Khamis, 8 Jun 2017

Mohon bantu adik Muhammad Afiq yang menghidap sindrom Pfeiffer

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Muhammad Afiq Mohd Azwan yang baru berusia dua tahun telah disahkan menghidap sindrom Pfeiffer menjadikannya individu kelima menghidap sindrom kronik itu di negara ini. Adik Muhammad Afiq memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 untuk membiayai pembedahan yang dijadualkan pada 21 Jun ini.

Adik Muhammad Afiq
(Sumber gambar: http://www.hmetro.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Norihanum Mat Nasir (Ibu) bernombor 7613 9535 88. Beliau boleh dihubungi di talian 012-9460445. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Harian Metro.
"USIANYA baru dua tahun, namun pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi sejak dilahirkan selepas disahkan mengidap sindrom Pfeifer yang menjadikan Muhammad Afiq Mohd Azwan sebagai individu kelima mengidap sindrom kronik itu di negara ini.
Muhammad Afiq juga melalui proses pembesaran tengkorak tidak normal hingga mengalami kecacatan pada muka dan bentuk tengkorak, menyebabkan matanya terkeluar berbanding kanak-kanak normal.
Lebih menyedihkan, Muhammad Afiq turut mengalami kesukaran untuk bernafas selain nafasnya berbunyi kerana saluran pernafasannya terlalu sempit.
Ibunya Norihanum Mat Nasir, 36, berkata jiwanya begitu menderita apabila melihat Muhammad Afiq dalam keadaan tertekan seperti marah dan menangis, kerana bebola mata anak ketiganya terkeluar seperti mahu terjatuh.
“Setiap kali kedua bebola mata Muhammad Afiq tersembul, setiap kali itu juga saya akan menangis kerana pilu melihat keadaannya sebegitu.
“Kadang kala Muhammad Afiq seakan tahu yang bebola matanya tersembul dan dia akan cuba menggerakkan tangannya untuk memasukkannya sendiri,” katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.
Menurut Norihanum, tiada lain yang dipinta selain hanya mahu anaknya dapat melihat dan bernafas seperti bayi lain serta membesar di sisinya, biarpun dalam keadaan tidak normal.
Katanya, selepas beberapa bulan Muhammad Afiq dilahirkan, anak syurga itu terpaksa menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) bagi membesarkan saluran pernafasan yang sempit.
“Muhammad Afiq terpaksa menjalani beberapa pembedahan sepanjang usianya susulan bergantung kepada perkembangan kesihatannya.
“Kami sekeluarga reda walaupun anak saya tidak seperti bayi lain yang sudah boleh mula berjalan pada usia ini," katanya yang bekerja sebagai jururawat.
Katanya, doktor memaklumkan anaknya perlu menjalani pembedahan pada kadar segera untuk mewujudkan saluran pernafasan normal melalui hidung dan menyelamatkan saraf mata.
“Saya memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 untuk membiayai pembedahan Muhammad Afiq yang dijadualkan pada 21 Jun ini.
“Sekiranya berjaya, pembedahan yang sama akan dilakukan dalam tempoh lima hingg 10 tahun lagi bergantung pada perkembangannya.
“Biarpun setakat ini, wang terkumpul hampir mencukupi, namun saya perlu mencari alternatif lain untuk kos rawatan susulan selepas pembedahan nanti,” katanya.
Menurutnya, dia bimbang kerana mata Muhammad Afiq semakin kerap tersembul, membuatkan saraf matanya boleh rosak dan menyebabkannya buta pada bila-bila masa.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Norihanum Mat Nasir bernombor 7613 9535 88 atau berhubung di talian 012-9460445.
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan