Rabu, 15 Februari 2017

Air Intake Manifold Gasket untuk Nissan Grand Livina 1.8

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Sebelum baca post ni, boleh baca dulu post2 kat bawah ni;

1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
3. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8
4. Servis tukar spark plug / ATF / engine oil Nissan Grand Livina 1.8

Kalo tengok balik post pasal servis tukar spark plug / ATF / engine oil  tu, aku ada cakap air intake manifold gasket pun kena tukar jugak. Sebelum aku servis Cik Ina tu, aku memang dah beli siap2, macam part2 lain.. Aku tak beli yang original Nissan. Sebab apa? Sebab masa aku tukar sebelum ni (servis 100,000km) harga part sahaja RM120. Tak masuk upah lagi.. huhu.

So kali ni, aku beli jenama ViN Gasket. Pernah dengar tak? Memang aku tak pernah dengar pung. Tapi agak2 harga dia berapa hinggit? RM28 je. Jauh giler beza ngan yang ori.. Rupanya macam gambar kat bawah ni.

Livina air intake manifold gasket
Air intake manifold gasket

Macam biasa lah, aku try la cari dia punya supplier. Kalau tengok sticker tu, part ni diimpot dan diedarkan oleh MPS Oil Seals Sdn Bhd. Menggunakan pakcik Google, dapat la alamat emel dan juga Facebook page. So aku message la diaorang ni.

Facebook MPS Oil Seals Sdn Bhd
Mesej kat Facebook Page

Email MPS Oil Seals Sdn Bhd
Emel ke enquiry@nesos.com.my & info@mps.my 

So, agak2 diaorang reply tak?

Facebook MPS Oil Seals Sdn Bhd
Jawapan diaorang kat Facebook dan soalan tambahan aku

Email MPS Oil Seals Sdn Bhd
Jawapan diaorang kat emel (1st edition)

Email MPS Oil Seals Sdn Bhd
Jawapan diaorang kat emel (2nd edition)

Email MPS Oil Seals Sdn Bhd
Soalan aku tanya balik kat diaorang

Kalau tengok snapshot kat atas ni, ada ler jawapannya tapi tak dapat full score lagi. So aku tanya la lagi adakah MPS Oil Seals Sdn Bhd yang edarkan part ni atau ada orang lain pakai nama company diaorang je. As expected, sampai sekarang tak jawab2 dah. Mungkin dia ingat kete aku rosak lepas pakai part diaorang ni dan nak saman diaorang. Hihi. So memang sah lah part dioarang ni. 

Adios.


BACA:

1. Engine Tuning / ECCS Consult Diagnostic Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 (Info tambahan)
3. K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment


2 ulasan:

  1. Salam. Mcm mana nak tahu bila nak kena tukar air intake manifold gasket ni? Saya punya kereta pun dah nak sampai 200k milage.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Sy biasa tukar setiap kali tukar spark plug. Setiap 100000km lebey kurang.

      Padam