Khamis, 2 Mac 2017

Mohon bantu adik Fariz Zhafran yang mengidap penyakit genetik Adrenoleukodystrophy

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Muhammad Fariz Zhafran Roslan yang berusia 8 tahun ini terlantar dengan matanya hanya memandang ke atas sejak mengidap penyakit genetik Adrenoleukodystrophy. Akibat daripada penyakit ini, adik Fariz Zhafran tidak dapat melihat dan bercakap..

Adik Fariz Zhafran
(Sumber gambar: http://www.hmetro.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Nurbaizura Zakaria (Ibu) bernombor 152023536365. Beliau boleh dihubungi di talian 013-4029609 (WhatsApp sahaja). Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Harian Metro.
"Kubang Pasu: Mereka yang melangkah ke rumah keluarga ini di Kampung Bukit, Mukim Hosba, di sini, pasti tersentuh melihat kanak-kanak comel, Muhammad Fariz Zhafran Roslan, 8, yang hanya terlantar dengan matanya hanya memandang ke atas.

Menurut Nurbaizura Zakaria, 36, penderitaan anaknya sejak November 2015 akibat penyakit genetik Adrenoleukodystroppy menyebabkan dia tidak boleh melihat dan bercakap pernah disiarkan Harian Metro sebelum ini.

Katanya, Muhammad Fariz Zhafran, anak keempat daripada lima beradik membesar seperti kanak-kanak normal sebelum dikesan ada kelainan oleh guru kelasnya.

“Dia tidak dapat menulis dengan sempurna, walhal dia murid bijak dan bercita-cita menjadi doktor.

“Ketika di rumah, dia kerap terlanggar perabot dan memijak barang di atas lantai dan kami sangka dia rabun lalu menghantarnya ke Sekolah Pendidikan Khas Jabi di Pokok Sena.

“Kesihatannya semakin merosot dan hanya mampu bersekolah lima bulan dan kini terlantar di rumah,” katanya ketika menerima kunjungan Penghulu Mukim itu, Azhari Shafie, semalam.

Norbaizura berkata, doktor menyatakan penyakit itu menyebabkan asid lemak berlebihan mengganggu sistem otak dan saraf anaknya.

“Pakar turut memaklumkan hanya tiga kes dilaporkan di Malaysia termasuk anak saya,” katanya.

Kehidupan mereka hanya bergantung kepada suami, Roslan Adnan, 41, yang bekerja sebagai tukang kayu. Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mencukupi, apatah lagi kos penjagaan Muhammad Fariz Zhafran tinggi kerana memerlukan susu khas dan lampin pakai buang.

“Suami berusaha menyiapkan ruang khas untuk anak dilengkapi tandas bagi keselesaan dan memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan itu,” katanya.
Orang ramai yang sudi menyumbang boleh menghubungi Norbaizura di talian 013-4029609 (WhatsApps saja) dan terus ke akaun Maybank, Nurbaizura Zakaria 152023536365."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan