Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Bayar PTPTN tanpa caj melalui JomPAY

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Bulan ni aku convert pinjaman konvensional PTPTN aku kepada pinjaman ujrah lepas aku kena blacklist CCRIS dan juga imigresen. Sebelum aku convert tu, hutang aku berjumlah RM106k lebih kurang. Macam beli rumah pulak kan. Hihi. So, jangan la jadi macam aku. Kalau ada hutang PTPTN tu, bayar la cepat-cepat. Skang ni aku buat potongan gaji sebanyak RM410 sebulan selama 312 bulan atau 26 tahun. Kalau nak cerita daripada awal memang panjang la jawabnya. Nanti aku akan buat post khas pasal PTPTN ni.  Tapi untuk post ni aku akan cite pasal bayar pinjaman PTPTN tanpa caj melalui JomPAY. Nak tau lebih lanjut pasal JomPAY? Tanyalah pakcik Google.. Tak pun terus klik logo JomPAY kat bawah ni. Memang aku buat potongan gaji untuk bayar pinjaman PTPTN aku, tapi proses untuk membuat potongan gaji yang pertama-tama kali nye tu ambik masa 3 bulan. So, bayaran untuk bulan Disember ni kena buat manual lah. Aku malas nak gi cawangan terdekat sebab ko...

Istilah-istilah bagi bahan ramuan makanan mengandungi alkohol dalam kategori ARAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Sekarang umat islam semakin peka dengan isu-isu makanan yang mengandungi bahan tidak halal seperti mengandungi alkohol atau babi. Bahagian Hab Halal JAKIM telah berkongsi satu post berkenaan istilah-istilah bagi alcoholic beverages & bahan ramuan makanan mengandungi alkohol dalam kategori ARAK. So, kalau nak beli makanan atau minuman, semak dulu isi kandungan dan kalau ada istilah-istilah seperti di bawah ni, jangan beli! 1. Wine Hasil fermentasi / pemeraman / penapaian buah-buahan khususnya anggur 2. Beer / Ale Hasil fermentasi gandum atau barley 3. Wiski Hasil fermentasi bijian / gandum / jagung / barli 4. Brandy Sejenis ark yg dihasilkan hasil penyulingan wine 5. Cocktail Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international) 6. Rum Hasil fermentasi tebu 7. Tuak Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan / daerah) 8. Mojito Cocktail yg dihasilkan...

Coklat Toblerone & Daim haram ?

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Sejak dua menjak ni kecoh lagi pasal status halal coklat Toblerone dan Daim, produk yang wajib dibeli oleh penduduk Malaysia sekiranya berkunjung ke Pulau Langkawi. Aku rasa isu ni dah banyak kali recycle kat media sosial ni. 2 atau 3 tahun sekali mesti akan diviralkan di facebook, whatsapp, instagram dan yang seumpama dengannya. Jenama Toblerone & Daim bukan pemegang Sijil Halal Malaysia Bahagian Hab Halal JAKIM melalui facebook page nya telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua jenama di atas adalah bukan pemegang Sijil Halal Malaysia atau pun mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Namun melalui kenyataan JAKIM itu bukan lah bermaksud ianya haram. Tetapi adakah ia halal? Wallahualam. Jom kita tengok asal usul 2 jenama coklat terkemuka ini. Produk Toblerone ini adalah berasal daripada Switzerland dan dimiliki oleh Jean Tobler bermula daripada tahun 1898. Pada tahun 1900, Jean Tobler me...

Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 2 (Finale)

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Untuk post kali ni aku nak sambung cite pasal masalah dengan courier Skynet ni. Boleh click link kat bawah ni untuk tengok Part 1 nye cite. 1.  Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 1 2.  Macam mana nak buat aduan ke SKMM / MCMC ? Bawah ni aku letak snapshot aku nye aduan kat SKMM. Aduan ke SKMM (tak cakap omputih dah) Kat bawah ni pulak feedback daripada customer service Skynet melalui emel. Ni feedback terbaru lepas aku reply feedback diaorang yang sebelum ni. Dalam feedback ni ada la diaorang letak nombor telefon untuk dihubungi. Feedback daripada Skynet So, aku try la call nombor yang diaorang bagi tu. First try nombor yang hujung dia 70 tu. Takde orang jawab. Then call pulak nombor yang hujungnya 69. Ada orang jawab, aku cakap nak buat parcel tracking. Dia transfer pulak kat orang lain, tunggu dalam 2 minit, orang yang dia transfer tu tak jawab. So dia transfer call lagi sekali, ada la orang ja...

Macam mana nak buat aduan ke SKMM / MCMC ?

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera gengs! Post aku sebelum ni pasal pengalaman tak best dengan lazada / skynet ada cite pasal aku wat aduan kat SKMM ni. Ramai yang tak tahu sebenarnya kalau kita ada masalah ngan courier service macam Poslaju, Skynet, GDex dan banyak lagi lah, kita boleh buat komplen kat SKMM. Nanti aku cite pasal masalah dengan Skynet dalam part 2 nye post. Tunggu.. SKMM ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau dalam bahasa omputih nye Malaysian Communications and Multimedia Commission.  "SKMM ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysi...

Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 1

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Kali aku nak cite pasal bad experience aku ngan Lazada / Skynet. Aku dah start guna Lazada ni untuk beli barang sejak tahun 2013 lagi. Dan barang pertama yang aku beli ialah handphone Alcatel OneTouch Idol X, hadiah besday bini aku. Sejak 2013 tu dah banyak barang aku beli kat situ. Kenapa? Sebab kadang2 harga dia lagi murah daripada beli kat kedai biasa lepas tolak diskaun / voucher. Nak dijadikan cerita, 2 minggu lepas Lazada ada buat sales. So kebetulan aku tengah cari aircond nak letak dalam bilik aku. Lepas dok survey2, aku pun orderlah aircond brand York, Inverter 1.5HP. Harga tu agak berbaloi la jugak. Ni aku nyer order dan delivery sepatutnya by 21/12/2016 Seller kat Lazada tu pakai Skynet dan dia hantar barang tu pada 15/12/2016. Barang tu Skynet hantar ke Subang Jaya Hub pada 16/12/2016. Dan sampai sekarang kat situ lah aircond aku bermukim. Aku cakap bermukim sebab dah 5 hari ada kat situ. haha. Tengok lah sendiri be...

Salam perkenalan!

Salam perkenalan buat semua! Hari ni tengah tenet tetiba rasa macam nak buat blog baru. Dan ini bukanlah blog pertama yang aku buat. Sebelum ini dah ada dua atau tiga blog tapi semuanya hangat2 tahik ayam. Masa tengah semangat tu buat la empat ke lima post. Lepas tu terus takde mood dan berkubur la blog2 tersebut. hahaha. Harap2 nya blog yang ni akan kekal lah (dah banyak kali post macam ni.. hihi). Mungkin ada yang tertanya2 (ye ke?) apa maksud alamat blog ni iaitu sowogopakmo.. kalau anda orang kelantan konfem tau punya. So aku explain la sket2.  so = satu wo = dua go = tiga pak = empat mo = lima Simple kan? kihkihkih. Aku dah try banyak nama tp semua orang dah ambil. Tinggal ni je lah. Untuk post yang pertama ni, tu je lah aku nak cite. Cite panjang2 kan nanti dah takde mood, tinggal ni je lah satu2 post yang ada (haha). Korang doa-doa kan lah blog ni terus survive dalam alam maya ni.  Adios.