Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Penggunaan bateri Nissan Grand Livina 1.8

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Last sekali aku tukar bateri Cik Ina ni hujung tahun lepas. Aku pakai bateri Yokobatt MF. MF tu maksudnya 'Maintenance Free', korang tak payah susah2 nak check air bateri dan tak payah susah2 jugak nak top up air bateri. Dalam bateri MF ni still ada air bateri. Tapi ada jugak yang dok panggil bateri MF ni bateri kering. Salah kot! Kotak bateri Yokobatt MF Bateri Yokobatt MF Sebelum aku cite pasal penggunaan bateri Cik Ina ni, aku nak cite dulu pasal jenis bateri yang diguna pakai. Cik Ina pakai bateri NS60L atau nama lain nya 46B24L. NS60L ni kalo tak silap aku ialah nama lama dalam Japanese Industrial Standard (JIS). Bila dia revise standard tu, NS60L ditukar jadi 46B24L. Kalo salah tolong btolkan. Kepala bateri Cik Ina jenis yang kecik nye dan terminal negatif di sebelah kiri. Sebab tu ada huruf 'L' kat belakang nama model bateri tu yang bermakna 'Left'. Terminal negatif sebelah kiri (Sumber gam...

Mohon bantu Mohd Hafiz yang terlantar sakit akibat dilanggar lori

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Saudara Mohd Hafiz Yaacob, 33, sudah terlantar lebih sebulan akibat dilanggar lori semasa menunggang motosikal di lebuhraya PLUS. Setakat ini Mohd Hafiz tidak boleh bercakap dan tidak mengenali orang di sekelilingnya. Beliau hanya minum susu sahaja yang disalurkan di bahagian leher. Isterinya, Norsyeala Md Salleh, 33, berkata, dia memerlukan wang RM1,200 sebulan untuk menampung perbelanjaan suaminya. (Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my) Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun  Maybank  atas nama  Norsyeala Md Salleh (Isteri)  bernombor  1120 3601 8071 . Berikut petikan berita online Sinar Harian. " SUNGAI PETANI - Insiden dilanggar lori mengubah kehidupan ketua keluarga dari Kampung Alor Bemban, Tikam Batu, di sini, apabila dia terlantar sakit sejak sebulan lalu. Norsyeala Md Salleh, 33, berkata, suaminya, Mohd Hafiz Yaacob, 33, yang dahulunya seorang penjual ...

Cara untuk minta CIMB Bank hantar eStatement melalui emel

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs! Rasa nya start bulan puasa sampai lah raya ari tu, dah tak berupdate blog ni. Hihi. Sebelum aku cite pasal cara nak mintak CIMB Bank anto eStatement melalui emel, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca blog ni yang beragama Islam. Taqabbalallahu minnaa wa minkum.. Berbalik kepada cite asal, aku ada pakai kad kredit CIMB Bank tapi bukan nya selalu guna sebab biasanya aku guna kad kredit Maybank. Kad kredit CIMB Bank ni aku buat backup je. Nak dijadikan cerita, aku ada beli barang pakai kad kredit CIMB Bank kat Lazada. Aku pakai kad kredit tu sebab ada diskaun 10% kalo tak silap. Dua bulan lepas tu, rasa terbukak hati nak check baki / balance akaun kredit kad aku kat CIMB Clicks. Tengok2 akaun dah tertunggak dan dah kena denda lambat bayar ngan interest skali. Adoiii, sakit ati pulak tengok! Penyata / statement kad kredit Kalo tengok statement kat atas tu, sepatutnya aku bayar RM118.32 je. Campur...