Adik Siti Maisarah hanya mampu terbaring kerana menghadapi pelbagai komplikasi penyakit sejak dilahirkan termasuk kepala membesar, tidak boleh bercakap dan pembesaran tubuhnya terbantut menyebabkan dia seperti baru berusia dua tahun. Ibunya, Rozila Muhamad, 23, yang merupakan seorang ibu tunggal tidak dapat meneruskan rawatan anaknya itu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kewangan.
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)
Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam atas nama Rozila Muhamad (Ibu) bernombor 03090020344245. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.
Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini."PASIR PUTEH 5 Jun – Ramadan ini merupakan tahun keempat, Rozila Muhamad, 23, dari Kampung Gong Kemuntong di sini menantikan senyuman anaknya, Siti Maisarah Abdul Rahman yang terbaring sejak lima tahun lalu.ROZILA MUHAMAD bersama anaknya, Siti Maisarah Abdul Rahman yang menghadapi pelbagai komplikasi termasuk kepala membesar di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.Ibu tunggal tersebut amat merindui hilai tawa anaknya tetapi dia sedar anaknya yang menghadapi pelbagai komplikasi penyakit sejak dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain.Rozila berkata, Siti Maisarah dilahirkan tidak cukup bulan dan menghadapi pelbagai komplikasi termasuk kepala membesar, tidak boleh bercakap dan pembesaran tubuhnya terbantut menyebabkan dia seperti baru berusia dua tahun.“Sejak bertambah usia, dia hanya mampu terbaring dan dimandi serta disuapkan makan apabila sampai masanya dan jika seperti kanak-kanak lain, dia pasti sudah bersekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.Dia sedih melihat keadaan anaknya itu yang pernah mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semasa bayi tetapi tidak mendapat rawatan susulan disebabkan kekangan kewangan.Katanya, dia tidak mampu untuk berulang alik ke hospital kerana tidak ada wang disebabkan tidak bekerja dan segala urusan hidupnya ditanggung oleh ibu bapanya yang bekerja kampung selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu.“Saya yakin dia mungkin pulih sedikit sekiranya mendapat rawatan yang sempurna termasuk rawatan fisio di mana-mana hospital,” katanya.Rozila berkata, anaknya itu mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan tetapi wang itu hanya cukup untuk membeli susu dan lampin pakai buang.“Harapan saya hanya satu, anak saya kembali mendapat rawatan. Saya yakin dia mampu untuk pulih biarpun tidak sempurna seperti kanak-kanak lain dan saya berharap ada pihak dapat membantu,” katanya.Mereka yang bersimpati dengan nasib malang anaknya itu, boleh membuat sumbangan melalui akaun Bank Islam, 03090020344245."
Adios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan