Post aku sebelum ni pasal pengalaman tak best dengan lazada / skynet ada cite pasal aku wat aduan kat SKMM ni. Ramai yang tak tahu sebenarnya kalau kita ada masalah ngan courier service macam Poslaju, Skynet, GDex dan banyak lagi lah, kita boleh buat komplen kat SKMM. Nanti aku cite pasal masalah dengan Skynet dalam part 2 nye post. Tunggu..
SKMM ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau dalam bahasa omputih nye Malaysian Communications and Multimedia Commission.
"SKMM ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat." (Rujukan: Wikipedia)Macam mana nak buat aduan kat SKMM ni? Ada 3 cara iaitu;
- Hotline SKMM 1800 188 030
- Emel aduanskmm@cmc.gov.my
- Laman web https://aduan.skmm.gov.my
Biasanya aku prefer buat aduan kat laman web / portal sebab dia dah bagi nombor rujukan dan senang nak check status. Aku paling tak prefer telefon sebab takde documentation untuk refer balik lepas2 ni. Dalam post ni aku cite macam mana nak buat aduan untuk masalah courier service je lah. Nanti post lain aku cite lak untuk wat aduan untuk masalah lain macam masalah telco, internet, radio n etc.
Kat bawah ni step2 untuk wat aduan ke SKMM.
- Yang pertama sekali kena wat aduan ke service provider dulu. Contohnya aku ada masalah ngan skynet, so aku wat aduan kat skynet dulu. Dalam kes aku dulu, aku hantar emel dan telefon.
- Kalau takde feedback atau korang tak puas hati ngan feedback service provider, baru lah korang wat aduan kat SKMM.
Sebenarnya, kalau tak nak komplen kat service provider dulu pun takpe. Tapi aku lagi suka komplen kat service provider dulu sebab mcm kes kita lagi kuat. Camne nak wat aduan kat portal SKMM?
- Akses portal https://aduan.skmm.gov.my
- Click Aduan Baru/New Complaint
- Nanti dia tanya dah wat komplen ke service provider ke tak, Click Tiada/No
- Pastu boleh lah isi semua tempat kosong
- Lampiran untuk kes ni aku letak emel yang aku hantar kat service provider dan tracking courier tu
- Sahkan yang anda adalah manusia dengan mengisi teks CAPTCHAs dalam ruang yang disediakan
- Tick pengesahan maklumat
- Click Hantar/Submit
Lepas tu SKMM akan bagi nombor rujukan untuk membuat semakan balik aduan. Kalau nak complete guide daripada SKMM boleh download kat sini;
Harap dapat membantu..
Adios.
BACA:
1. Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 2 (Finale)
2. Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 3 (Info tambahan)
1. Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 2 (Finale)
2. Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 3 (Info tambahan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan