Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Cara beli tiket Matta Fair 2017 secara online

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Lama dah tak update blog ni. Esok aku plan nak gi Matta Fair 2017 di PWTC. Dok tengok website Matta Fair ni, rupa-rupanya tiket boleh beli online. Tapi ada caj transaksi sebanyak 10 sen untuk satu tiket. Aku decide beli je la online daripada dok beratur panjang kat sana. Last skali aku pergi Matta Fair ni tahun 2006 bersama tunang aku masa tu (sekarang dah jadi bini ler.. hihi). Masa tu terjebak beli timeshare Sunway International Vacation Club (SIVC), dapat ler ber honey moon kat Phuket. Masa tu beli yang harga RM9k++, yang paling murah. Tapi sekarang SIVC dah tutup kedai pun. Sib baik dapat refund walaupun tak dapat full. Ok back to the story, aku nak beli tiket Matta Fair 2017 secara online. Pertama sekali, pergi ke website Matta Fair 2017 kat sini,  http://mattafair.org.my/index.php/en . Kalau dah masuk website diaorang cam snapshot kat atas ni, klik kat 'Click here to purchase ticket online'. Bila dah klik lin...

TM 'Thank You Surprise' yang tak kunjung tiba

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Pada 25 Jan 2017 yang lepas, aku dapat emel daripada TM pasal 'Thank You Surprise' yang diaorang war-war kan tu. Emel daripada TM Kalo nak tau apa yang diaorang nak bagi, kena layari laman web tm.com.my/ThankYouSurprise macam dalam snapshot kat bawah ni. Step-by-step guide untuk dapatkan 'Ganjaran Istimewa' Kena isi borang ni dulu Untuk kes aku kena pilih antara dua ni Aku pilih HyppTV Jumbo Pack, free untuk setahun. Nanti akan sampai confirmation email macam ni Kalo ikut emel tu, dia cakap aku akan dapat servis tu free selama 12 bulan bermula Februari 2017. Yang aku paham, servis tu diaorang akan bagi free bermula bulan Februari 2017 la kan. Rupa-rupanya tidak! Kat bawah ni aku punya Live Chat log ngan TM. 1 of 2 2 of 2 Diaorang cakap bermula bulan Februari 2017, phase by phase. Sampai sekarang tak dapat2 lagi. Tipah tertipu, tertipu Tipah! Haha. Tunggu je lah. Lagi ...

Appointment di Klinik ENT Hospital Putrajaya - Tinnitus

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Sebelum baca post ni, boleh baca dulu post2 kat bawah ni; 1. Appointment di Hospital Putrajaya untuk Hearing Aid Trial 2.  Ukur cap telinga / ear impression taking di Hospital Putrajaya Appointment yang ni adalah bukan appointment yang pertama aku dengan doktor di Klinik ENT Hospital Putrajaya ni. Sekali pada bulan April 2015 dan sekali lagi pada bulan Ogos 2016. Sepatutnya appointment untuk tahun 2016 tu bulan April 2016 tapi disebabkan aku kena outstation ke Sabah, aku mintak postpone. Dan kalo ko postpone appointment kat hospital kerajaan ni, kena tunggu 3-4 bulan lagi la jawabnya.. hihi. Masa appoinment yang pertama dulu, doktor ada bagi vitamin B untuk treat tinnitus ni. Tak ingat pulak vitamin B berapa, tapi memang tak berkesan. Bunyi kat dalam telinga ni masih lagi ada sampai sekarang. Appointment kedua pulak, doktor bagi Nasonex nasal spray sebab kata nya ada inflammation dalam hidung dan aku ada jugak komplen hidung selal...

Mohon bantu adik Fariz Zhafran yang mengidap penyakit genetik Adrenoleukodystrophy

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Adik Muhammad Fariz Zhafran Roslan yang berusia 8 tahun ini terlantar dengan matanya hanya memandang ke atas sejak mengidap penyakit genetik Adrenoleukodystrophy. Akibat daripada penyakit ini, adik Fariz Zhafran tidak dapat melihat dan bercakap.. (Sumber gambar: http://www.hmetro.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank  atas nama  Nurbaizura Zakaria (Ibu)  bernombor  152023536365 . Beliau boleh dihubungi di talian  013-4029609 (WhatsApp sahaja) . Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah. Berikut petikan berita online Harian Metro. "Kubang Pasu: Mereka yang melangkah ke rumah keluarga ini di Kampung Bukit, Mukim Hosba, di sini, pasti tersentuh melihat kanak-kanak comel, Muhammad Fariz Zhafran Roslan, 8, yang hanya terlantar dengan matanya hanya memandang ke atas. Menurut Nurbaizura Zakaria, 36, penderitaan anaknya sejak November 2015 ...