Bulan ni aku convert pinjaman konvensional PTPTN aku kepada pinjaman ujrah lepas aku kena blacklist CCRIS dan juga imigresen. Sebelum aku convert tu, hutang aku berjumlah RM106k lebih kurang. Macam beli rumah pulak kan. Hihi. So, jangan la jadi macam aku. Kalau ada hutang PTPTN tu, bayar la cepat-cepat. Skang ni aku buat potongan gaji sebanyak RM410 sebulan selama 312 bulan atau 26 tahun. Kalau nak cerita daripada awal memang panjang la jawabnya. Nanti aku akan buat post khas pasal PTPTN ni.
Tapi untuk post ni aku akan cite pasal bayar pinjaman PTPTN tanpa caj melalui JomPAY. Nak tau lebih lanjut pasal JomPAY? Tanyalah pakcik Google.. Tak pun terus klik logo JomPAY kat bawah ni.
Untuk buat bayaran online ada beberapa cara la jugak. Nak tau cara-cara bayar PTPTN secara online, klik di sini. Kalau buat direct transfer ada la caj-caj yang dikenakan seperti jadual kat bawah ni.
Walaupun tak seberapa cajnya tapi kalau dapat free of charge (FOC) lagi bagus kan. Rupa-rupanya ada satu lagi pilihan untuk bayar secara online ni iaitu guna JomPAY. Untuk lihat bank-bank yang menyokong pembayaran melalui JomPAY ni, klik di sini.
Kat bawah ni aku share kan step-step guide macam mana nak bayar guna JomPAY melalui CIMB Clicks. Bank-bank lain boleh jugak, tapi sebab gaji aku masuk CIMB aku pakai CIMB Clicks ler.
1) Dapatkan Biller Code dan Ref-1. Klik di sini.
Macam ni la rupanya. Masukkan No KP dan tekan CARI
Bila dah tekan CARI, keluar macam ni
3) Klik menu Pay dan klik Bills
4) Bila keluar menu macam kat bawah ni, pilih akaun mana untuk pembayaran tu sama ada akaun kad kredit, akaun simpanan atau akaun semasa. Semua boleh, janji ada duit.. hihi. Pastu tick kat JomPAY dan masukkan Biller Code tadi dan tekan 'Enter'.
5) Lepas tekan 'Enter' tadi, akan keluar dialog box camni. Kat Ref-1 tu isi balik nombor Ref-1 yang dah dapat tadi. Ref-2 tu isi nombor telefon korang. Kalau nak jadikan transaksi ni sebagai 'My favourites' biller, boleh tick kat ruangan yang kena tick tu dan masukkan Biller Nickname, contohnya JomPAY PTPTN. Lepas tu klik Proceed to Payment.
6) Lepas tekan 'Proceed to Payment' tu, akan keluar payment summary camni. Masukkan kod TAC dan tekan 'Confirm'.
7) Tarraa! dah siap bayar. Terima kasih PTPTN bayar aku nye tuition fee dulu. hihi.
Sekain. Adios.
BACA: