Selasa, 27 Disember 2016

Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 2 (Finale)

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Untuk post kali ni aku nak sambung cite pasal masalah dengan courier Skynet ni. Boleh click link kat bawah ni untuk tengok Part 1 nye cite.

1. Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 1
2. Macam mana nak buat aduan ke SKMM / MCMC ?

Bawah ni aku letak snapshot aku nye aduan kat SKMM.


Aduan SKMM
Aduan ke SKMM (tak cakap omputih dah)

Kat bawah ni pulak feedback daripada customer service Skynet melalui emel. Ni feedback terbaru lepas aku reply feedback diaorang yang sebelum ni. Dalam feedback ni ada la diaorang letak nombor telefon untuk dihubungi.


Skynet email
Feedback daripada Skynet

So, aku try la call nombor yang diaorang bagi tu. First try nombor yang hujung dia 70 tu. Takde orang jawab. Then call pulak nombor yang hujungnya 69. Ada orang jawab, aku cakap nak buat parcel tracking. Dia transfer pulak kat orang lain, tunggu dalam 2 minit, orang yang dia transfer tu tak jawab. So dia transfer call lagi sekali, ada la orang jawab. Yang PIC tu cakap dia kena check bahagian operation dulu, nanti dia call balik. 

Dok tunggu dia call balik, tetiba ada orang Skynet call kata nya daripada HQ (ni mungkin sebab aduan SKMM tu) cakap barang aku satu (compressor) kat Klang branch, lagi satu barang (indoor unit) kat Subang Jaya hub. Pulak! boleh lak jadi camtu, padahal tracking no ada satu je. Diaorang cakap boleh hantar kat rumah aku hari Sabtu petang. Aku cakap tak payah hantar rumah, nanti aku gi ambik sendiri kat Klang nye branch. Aku takut kalau harapkan diaorang hantar, tak sampai pulak hari sabtu petang tu. Lagi pun aku dah janji ngan kontraktor aircond pasang sabtu tengah hari.

Lepas tu PIC yg aku call sebelum tu call aku pulak. Cakap barang kat Subang Jaya hub lagi. Aku cakap la dah ada orang call tadi cakap satu barang kat Subang Jaya hub dan satu barang lagi kat Klang branch. Rupa2 nya dia pun tak tahu. Lepas tu aku bagi tau dia yang aku akan ambik barang tu kat Klang branch Sabtu pagi. Aku suh dia pastikan barang tu sampai kat Klang branch sebelum aku sampai sana. hihi.

Dalam pukul 10.30 pagi Sabtu aku sampai kat Skynet Klang. Aku sampai2 tu ada customer ngah komplen dia dah tunggu setengah jam tapi tak dapat barang dia lagi. Aku dah start risau dah. Aku bagi tracking no kat PIC depan tu. Dia gi check kat belakang. Tunggu punya tunggu tetiba dia bagitau ada compressor je, indoor unit tak sampai lagi. Aku pun cerita la daripada awal sampai akhir bla bla.. bla bla.. bla bla.. Tup2 ehh ada pulak indoor unit tu. Hahaha. Aku pun suruh dia masukkan dalam kereta dan blah.

Livina
Dah sampai umah

Skynet parcel
Siap tulis TOP URGENT lagi

Begitulah kisahnya masalah aku dengan Skynet ni. Aircond aku pun dah siap pasang dah. Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios.


BACA:

1. Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 3 (Info tambahan)
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan