Jumaat, 17 Mac 2017

Cara beli tiket Matta Fair 2017 secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Lama dah tak update blog ni. Esok aku plan nak gi Matta Fair 2017 di PWTC. Dok tengok website Matta Fair ni, rupa-rupanya tiket boleh beli online. Tapi ada caj transaksi sebanyak 10 sen untuk satu tiket. Aku decide beli je la online daripada dok beratur panjang kat sana.

Last skali aku pergi Matta Fair ni tahun 2006 bersama tunang aku masa tu (sekarang dah jadi bini ler.. hihi). Masa tu terjebak beli timeshare Sunway International Vacation Club (SIVC), dapat ler ber honey moon kat Phuket. Masa tu beli yang harga RM9k++, yang paling murah. Tapi sekarang SIVC dah tutup kedai pun. Sib baik dapat refund walaupun tak dapat full.

Ok back to the story, aku nak beli tiket Matta Fair 2017 secara online. Pertama sekali, pergi ke website Matta Fair 2017 kat sini, http://mattafair.org.my/index.php/en.

Matta Fair 2017

Kalau dah masuk website diaorang cam snapshot kat atas ni, klik kat 'Click here to purchase ticket online'.

Matta Fair 2017

Bila dah klik link tu, akan keluar pulak page yang macam gambar kat atas ni. Sekarang kena pilih berapa tiket nak beli. Memandangkan aku nak pergi ngan bini aku je, aku pilih tiket untuk dua orang. Kalau tengok kat situ, ada pilihan sampai lima orang je. Kalo lebih kena buat lagi sekali kot.

Matta Fair 2017

Bila dah pilih berapa tiket nak beli, akan keluar pulak page macam snapshot kat atas ni. Kat situ dia dah tulis siap2, transaction fee = RM0.10 per ticket. Kalau beli kat sana tak tau la ada ke tak caj ni. Kat page ni kena pilih bila kita nak gi sana sama ada 17 Mac, 18 Mac atau 19 Mac. Memandangkan aku nak pegi esok, aku pilih la 18 Mac. Pastu klik 'Add To Transaction'.

Matta Fair 2017

Lepas tu akan keluar dialog box kecik macam kat atas ni. Dia akan tunjukkan amaun yang kena bayar. Klik je 'Pay Transaction' untuk bayar.

Matta Fair 2017

Disebabkan aku bukan member dan tak nak register as member, aku klik kat 'Guest Checkout'. Lepas tu klik 'Continue'.

Matta Fair 2017

Lepas tu kena isi pulak part 'Billing Details'. Yang ada asterisk merah tu wajib isi. Klik 'Continue'.

Matta Fair 2017

Kat part 'Payment Method' ni, tick je dekat 'I have read and agree to the Terms and Conditions'. Kalau rajin baca, baca la dulu T&C tu. haha. Lepas tu klik 'Continue'.

Matta Fair 2017

Dah keluar page camni, klik kat 'Confirm Order'.

Matta Fair 2017

Kat page cam kat atas ni, kena pilih sama ada nak bayar guna Online Banking atau eWallet. Aku tak pernah pakai eWallet, so aku pilih Online Banking. Rasanya Online Banking yang available adalah Maybank2u je. Klik 'Proceed'. Kalau tak silap dia bagi masa 10 minit untuk complete kan transaction.

Matta Fair 2017

Akan keluar pulak dialog box Maybank2u. Masukkan username dan klik 'Next'.

Matta Fair 2017

Lepas tu masukkan password. Pastikan gambar dan phrase tu betul. Klik 'Login'.

Matta Fair 2017

Nanti dia akan tunjukkan page cam kat atas ni. Klik 'Continue'.

Matta Fair 2017

Klik 'Request for TAC' untuk dapatkan nombor TAC. Dah dapat nombor TAC, masukkan dan klik 'Confirm'.

Matta Fair 2017

Dah successful! Kalo nak print, klik 'Print'. Kalo tak nak, Logout je.

Matta Fair 2017

Lepas dialog box Maybank2u tutup, akan keluar page cam kat atas ni. Kalo klik 'Continue', dia akan pegi ke page untuk beli tiket lagi sekali. Dah setel!

Matta Fair 2017

Nanti dia akan hantar emel cam kat atas ni. Bila sampai sana, kena tunjuk emel ni kat diaorang untuk dapatkan tiket. Ada kaunter khas untuk yang beli tiket online. Boleh tunjukkan kat handphone atau boleh print. Memandangkan aku ni sayang bumi, aku tak print lah. Kihkihkih. Dah, semoga bermanfaat.

Adios.


BACA:

1. Jalan-jalan cari tiket di Matta Fair 2017, PWTC, Kuala Lumpur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan