Tapi ada info tambahan sikit untuk bagi fair and square. Untuk Part 1 dan Part 2, boleh klik link kat bawah ni. Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 1 Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 2 (Finale) Lepas aku gi ambik aku nyer parcel pada 24 Dis 2016, aku check la balik tracking kat website Skynet. Tengok2 dia letak status Delivered on 5.00pm. Padahal aku gi ambik dalam pukul 10.30 pagi camtu. Kenapa tak letak je status self collected at branch? Entah la labu.. Tracking details kat website Skynet Tapi Skynet HQ ada hantar emel kat aku untuk minta maaf dan tanya aku dah terima ke tak parcel tu. Aku reply balik cakap aku self collect kat cawangan Klang dan suh improve diaorang nyer service. Mungkin sebab aku buat aduan ke SKMM, so diaorang hantar emel tu. At least diaorang minta maaf la jugak.  Kalau tak nampak boleh klik gambar tu Kat bawah ni...

Mohon bantu kanak-kanak hidap penyakit kulit rapuh

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Semalam terbaca lagi kisah2 yang menyayat hati ini. Adik Muhammad Aqif Kaoirul Anuar yang berusia 4 tahun mengidap penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak lahir dan dia kini memerlukan bantuan perubatan sehingga RM5,000 sebulan melibatkan kos rawatan perubatan dan ubat-ubatan. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh  menghubungi ibunya iaitu Umi Umeera Mazlan  di talian  017-6494405  atau me­­n­yalurkan sumbangan ke  akaun Maybank  atas nama beliau bernombor  562405616166 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang menghidap penyakit genetik jarang ditemui merintih bantuan orang ramai bagi meri­ngankan derita yang dihadapinya. Muhammad Aqif Kaoirul Anuar dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wa...

Appointment di Hospital Putrajaya untuk Hearing Aid Trial

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Semalam aku ada appointment di Hospital Putrajaya unt buat Hearing Aid Trial. Muda2 lagi dah kena pakai hearing aid. Redho je la.. Sebenarnya dah 2 tahun aku mengidap penyakit tinnitus. Tinnitus ni sejenis penyakit telinga, biasanya kita akan dengar bunyi berdesing, berdengung dan macam2 bunyi lagi lah. Bagi kes aku ni, aku dengar bunyi berdesing. Bukan telinga bunyi berdesing je, pendengaran pun makin kurang. Doktor cakap kes aku ni disebabkan oleh masalah saraf. Kad appointment Hospital Putrajaya So, hari ni aku sampai Hospital Putrajaya dalam pukul 9.30 pagi. Appointment pukul 10.30 pagi. Takpe lah datang awal. Lagi pun kena register dulu kat kaunter pendaftaran. Sampai je aku ambik nombor kat kaunter 1 / Saringan. Hari ni macam ramai giler orang. Dah takde tempat duduk, so berdiri je la. Tak sampai 5 minit nunggu, ada staff hospital buat announcement sistem nombor giliran tak berfungsi, diaorang suh beratur. Patut la macam ramai s...

Mohon bantu adik ini yang mengidap kanser otak tahap 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Hari ini terbaca pulak kisah adik Nur Shaziatul Shamira Mohd. Salmizamyang terlantar kerana mengidap kanser otak tahap 4. Sedih sangat.. Adik ni baru berusia 7 tahun dan sepatutnya mula bersekolah pada tahun ni. Sesiapa yang ingin membantu boleh  menghubungi ibunya iaitu  Wan Rashidah di talian 013-4825915 / 019-5753930 atau me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Mohd. Salmizan Hamidun bernombor 1580-7971-3337 . Kalau tak dapat sumbang banyak, RM5 pun jadi la. Pasti mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "GERIK 8 Jan. - Seorang kanak-kanak pe­­rempuan terpaksa melupakan impian untuk memasuki alam persekolahan tahun ini setelah terlantar aki­bat barah otak tahap empat. Wan Rashidah Wan Mohd. Yusop memberi minuman susu kepada Nur Shaziatul Shamira Mohd. Salmizan yang terlantar akibat kanser otak tahap empat di rumahnya di Kampung Setar Kecil,Krunai, Gerik, Perak, b...

Tukar tayar Kelisa

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Nak dijadikan cite, pada 31 Dis 2016 yang lepas, masa nak keluar rumah, ternampak la tayar kereta Kelisa aku macam dah pancit. Sebenarnya, memang dah lama plan nak tukar tayar ni sebab dah nampak benang dah pun. Tapi ingat nak tunggu bonus masuk tahun depan. Al maklumlah hujung2 tahun ni banyak duit nak pakai terutamanya untuk anak2 nak masuk sekolah dan tadika. Nampak tak dah memang botak sampai keluar benang! Kalau tengok gambar kat atas tu, sport rim pun hidup segan mati tak mau dah. Tapi selagi boleh pakai kita pakai je la. Duit lebey tu boleh la buat beli susu kat anak, ye dok?  So, aku decide nak tukar tayar Cik Lisa tu hari tu jugak. Tayar depan 2 bijik. Boleh swipe credit card je. Aku pergi kedai tayar kat Jalan Kapar. Memang banyak kedai tayar kat situ. Pilih je mana satu nak. Tapi aku tak pergi la kedai 'papan' yang famous tu. Dah ramai sangat. Kalau dah ramai, servis konfem kureng sket. Dah sampai ked...

Jaga anak berkhatan / bersunat

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Sebelum cuti sekolah bulan 12 tahun lepas, aku ngan wife dah berkira-kira nak sunatkan anak aku yang berumur 6 tahun tu. So lepas dok survey2 klinik yang ada perkhidmatan berkhatan ni, kami buat keputusan untuk buat prosedur tu di Klinik Dr Rosli di Seksyen 18 Shah Alam. Awal nya nak buat di Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam, tapi disebabkan oleh sedikit miscommunication, kami berubah hati ke Klinik Dr Rosli. Hihi. Ni lah Klinik Dr Rosli Seksyen 18 Shah Alam (Sumber gambar: http://my598204.panpages.my/galleries) Klinik Dr Rosli ni ada banyak cawangan jugak antaranya di Seksyen 7 Shah Alam dan Subang Jaya. Dah tanya cawangan kat Seksyen 7 tapi cawangan tu tak offer servis berkhatan. Ni alamat penuh Klinik Dr Rosli Seksyen 18 Shah Alam. Klinik Dr. Rosli No. 47, Jalan Pinang B 18/B, Seksyen 18,  40200 Shah Alam,  Selangor. 03-55413119 Dalam dok survey klinik2 yang available tu, ada jugak terbaca pasal ...

Mohon bantu penghidap kanser mulut tahap 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dah banyak hari tak update blog. Hari ni aku terbaca pasal seorang hamba Allah ni yang sedang mengidap penyakit kanser mulut tahap 4. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Nama beliau Zarina Jusoh berumur 45 tahun dan menetap di Kampung Lalang, Baling, Kedah. Kalau ada yang berkemampuan untuk membantu boleh lah menghubungi suami beliau, Abdullah Ahmad di talian  019-5072796 . Atau pun boleh terus menyalurkan bantuan dengan transfer duit ke Akaun Agro Bank No 2-00-5151-00015886-0 atas nama suami beliau. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "BALING 3 Jan. – Walaupun sedar harapan untuk sembuh daripada kanser mulut tahap empat dihidapi agak tipis namun Zarina Jusoh, 45, yang menetap di Kampung Lalang, Mukim Siong, di sini nekad tidak berputus asa. Katanya, meskipun derita harus ditanggung setiap hari kerana sel kansernya itu semakin merebak dia tetap mahu terus menjalani rawatan penyakit berkenaan yang dim...