Rabu, 28 Disember 2016

Coklat Toblerone & Daim haram ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Sejak dua menjak ni kecoh lagi pasal status halal coklat Toblerone dan Daim, produk yang wajib dibeli oleh penduduk Malaysia sekiranya berkunjung ke Pulau Langkawi. Aku rasa isu ni dah banyak kali recycle kat media sosial ni. 2 atau 3 tahun sekali mesti akan diviralkan di facebook, whatsapp, instagram dan yang seumpama dengannya.

Toblerone / Daim
Jenama Toblerone & Daim bukan pemegang Sijil Halal Malaysia

Bahagian Hab Halal JAKIM melalui facebook page nya telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua jenama di atas adalah bukan pemegang Sijil Halal Malaysia atau pun mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Namun melalui kenyataan JAKIM itu bukan lah bermaksud ianya haram. Tetapi adakah ia halal? Wallahualam.

Jom kita tengok asal usul 2 jenama coklat terkemuka ini. Produk Toblerone ini adalah berasal daripada Switzerland dan dimiliki oleh Jean Tobler bermula daripada tahun 1898. Pada tahun 1900, Jean Tobler menyerahkan perniagaannya kepada anaknya iaitu Theodor Tobler. Theodor Tobler dan Emil Baumann (sepupu Theodor Tobler) mencipta satu bar coklat yang unik, Toblerone! "Toblerone" adalah berasal daripada kata nama "Tobler" dan "Torrone", perkataan Itali untuk madu dan nougat badam (entah betul ke tak aku translate ni). Pada tahun 1982, syarikat The Tobler telah bergabung dengan syarikat kopi Jacobs menjadi syarikat Jacobs Suchard. Pada tahun 1990 pula, Kraft Foods Inc (Mondelēz International Inc) telah membeli saham majoriti syarikat Jacobs Suchard.
(Sumber: http://us.toblerone.com dan Wikipedia)

Daim pula adalah jenama yang berasal dari Sweden yang bermula pada tahun 1950. Daim diperkenalkan pada tahun 1952 dengan nama "Dajm". Bermula pada tahun 1990, ia ditukarkan nama kepada "Daim". Pada tahun 1993, jenama Daim telah dibeli oleh Kraft Foods dan pada tahun 2012 Kraft Foods Inc ditukarkan nama kepada Mondelēz International Inc.
(Sumber: Wikipedia)

So, boleh ke kita makan coklat Toblerone dan Daim ni? Bagi aku kalau korang yakin bahan-bahan yang digunakan adalah daripada sumber yang halal, korang makan ler puas2. Tak dinafikan aku pun pernah makan kedua-dua coklat ni. Tapi lepas ni aku akan cuba elakkan lah memandangkan aku memang tak expert pasal bahan-bahan dalam makanan ni. Banyak lagi coklat-coklat yang mempunyai logo Halal Malaysia yang boleh dibeli dan dimakan.

Satu lagi persoalan yang tak terjawab, kenapakah syarikat Mondelēz International Inc tidak memohon pensijilan halal di mana coklat-coklat ini dikeluarkan? Banyak badan pensijilan halal di luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Mungkin bagi mereka market untuk umat Islam adalah kecil? Atau Mungkin sikap umat Islam sendiri yang tidak kisah sama ada satu2 produk/premis itu ada pensijilan halal atau tidak? Lihat saja lah Johnny's Restaurant yang setahu aku tak pernah ada Sijil Halal Malaysia tapi masih dikunjungi oleh umat Islam Malaysia. Kalau dah ramai pelanggan Islam yang mengunjungi restoran mereka, adakah mereka fikir perlu untuk memohon pensijilan Halal Malaysia yang sudah semestinya melibatkan pertambahan kos? Renung-renungkan lah.

Boleh klik Logo Halal Malaysia di bawah untuk ke portal mereka. Korang boleh buat semakan pensijilan halal mana-mana syarikat, produk, premis dll di portal tersebut. Dalam portal tu pun ada disenaraikan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.

Logo Halal Malaysia

Sekain. Terima kasih kerana sudi membaca.







1 ulasan:

  1. togel online

    Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
    Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
    Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
    * Pin BBM : D1A279B6
    * Pin BBM : 7B83E334
    * Whatsapp : +85598291698
    * Skype : Poin.4D
    * Line : +85598291698

    BalasPadam