Khamis, 19 Januari 2017

Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dalam post sebelum ni (klik di sini) aku ada cite pasal Oil Filter untuk Cik Ina ni kan. So untuk post ni aku nak cite pasal ATF atau minyak gear auto yang aku beli kat kedai spare part. ATF untuk kete Grand Livina ni kena tukar setiap 40,000km.

Sebenarnya aku nak beli sekali dengan gear treatment Trans X, tapi takde stock pulak. Bukan apa Cik Ina aku ni dah mula ada sindrom gear termenung. Bila masuk gear D je, ada delay dalam 2-3 saat baru dia gerak. Mintak2 takde la kena tukar gear box. Beriban pulak habis. Huhu.

So, ATF yang aku beli ni jenama Nissan Matic D. Satu botol ada 1 liter, kena beli 4 botol. Satu botol harganya dalam RM25-27. Harga yang aku dapat RM25, total RM100. Tapi pakai dalam 3 botol setengah je. Yang lebih tu buat spare untuk next change.

Nissan ATF Matic D
Ni lah barang nye

Nissan ATF Matic D
Diimport oleh Idemitsu Lube (M) Sdn Bhd dan diedarkan oleh 
Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd

Sama gak kes yang oil filter tu sebelum ni, aku curios gak macam mana nak tau minyak ni genuine ke fake? So aku try la google2 pasal Idemitsu Lube (M) Sdn Bhd ni. Jumpa la contact number kat website Idemitsu Lube ni. So, aku pun whatsapp lah nombor tu.

Idemitsu Lube
Mesej whatsapp ke Idemitsu Lube 

Dan dia reply cakap dah forward pertanyaan aku ni ke PIC dan PIC tu akan contact aku balik. Dan seperti yang dijangkakan, sampai aku tulis post ni, takde orang pun contact balik. Hahaha.

So terpaksalah aku bersangka baik dengan minyak yang aku beli tu. Dan macam aku cakap sebelum ni, next time aku nak gi beli sendiri kat Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd di Batu Caves. Cukup lah dulu setakat ni.

Adios.


BACA:

1. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8

32 ulasan:

  1. Salam bro, GL 1.8AT pakai berapa liter ATF ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kalo tak silap dalam 3.5L sbb biasa tengok pomen masukkan 3 botol setengah.

      Padam
  2. Slmt pagi tn..sy pernah pakai minyak nii dulu. sampai lbh krg 17000km gear box ada problem. Bila tekan pedal..rpm rev tinggi tp keta x gerak. Pernah sekali masa nak overtake, rpm naik tapi keta x nak lari. Sy tukar balik pkai atf drp TC baru ok. Kmdn hrga sebotol sy beli dulu dlm rm105 x 4. Bingung sekejab. Apa pun terima kasih sbb share info dlm blog.
    -> silverbullet Borneo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah. Rasa cam yang fake je. Pomen pun ada cakap warna minyak pun lain sikit kalo compare ngan ori TC. Yang ori TC lagi cerah warnanya.

      Padam
  3. Slm sjhtera tuan.. Lps tukar myk,kereta tuan masih ada problem gear delay lagi ke? Sesuai ke myk ni dgn enjin cvt 1.8 ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan. Minyak ni ok untuk kete livina. Enjin cvt tp gear box auto biasa. Sy tambah treatment Trans X, ok la untuk 5 bulan. Lepas tu gear delay lagi.

      Padam
  4. Berapa liter minyak ATF Matic S digunakan untuk Nissan Navara NP300

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori tak pasti pulak untuk Navara. Boleh refer user manual or pomen terus.

      Padam
  5. salam boss, apa beza ATF Dmatic dgn Smatic yer? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam boss, sori tak pasti pulak apa beza nye. Tp untuk livina pakai Matic D.

      Padam
    2. D utk model lama S utk model baru

      Padam
  6. Untuk livina auto 1.6 guna minyak gearbox Jenis apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap sy sama je. Boleh refer user manual or ty pomen terus.

      Padam
    2. Untuk grand livina 1,6 berapa liter tkar sekali gan firter

      Padam
    3. Untuk grand livina 1,6 berapa liter tkar sekali gan firter

      Padam
  7. Berapa liter minyak ATF yg diperlukan bagi model kereta Nissan Serena hybrid 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti tuan. Boleh refer user manual.

      Padam
  8. B berapa minyak atf untuk Nissan Sentra

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti tuan. Boleh refer user manual atau pomen.

      Padam
  9. Tumpang tanya,,,apasal tukar auto filter salah satu screw Tak boleh letakkan,,,MCM lose

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo tak silap pomen sy pernah cakap ada satu screw mmg susah nak ikat balik. Silap2 kena turun gear box. Jumpa balik pomen yang buat tu. Bahaya kalo longgar.

      Padam
  10. Salam,
    g.livina manual 1.6(2010) minyak gear guna minyak cvt ke tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo x silap, gearbox manual pakai minyak gear biasa je. Kalo auto, pakai ATF yang macam dalam post kat atas tu. Gearbox auto livina pun bukan CVT.

      Padam
  11. Bro kalau grand livina 1.8 auto cvvt boleh ke pakai AT&T enos fullysentetic berapa liter tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori x pernah pakai bro. Boleh refer pomen.

      Padam
  12. ATF enos fullysentetic bapa liter betul ke 2liter

    BalasPadam
  13. almera manual ad ke mnyk brand nisan

    BalasPadam
  14. Halo,
    nama saya ialah Siti Aminah dari Indonesia, saya cadangkan semua orang di sini harus berhati-hati, kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang sebenar dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya telah ditangkap oleh orang kerana berada dalam hutang.

    Saya hampir berputus asa sehingga saya meminta nasihat rakan yang memperkenalkan saya kepada peminjam pinjaman asal dan syarikat yang sangat handal iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam Kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Saya sangat terkejut apabila memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan atau kekecewaan jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik supaya orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Ibu Alicia Radu

    Saya mahu anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda harus menganggap diri anda sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga boleh membantu yang lain selepas anda menerima pinjaman anda.

    BalasPadam
  15. Kereta saye pun pernah jadi gear delay. Delay yg sangat lame lepas masuk ke D. Lepas saye tukar minyak gear box baru dan tambah Jv lube treatment, selang sehari terus gear box saye normal balik.

    BalasPadam
  16. Saya baru beli semalam 4 botol matic D + 1 botol treatment rm 149. Saya upah pomen pasang rm 8. Tapi pomen hanya masukkan 3 botol sahaja. Katanya dah cukup. Lagi 1 botol saya simpanlah. Kereta saya pandu seolah2 beli kereta baru. Sgt ringan. Sangat padu. 90% berbeza drp sblmnya. Rasa mcm nak drive selalu aja. Saya guna livina 1.8 tahun 2010. Beli secondhand dlm 2 tahun 5 bulan.

    BalasPadam
  17. Saya beli semalam 4 botol nissan ATF matic - D + 1 botol X-treatment = rm 149
    Saya upah pomen pasang rm 8 tetapi pomen hanya masukkan 3 botol shj.
    Kereta sgt ringan. Sgt padu. Rasa spt baru..perbezaan 90%.
    Saya guna livina 1.8 tahun 2010. Saya baru beli secondhand dlm 2 tahun 5 bulan.

    BalasPadam