Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Mohon bantu ibu tunggal sembilan anak

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Pn Razaine Ibrahim, 43, seorang ibu tunggal yang menyara sembilan orang anak dengan mengambil upah menoreh getah. Disebabkan oleh masalah kewangan, kerja-kerja baik pulih rumah beliau tergendala. Selain itu, beliau juga mengalami masalah kesihatan (usus tersumbat) dan telah menjalani empat pembedahan sebelum ini. (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam  atas nama Razaine Ibrahim  bernombor 0305-02047-9481 . Beliau boleh dihubungi di talian  013-9490911.  Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Sinar Harian. "TANAH MERAH - Seorang ibu tunggal sembilan anak yang berdepan masalah bil air tertunggak lebih RM400 menarik nafas lega apabila bil itu dijelaskan sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Malah, ibu tunggal terbabit, Razaine Ibrahim, 43, tidak lagi perlu memikirkan soal bil air sehi...

Mohon bantu adik-beradik yatim piatu ini

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Wan Norrizati Megat Shuib, 22, bekerja di sebuah kilang di Perai dengan pendapatan RM1,000 sebulan untuk menyara dua orang adik beliau yang berusia 10 dan 12 tahun. Ayah mereka telah meninggal dunia sejak 5 tahun lepas dan ibu pula meninggal dunia awal bulan ini kerana penyakit kanser. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB  atas nama  Wan Norrizati  bernombor  7620442894 . Beliau boleh dihubungi di talian  017-5092758 atau terus ke rumah mereka di alamat 713-C, Blok E, Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "PULAU PINANG 25 April - Seorang remaja berusia 22 tahun terpaksa berhempas-pulas bekerja sejak beberapa tahun lalu demi memastikan dua adiknya hidup selesa seperti kanak-kanak lain selepas ayah mereka men...

Alat bantu pendengaran / hearing aid Unitron Shine Rev 4 ITC

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Pada bulan Mac yang lepas, aku ada appointment dengan Pusat Perkhidmatan Audiologi, Hospital Putrajaya untuk ambik aku punya hearing aid. Cerita lama jugak rupanya. Hihi. Boleh baca post2 yang berkaitan seperti di bawah; 1.  Appointment di Hospital Putrajaya untuk Hearing Aid Trial 2. Ukur cap telinga / ear impression taking di Hospital Putrajaya 3. Appointment di Klinik ENT Hospital Putrajaya - Tinnitus Kalo tak silap aku (dah lupa daa.. cerita lama) appointment kali ni sebelah petang, so memang tak ramai orang kat Hospital Putrajaya ni. Kat kaunter pendaftaran pun laju je dan tak menunggu lama kat Pusat Perkhidmatan Audiologi. Sebenarnya appointment aku ni diawalkan seminggu sebab ada orang cancel dia nyer appointment. Alhamdulillah.. Bila tiba turn aku, audiologist tunjukkan pakej hearing aid yang aku dapat tu. Benda2 yang aku dapat macam dalam gambar2 kat bawah ni. Tapi gambar2 tu aku baru je ambik, bukan fresh from the box. ...

Mohon bantu En Rosli derita bengkak hati

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! En Rosli Ismail, 51, menghidap penyakit bengkak hati sejak 2015 lagi dan tidak berupaya untuk meneruskan kerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) seperti biasa. Isteri beliau pula terpaksa berhenti kerja dan hanya mengambil upah menjahit baju. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  Bank Simpanan Nasional  atas nama  Rosli Ismail  bernombor  011-56290-00-073960 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "MUAR 20 April - “Saya mahu kembali pulih dan meneruskan kerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) seperti biasa selepas dua tahun tidak dapat menyarung uniform akibat terlantar sakit dan lebih-lebih lagi apabila rakan-rakan sekerja juga mengharapkan saya bertugas bersama-sama mereka semula.” Demikian semangat yang ditunjukkan Rosli Ismail, ...

Mohon bantu Pn Kamaliah yang menjaga dua anak lelaki yang kini kurang upaya

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Pn Kamaliah Osman, 61, terpaksa menjaga dua orang anak lelaki beliau yang kini kurang upaya akibat kemalangan. Anak kedua beliau lumpuh setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010, manakala anak pertama beliau terlantar selepas mengalami kemalangan di tempat kerja Januari lepas. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  Maybank  atas nama Rosli Mohd. Darus  bernombor 1640 7052 4885 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "BATU CAVES 20 April - BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perum­pamaan itu sesuai sekali menggambarkan ketabahan seorang ibu, Kamaliah Osman, 61, apabila terpaksa menjaga kedua-dua anak lelakinya yang kini kurang upaya. Jika sebelum ini dia perlu menguruskan anak keduanya yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan sejak tahun 2010, kini dia diduga lag...

Mohon bantu Pn Yam Saad yang mengidap penyakit kencing manis

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Pn Yam Saad, 61, menghidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun yang lalu dan sekarang dijaga oleh suaminya, En Zakaria Ahmad. Suami beliau hanya bekerja sebagai tukang rumah dan dibayar gaji harian. (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  Bank Simpanan Nasional  atas nama  Zakaria Ahmad  bernombor  0211229875416299 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Sinar Harian. "PENDANG - Pengorbanan seorang suami menjaga isterinya yang terlantar akibat penyakit kencing manis membuktikan betapa tinggi nilai kasih sayangnya buat si isteri. Yam Saad, 61, kini terlantar akibat menghidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu dan hanya mampu mengharapkan bantuan suaminya. Menurut suaminya, Zakaria Ahmad, 61, kesemua keperluan Yam perlu dibantu kerana isterinya itu tidak mampu untuk bangu...

Servis CVT, tukar engine oil dan gear oil Yamaha Nmax 155

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Aku rasa tak penah lagi post pasal motor aku ni kan? Ni la Cik Ann yang aku cakap dalam post pasal masalah fuel pump Cik Lisa dulu. Motor ni aku beli bulan Mei tahun lepas. Skrang mileage dah 17,000km lebih. Dah sampai masa untuk servis. Penah servis 2-3 kali sebelum ni tapi masa tu blom berblogging lagi. Hihi. Mileage dah 17,566km Untuk servis kali ni, aku tukar engine oil / minyak enjin / minyak hitam dan gear oil / minyak gear. Lagi satu aku suh pomen tu servis CVT skali. Tak ingat bila last skali servis CVT ni. Kalo tak silap sebelum ni pomen spray angin je. Pomen ngah servis Cik Ann Engine oil aku pakai jenis Motul Scooter 4T SAE 10W40 sebab ada lagi baki yang sebelum ni. Harganya RM38 sebotol. Sebotol ada 1 liter tapi pakai 900ml je. Aku suh pomen tu bukak nut yang bawah tapi dia kata tak perlu. Padahal dalam manual suh bukak jugak at least masa servis 1000km. Nut yang bawah tu ada sekali ngan strainer. So kalo ado ...

Mohon bantu keluarga En Kamaluddin Mohamed

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dua orang anak En Kamaluddin Mohamed mengalami masalah jantung dan buah pinggang. Manakala isteri beliau turut mengalami masalah buah pinggang selepas dijangkiti virus kencing tikus dua tahun lalu. (Sumber gambar: http://www.utusan.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat atas nama Kamaluddin Mohamed bernombor 22-024-176845-1 . Beliau boleh dihubungi di talian 019-9668642 . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Utusan Malaysia. "BENTONG 11 April – Seorang pembantu kedai makan, Kamaluddin Mohamed, 45, berhadapan dengan ujian yang besar apabila dua daripada tiga anaknya mengalami masalah jantung dan buah pinggang. Lebih menyedihkan apabila isterinya, Naskin Che Leh, 30, turut mengalami masalah buah pinggang selepas dijangkiti virus kencing tikus dua tahun lalu. Dua anak pasangan berkenaan iaitu Mohamad Hasli Wafi, 9, mengala...

Masalah fuel pump kereta Kelisa

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Ingat tak sebelum ni ( klik di sini ), Cik Lisa aku tetiba tak leh start lepas tukar tayar bulan Disember tahun lepas. Lepas tow ke woksop terus dia ok pulak. Bulan Februari tahun ni, lagi sekali Cik Lisa tak boleh start. Masa reverse nak keluar daripada parking, tetiba je enjin mati. Start memang tak idup sampai sudah. Aku tolak balik kereta ke depan. Sib baik parking tu btol2 depan balai polis. Aku suh anak bini aku tunggu dalam balai polis dulu. Enjin mati kat sini Aku pegi woksop kereta sederet dengan balai polis tu. Suh dia tengokkan jap. Aku suspect fuel pump sebab bulan April tahun lepas aku ada tukar fuel pump. Masa tu dah kena RM290. Barang RM230, upah RM60. Aku rasa dia pakai brand cap ayam kot. Nyesal tak beli sendiri barang dulu. Pomen kat woksop tu cakap memang fuel pump yang problem. Dia kata better tow ke woksop tempat yang aku tukar tu. Resit masa tukar fuel pump dulu So aku decide nak call pomen tempat...

Bayar cukai tanah Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan guna Maybank2u

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Sebelum ni aku ada cite macam mana nak buat semakan cukai tanah di Kelantan secara online ( klik di sini ). Untuk post kali ni, aku nak cite pulak cara nak bayar cukai tanah tadi menggunakan Maybank2u. Pertama2 sekali kena log in masuk ke akaun Maybank2u korang. Bila dah keluar muka depan Maybank2u cam kat atas ni, korang klik je kat "Accounts & Banking" tu. Lepas tu klik pulak link "Bill Payment" Klik link "Make a one-off payment". Lepas tu klik kat scroll down menu tu. Scroll down sampai jumpa "Quit Rent (Cukai Tanah)". Klik kat "Quit Rent (Cukai Tanah)", pastu klik "Continue". Akan keluar interface cam gambar kat atas ni pulak. Kena pilih "Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan" kat scroll down menu tu. Klik "Continue". Lepas tu kena isi berapa jumlah korang nak bayar, No Hakmilik dan Contact No. Korang bo...

Semakan cukai tanah Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan secara online

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Dok lepak2 sambil main games handphone, tetiba teringat cukai tanah untuk tanah kebun kat Kelantan tak bayar2 lagi sejak tukar nama daripada nama arwah mak aku. Adeh! Mesti denda nya dah bertambah2. Geran tanah di Kelantan So, macam biasa tanya la pakcik Google macam mana cara nak buat semakan dan bayaran cukai tanah ni. Rupa-rupa nya semakan cukai tanah ni pun boleh buat secara online. Tak payah la balik kampung semata-mata nak bayar cukai ni kan. Belanja nak balik kampung tu pun lagi banyak daripada jumlah cukai tambah ngan denda sekali. Kalau balik kampung masa raya nanti, sah-sah la pejabat tanah pun tutup. Semakan cukai tanah untuk negeri Kelantan boleh dibuat kat website Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Kelantan. Boleh klik kat Jata Negeri Kelantan kat bawah ni untuk ke website tu. Bila dah klik link tu, browser akan bukak website pejabat tanah. Website Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Kel...

Jalan-jalan cari tiket di Matta Fair 2017, PWTC, Kuala Lumpur

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Sori lambat pulak update untuk post kali ni. Sejak dua menjak ni banyak pulak ujian-ujian yang menimpa. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Dalam post yang sebelum ni ( klik di sini ), aku ada cite macam mana cara nak beli tiket masuk ke Matta Fair 2017 di PWTC secara online. Jadi, pada 18 Mac 2017 bergeraklah aku dan wife aku ke sana. Anak-anak tinggal kat rumah adik ipar aku. So senang la sket nak jalan-jalan tempat yang crowded ni. Traffic jam sebelum tol 60 sen Aku decide naik komuter di Padang Jawa untuk mengelakkan jem di KL. Tapi belum apa2 lagi dah jem kat Tol Bukit Raja (NNKSB/Shapadu) yang 60 sen tu. Aku rasa kes yang sama macam sebelum ni, kes sistem BodohTAG SmartTAG down. Dah banyak kali jadi sebelum ni. Tersangkut kat situ dalam setengah jam jugak! Stesen Komuter Padang Jawa Dalam kul 10.30 pagi baru sampai kat stesen komuter. Naik dekat stesen Padang Jawa dan turun di stesen Putra. Dari stesen Putra tu kena...