Jumaat, 3 Mac 2017

Appointment di Klinik ENT Hospital Putrajaya - Tinnitus

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Sebelum baca post ni, boleh baca dulu post2 kat bawah ni;

1. Appointment di Hospital Putrajaya untuk Hearing Aid Trial
2. Ukur cap telinga / ear impression taking di Hospital Putrajaya

Appointment yang ni adalah bukan appointment yang pertama aku dengan doktor di Klinik ENT Hospital Putrajaya ni. Sekali pada bulan April 2015 dan sekali lagi pada bulan Ogos 2016. Sepatutnya appointment untuk tahun 2016 tu bulan April 2016 tapi disebabkan aku kena outstation ke Sabah, aku mintak postpone. Dan kalo ko postpone appointment kat hospital kerajaan ni, kena tunggu 3-4 bulan lagi la jawabnya.. hihi.

Masa appoinment yang pertama dulu, doktor ada bagi vitamin B untuk treat tinnitus ni. Tak ingat pulak vitamin B berapa, tapi memang tak berkesan. Bunyi kat dalam telinga ni masih lagi ada sampai sekarang. Appointment kedua pulak, doktor bagi Nasonex nasal spray sebab kata nya ada inflammation dalam hidung dan aku ada jugak komplen hidung selalu sumbat. Setakat aku pakai ni macam tak berkesan pun untuk legakan hidung sumbat tu.

Kaunter Pendaftaran Hospital Putrajaya
Kali ni tak ramai sangat kat Kaunter Pendaftaran

So, awal bulan 2 lepas, lebih kurang jam 10.00 pagi, sampai lah aku kat Hospiral Putrajaya ni. Masa ni dah tak ramai sangat dekat Kaunter Pendaftaran tu. Dalam 10.30 pagi pendaftaran selesai dan seterusnya kena daftar pulak kat Klinik ENT.

Klinik ENT Hospital Putrajaya
Klinik ENT Hospital Putrajaya

Kat klinik ENT Hospital Putrajaya ni boleh tahan jugak ramai nya. Sepatutnya appointment aku kul 11.00 pagi. Dalam kul 12.30 tengah hari baru la tiba giliran aku. Bila masuk jumpa doktor, macam biasa doktor masukkan camera dalam hidung aku. Memang rasa tak selesa.. Tengok2 inflammation kat dalam hidung tu ada lagi. Doktor tak percaya aku guna Nasonex tu dan siap suruh aku demo macam mana nak pakai.

Bila aku demo cam mana aku guna nasal spray tu, dia kata cara aku guna salah. Padahal cara tu pharmacist yang ajar dan kalau ikut instruction manual ubat tu pun sama ngan pharmacist ajar. So, nurse kat dalam tu pun tunjukkan cara yang 'betul'. Aku pun tak tau dah mana satu yang betul.

Aku perasan jugak la, masa aku jumpa doktor2 lain kat klinik luar (GP) tu pun, lain doktor, lain pulak 'ajarannya'. Tapi bukan untuk penyakit Tinnitus ni la. Siap tanya aku pulak doktor tu belajar kat mana. Takkan la aku nak sibuk2 tanya doktor belajar kat mana. Haha. Tapi disebabkan dia doktor, aku layankan je lah. Nanti aku pulak kena kecam.

Ubat Betaserc dan Nasonex
Ubat Betaserc dan Nasonex

Lepas jumpa doktor, pergi ambik ubat dekat farmasi pulak. Ada dua ubat doktor bagi iaitu Betaserc dan Nasonex. Betaserc tu doktor bagi sebab aku komplen selalu rasa pening especially masa nak baring dan juga bangun dari katil/kerusi. Tapi kadang-kadang masa berjalan pun tetiba rasa pening, then aku terpaksa berhenti berjalan dan pejam mata. Risau jugak kena masa bawak motor. Mintak jauh.. Ubat Nasonex nasal spray tu aku dah pakai sebelum ni. Mungkin sebab ada inflammation lagi dalam hidung, kena sambung sampai ok.

Tapi daripada tahun 2015 sampai lah sekarang, tak pernah lagi doktor suruh buat blood test dan MRI. Daripada forum-forum yang bincang pasal Tinnitus ni, doktor diaorang ada suggest kan untuk buat benda2 alah tu. Entah lah. Mungkin tak perlu kot untuk kes aku. Kalo ada doktor2 yang baca post ni mintak explain la sikit.

Next appointment dengan ENT bulan Ogos nanti. Tapi ada appointment ngan audiologist bulan ni untuk ambik hearing aid yang aku beli sebelum ni. Nanti aku share pasal hearing aid tu.. Tunggu.

Adios.


POST YANG BERKAITAN:

1. Alat bantu pendengaran / hearing aid Unitron Shine Rev 4 ITC
2. Cara simpan alat bantu pendengaran / hearing aid


9 ulasan:

  1. Saya pun kena penyakit sama ngan saudara alami..telinga berdesing..hidung kadang sumbat..pastu terasa kepala melayang pening..ubat nasonex tu pun saya dh guna namun x berkesan..terbaru dh buat mri namun amat mengecewakan kerana pemeriksaan hanya dibuat pada telinga saja..walhal bagi saya pemeriksaan menyeluruh pada kepala perlu dibuat..saya ingin mengetahui keadaan saudara sekarang..

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telinga masih lagi berdesing. Sekarang telinga kanan pun dah start berdesing, tapi lebih perlahan daripada telinga kiri. MRI doktor tak pernah suruh buat. Last appointment dapat ubat untuk pening dan selesema saja. Macam doktor tak boleh buat apa dah.

      Padam
    2. En.rezcoz buat mri kat telinga tu mcm mana? Mengereng n tgok telinga je ke?

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. En.jodin...betul ke penyakit tinnitus tiada ubt?skrang ni gegendang telinga belah knan sy bocor dn bunyi nyiiiiing yg amat kuat.....sy amat tertekan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinnitus berpunca daripada banyak sebab. Ada yang boleh sembuh & ada yang tidak. Jumpa pakar ENT & audiologist dengan segera! Boleh jgk join facebook group untuk knowledge sharing n support.

      Padam
  4. Terima kasih....boleh bg nma fb....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh communicate ikut facebook page Sowogopakmo https://www.facebook.com/sowogopakmo/

      Padam