Jumaat, 23 Jun 2017

Mohon bantu adik Siti Aisyah Sofea yang menghidap penyakit Hemangioma

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Siti Aisyah Sofea Mat Hassan, 11, disahkan meng­hidap hemangioma sejak lahir yang bermula dengan ketumbuhan kecil pada bahagian bibir se­belum merebak dengan teruk dua tahun lalu. Adik Siti Aisyah Sofea tidak boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu khas.

Adik Siti Aisyah Sofea
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat atas nama Syaheda Mustaffa (Ibu) bernombor 22-024-182037-7. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"MACHANG 18 Jun – Di saat rakan-rakan seusianya sedang aktif bermain, berbeza bagi Siti Aisyah Sofea Mat Hassan, 11, apabila disahkan menghidap ketumbuhan dikenali Hemangioma.
Menurut ibunya, Syaheda Mus­taffa, 41, anaknya disahkan meng­hidap hemangioma sejak lahir yang bermula dengan ketumbuhan kecil pada bahagian bibir se­belum merebak dengan teruk dua tahun lalu.
Katanya, ketumbuhan itu meng­akibatkan lidah serta bibir Siti Aisyah Sofea semakin membesar dan membengkak sehingga menganggu saluran pernafasannya.
“Setakat ini, Siti Aisyah Sofea sudah menjalani tiga kali pembedahan termasuk memasang tiub pada lehernya bagi memudahkan dia bernafas dan menyedut kahak.
“Kami terpaksa membeli me­sin khas untuk menyedut kahak berharga RM500, malah saya akan mengikutnya ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Hamzah 1 di sini, untuk menyedut kahak setiap beberapa jam,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kaseh Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di rumahnya di Kampung Kemuning, di sini baru-baru ini.
Pada lawatan tersebut, POKB menyampaikan sumbangan se­ge­ra berjumlah RM2,000 daripada Tabung Kaseh Kanser POKB.
Syaheda berkata, anak sulung daripada dua beradik itu tidak boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu khas.
“Untuk satu tin susu khas, ia bertahan selama tiga hari. Jadi kami terpaksa mem­belanjakan sehingga RM800 sebulan untuk susu, tidak terma­suk keperluan lain.
“Ini di luar kemampuan kerana saya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada suami, Mat Hassan Mohammed, 42, yang berkerja sebagai anggota bomba sukarela di Pasir Puteh,” katanya.
Sementara itu, Presiden PO­KB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamed berkata, pihaknya sedaya upaya akan mem­bantu mencari dana untuk rawatan Siti Aisyah Sofea.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat 22-024-182037-7 (Syaheda Mustaffa)."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan