Selasa, 6 Jun 2017

Mohon bantu saudara Azmirul Hakim yang terlantar selepas terlibat dalam kemalangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Azmirul Hakim Abd. Aziz, 24, hanya mampu terlantar tanpa bergerak selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya setahun yang lalu. Saudara Azmirul Hakim dijaga oleh abangnya, Azrul Hisyam, sepenuh masa dan hanya bergantung kepada susu yang diberi sebanyak enam kali sehari untuk terus hidup.

Azmirul Hakim
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Azrul Hisyam (Abang) bernombor 164315292427. Beliau boleh dihubungi di talian 019-9608602. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"GUA MUSANG 4 Jun – Ramadan kali ini disambut sayu oleh sebuah keluarga di Felda Aring 1 di sini apabila salah seorang ahli keluarganya terlantar tanpa berge­rak sejak setahun lalu.
Azmirul Hakim Abd. Aziz, 24, berkeadaan sebegitu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika be­kerja di Pengerang, Johor.
Ekoran itu, abangnya, Azrul Hisyam, 31, sanggup berkorban menjaga adiknya secara sepenuh masa di rumah.
Menurutnya, tragedi itu me­nimpa Azmirul Hakim kira-kira tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.
Katanya, ketika kejadian, anak keenam daripada tujuh beradik itu menunggang motosikal berseorangan sebelum terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan lain.
“Tragedi itu menyebabkan Az­mirul Hakim yang bekerja sebagai pemandu lori kritikal selama dua minggu akibat kecederaan parah di kepala. Dia dirawat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru selama sebulan.
“Kami juga terkilan kerana terpaksa membatalkan majlis per­kahwinan Azmirul Hakim yang sepatutnya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu ibunya, Rafeah Abdullah, 60, berkata, anaknya kini hanya bergantung kepada susu yang diberi sebanyak enam kali sehari untuk terus hidup.
Katanya, mereka harus menyediakan wang sebanyak RM1,200 sebulan untuk membeli susu.
“Bagi meringankan beban ya­ng ditanggung, suami saya, Abd. Aziz Ya, 59, terpaksa menggantikan tempat Azmirul Hakim bagi mencari pendapatan tambahan sebagai pemandu lori di Pulau Pinang.
“Kami bersyukur kerana ­mendapat bantuan wang bulanan daripada Jabatan Kebajikan­ Masyarakat (JKM) sebanyak RM300­ sebulan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," ka­tanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Azrul Hisyam di talian 019-9608602 atau menyumbang terus ke nombor akaun Malayan Banking Berhad: 164315292427 miliknya."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan